Monday, July 7, 2014

terlebih rajin ...

Liz kata tadi blog nie kurang gambar makanan hahaha ...so aku tak nak le mengecewakan dia ....meh aku boh gambar makanan di sini ... tadaaaaaa, it is plum cake made by my flatmate ...


Aku kan pindah to a new flat early this year ...and my new flatmate tu memang gila rajin masak ..selalu bila aku balik rumah, memang makanan dah terhidang ...my fav is vegetable casserole, pumpkin soup, stuffed capsicum ....memang tip top dia masak ...pastu selalu buat dessert ...that plum cake tu resipi ayah dia ...memang resipi keluarga ...sedap sangat, esp bila panas panas and dimakan with vanila ice cream or custard ....

vege casserole ready to go into the oven...dia selalu masak lebih, so that we can tapau the rest for our lunch the next day


aku pun terlebih rajin masa kat sana...bila stress ajer terus masak ...godek2 resipi ..or belajar masak ngan kawan ....i find cooking therapeutic ...menenangkan sesangat ...so, akak dah belajar buat kaya sendiri oooo ...and buat scones ....and buat cinnamon rolls .....

my first attempt at making cinnamon rolls (nanti buat posting on how to make it)

nie kes malas nak buat glazing ...so aku served with maple syrup ajer for breakfast :-)

The best thing about cooking is bila apa yang kiter masak semua licin ...kembang vontot ok ..rasa bebaloi masak ...my flatmates and i selalu share masak ..and just enjoy each other punya cooking ...aku prefer baking ...Berna prefer cooking ..so ok lah kan ...ada balance di situ ...pastu kami selalu ajer ada tetamu ...bila tau kami masak ajer, sah2 akan ada tetamu ....which is good ...takde le hidup kesunyian kannnnnn ...


my first attempt buat scones ...learnt it from Shu ...kitorang buat raisin scones, and cheese scones ...cheese scones paling laku ...buat 2 tray, habis sekejap ajer

cheese scones baru kuar from oven

tapi yang paling orang selalu request are kaya and kuih bakar ....percaya tak??? org request ok! ada sekali tu aku tepek kat FB gambar my homemade kaya ...sampai opis the next day, aku bagi le my opismate ...dia kata ingatkan tak bagi....dia kata nampak dalam FB tapi tertunggu tunggu aku msg tanya dia nak kaya ke idak ...hahaha ...siap sedia bawak roti ke opis ...sebab dia agak2 yang aku akan bawak ke opis ....

kaya in the house ...my german flatmate sangat suka ...siap nak buat kalau dia balik germany ..the only ingredient yang dia takde nanti (katanya) ialah daun pandan ...

nie aku dah nak balik nie akan berubah lagi keadaan kat flat...sebab Berna akan balik negara dia end of the month ...and pengganti dia adalah minah singapore ...katanya masuk our flat semalam ...aku tak tau le dia tu macam mana ...guess i will know in the next few month ...tapi seriously my german flatmate is one of the best person to share a flat with ..sangat baik hati ..tak berkira  and can get along with my friends ...

Thursday, July 3, 2014

I am back!!!

berbulan lama nya aku menghilang ...akhirnya hari nie baru muncul!

 muka keletihan ...muka sedang menjalankan tugas 


Walaupun berada di Malaysia tanah air tercinta, aku nie serupa jauh di perantauan. Blog tak update, whatsapp to adik beradik kurang ...aemu serba kurang ..kekawan semua kata aku ilang tanpa berita ..bak kata Liz, masa aku di NZ lagi banyak aku contact dorang - on daily basis - compared to masa aku berada di Malaysia ...

bukan sebab merajuk ke apa, cuma busy tu tahap dah out of control. I am here for 3 month - and on my data collection trip ...gila babas punya schedule..have to travel to the interior area for 2 months, kawasan plak takde internet line yang stabil ...plus too busy to blog ...the places yang aku visit tu a bit mencabar ...physically, technologically and mentally..but, at the end of the day, I had fun kat sana ..and kata kata semangat from my sv sangat membakar semangat hahahaha dia tulis dalam progress report aku kata she did extremely well despite the challenging environment :-)


masa air sungai tak tinggi sehinggakan pasir terdedah ....

nampak cam tak de challenge sangat kan? hahaha ...challenging coz now musim berubah2 ..masa air sungai naik, jadi sangat deras and orang yang bawak boat tak berani nak ferrykan kami ..only the very expert yang nak buat ...then masalah diesel ...selalu tak cukup diesel and yang diesel subsidi tu jgn harap le dapat ...so kena beli sendiri (aku le yang membeli) from town and bawak bila travel ke ulu ....and kena stay at lonhouses ...at places yang aku memang tak pernah pergi and so on ...nother challenge is cuaca extremely hot and humid ...a few days siap cecah 38 degree ..pengsan akak! and bila nak start kemarau, it is a different challenge pulak ..air sungai jadi sangat rendah ...and sangat merbahaya to the boat ...sebab batu2 mula kelihatan ..and only the expert can negotiate such river conditions ...

masa air tinggi dan deras - during my May trip

the same stretch of river - masa trip in late Jun

another challenge for me is mengatasi ketakutan naik boat hahaha ingat kes jeritan Liz di PD??? lol i have to say walaupun fieldwork dah berakhir,  aku masih tak berapa selesa naik boat :-) 

nak naik boat nie, aku siap terjatuh dalam sungai lagi ...memang hevat ..cam rusa masuk kampung!

Banyak cerita sebenarnya yang nak dikongsi but nanti nanti le aku tulis kan yea ..nie nak buat "homework" dulu ..al-maklum, akan balik uni in 2 weeks time


Tuesday, June 17, 2014

Kurtos Spiral

New sensation from hungary. It is a spiral bread yang lembut and luarnya coated with macam macam flavours. 
Yang coated dengan kuaci pun ada, chicken floss etc etc.
Tengok tu ada macam macam. Pilih la yang mana berkenan.
Tadi aku beli vanilla almond, coconut kaya and peanut butter choc chips. Semua lazat lazat. Bila kita order baru diorang letak apa flavour yang kita bak tu. Sebab tu rasa fresh.

Sila la buat pilihan. 
Yang ni coconut kaya. Aku kan fav apa apa yang berciri kelapa. Memang sedap mantap.
Roti pusing no tengah tengahnya hollow. Rasa sikit sikit macam pretzel tapi yang ni lagi lenbut. Kalau siapa pernah makan roti pusing yang comes together with ketam lok chi kat hj sharin low...roti hungary ni lembut macam tu la. 

Siapa nak rasa boleh beli kat Pavilion lower ground depan food court. Near tony romas. Chow. 

Saturday, June 14, 2014

Birthday celebration Geng Ronggeng

Jumaat lepas geng ronggeng celebrate besday those yang lahir bulan April, May dan June. Mulanya plan nak bercuti sewa chalet pastu buat bbq tapi susah nak pilih weekend date yang semua available. Tapi sebab dah lama tak lepak ramai ramai , tu yang buat party kat KFC aje.
Cake di tempah khas dgn wajah wajah besday babies. Semoga semuanya panjang umur, murah rezeki dan ceria selalu. Sedap bangat rainbow cake ni. Marvelous rasanya. Meletops. X muak bila makan.
Kfc pun ada sediakan cake coklat ni. Melantak sakan cake. 
Sessi meniup lilin. Gamat kfc tu sebab semangat semua nak tiup lilin.
Makan makan kejap aje. Banyak left overs yang semua kena tapau. Memasing bz berposing sakan. 
Ambik giliran berposing dengan family memasing. 
Afiq yang teruja dgn gambar muka dia siap suruh lin ambik bawak balik nak bagi nenek dia tengok dan rasa cake meletops tu.
The only one yang setia dengan topeng superfriendsnya. Yang lelain memula ja pakai posing posing pastu ntah kemana topeng tu.
Zana dgn Aan yang bertungkus lumus merancang majlis ni. Awesome job. Selalunya Mak Yang yang jadi ketua committee tapi since dia pun di rai kan. Kita kasi cuti. Ha ha ha.
Perasan tak Yaya ada in almost all of the photos. Ada je dia nak menyelit. Mintaj perhatian katanya. Lol.
Posing group pulak sebelum balik. Seronok bila dapat berkumpul ramai ramai macam ni. Semoga dapat celebrate banyak lagi besday dengan semua. 
Next plan bulan september pulak.

Sunday, June 8, 2014

Bercuti ke pantai timur

Aiyoooo...apa sudah jadi. Blog ni dah tak berpenghuni? Lama lama jadi rumah hantu nanti. Kuat betul virus pemalas ita menyerang kita yang lain. Sampai semua takde mood nak menulis. Ha ha ha. Nak jugak salahkan orang. Padahal sendiri yang malas.

Sebenarnya aku masih lagi dalam mood percutian. Still keletihan yang amat. Jauh aku memandu. Rasa macam lama sangat drive nak je pantai timur ni. Macam naik flight balik kampung omputih pastu balik KL balik. Camtu la rasa keletihannya. Tapi seronok bila bercuti ramai ramai ni. Tak sabar nak plan percutian yang seterusnya.

Plan bercuti ni di buat secara mengejut. Sebab budget ciput so kita bercuti dalam negara aje. Mulanya plan nak ke Cherating aje...pastu Nuarlin ajak ke Kelantan. Fid dengan kakak dia macam seronok lak nak ke Kelantan. Layannn. Zamreen asalnya plan nak ke Kelatan jugak tapi terpaksa cancel sebab masalah cuti.

Aku, Fid and family bertolak hari ahad 1 june. Kakak sulung Fid bertolak dulu ke Jengka untuk register anak lelaki dia masuk uitm. Tak dapat la anak sedara Fid tu ikut bercuti. Kesian...apo nak di kato. Kami 2 kereta bertolak lewat sikit pastu jumpa kak long di Jengka. Lepas dah settle registration janji jumpa Zamreen kat rnr Maran dan berkonvoi 4 kereta ke Cherating. 

Nuarlin balik ke kampung Kuin sebab anak sedara dia bertunang. On Monday keesokannya baru Nuarlin datang ke cherating. Kami check out terus bertolak ke Kota Bahru. Zamreen sambung stay semalam lagi di Cherating.

Kami duduk 3 malam kat homestay dekat dengan Wakaf che yeh. Selesa sebab rumahnya besar ada 3 bilik. Nama homestay tu Teratak Pesona. Siap ada washing machine dan dapur. Nuarlin balik ke kampung Nuar yg terletak 20 minit dari homestay yang kami duduk tu.


Ni posing masa nak bertolak ke Beserah. Lepas 3 hari kat KB kami ke homestay kat Beserah semalam sebelum balik ke KL. 
Masa ke Rantau Panjang...shopping jersey sempena world cup yang 6 hari je lagi ni. Ej pun sibuk nak jersey jugak. Layannn.
Mulanya aku beli dulu jersey argentina ni pastu ada pulak size Zahra. Masa snap photo ni aku tepek kat group chat ahli ahli rombongan ni. Dah agak dah EJ mesti nak jugak. Ha ha ha. Sib baik dapat size dia.
Masa second day kat Kota Bahru Nuarlin lead the way untuk ke Kopitiam Kita ni. Tujuan utama nak cari Nasi air dingin yang femes ni. Kami guna waze tapi tersesat. Waze dok bawak entah ke mana. Call owner kopitiam ni mintak direction. Dia suruh kami ke hotel Emaslink pan pacific pengkalan chepa. Pastu dia datang ambik. Hebat ke tak hebat kami ni? Nko mampu?

 Siap bergambar dengan owner kopitiam kita ni. Very nice man uncle ni. Dah la dia jemput kami. Masa kat jalan sesak dia siap turun motor tahan keta bagi kami jalan. Terharu sungguh dengan hospitality uncle ni. 

Sampai pun dah lewat lepas dok makan langsat kan. Nasi air dingin dah habis. Eaoknya kami datang lagi ke kopitiam ni. Uncle tu reservekan meja dan nasi air dingin untuk group kami. Hebat ke tak hebat kami ni. Nko ader? Ha ha ha.
Roti titap ni femes kat kopitiam ni. Sedap.  Semua makanan sedap sedap belaka. Ada banyak variety makanan kelantan. Ada laksam ada laksa ada nasi ayam goreng kak wok. Nasi tumpat, nasi dagang, satay etc etc. berbaloi baloi la datang kopitiam ni tapi kena awal sebab kalau kol 10 aje banyak yang dah habis.
On the day ke Kota Bahru singgah rumah kawan lin. Minum petang dulu sebelum sambung journey ke Kota bahru.

Kawan baik Lin masa zaman sekolah. Qaidaz Nur. Terima kasih la sebab layan group kami ni.
Berposing sakan kat teratak pesona sebelum ke Beserah. Masa balik tu kereta kak ngah fid ada masalah. Terpaksa di tinggalkan kat bengkel kat KB tu. Sabtu nanti kak ngah fid dan anak anak dia akan ke KB untuk ambik kereta tu.
Kami ada jugak ke pasar Siti Khatijah. Ni aku tepek gambar makanan yang ada di jual kat pasar tu. Macam macam ada.


Memang heaven kan tengok food ni. Macam macam sampai tak terpilih. Semua nampak sedap.

Tak sabar nak plan percutian yang seterusnya. Seronok bercuti ramai ramai macam ni. Lega jugak sebab dapat buat posting ala ala orang malas ni. Ha ha ha.

Sunday, May 4, 2014

Weekend by the Beach

Hi there...weekend ni i conclude as weekend di tepian pantai...baru lah betul duduk Kuantan kan? Fendi kata salji lah tu..melebih mat mat tu..**dish** sekali to fendi. Tahu tak kuantan ni panas sgt..tadi abt 3pm kita sidai baju..panas tahan aje then abt 45 min later sidai another piles..yg sidai tadi dah kering..punya lah kan.. am not talkg abt jersey yg kain mng mudah kering kan tapi jeans..kering..panas tu sampai sekarang ni masih pening.

Ok minggu ni beriadah tepi pantai...saturday morning..mee curry at Hoiyin, TC.. 
best curry mee in Kuantan..they opened morning to noon only..keles mee dia.. dulu time hlb rajin jugak pepagi bfast sini..sekrg jarang sekali. Ni captain Sparrow tak jumpe jalan pulang sian dia...

Kita org terjebak ke Teluk Chempedak ni sebab d older boys masuk fifa games tournament so gi hantar dorang sambil santai2...kebetulan there was 1SAF programme... saf for street art festival..cam tak sesuai SAF w d festival...saf tu mcm relates to solat more than anything else...festival ni jual baju2 jenama tempatan...teenagers d youngs they know lah...jual brg tu ok tapi ada jugak loud music..tak tahu bijik butir just noise to my ears..i am 41 yes..ha..ha..budak2 memacam style...budak melayu...malas nak komen...kita pun ada anak kan..

But TC has transformed...ada starbucks and kedai2 lain...nampak cool...tapi d other end foodcourt tu mati lah..semua kedai pun jual nasi campur cam ne tu...boleh jugak hang out TC ni...tapi as i mentioed Kuantan panas...panas sgt.. tepi laut lagi lah..rasa my skin is slowly burng..aku dah lah sawo matang..kalau fendi pitt dia selamat lagi..gitu...so best place is starbuck..coffee ..dessert and air cond.. ..pheww

Sabtu ni jugak Duan ada reunion w lower secondary friends..sek Paloh Hinai.. noon main bowling..then malam dinner..and over nite at Desa Chempaka..

resort cum kem ni...mmg d boys dah biasa camping situ...so i said jom lah duduk sana kita gi pantai..nak try chalet...tapi katanya chalet tak best so amik bilik..ok baru bersih...pool ada jugak cenonet lah tapi cukup utk mengembirakan budak2...kalau nak menghappykan fendi tak leh...kalau ejin ...emm boleh kot sebab ejin boleh berdiri utk sekian kalinya ;) ha..ha..ha.

So after bfast..today ahad..bawak d boys gi pantai..tengok kepanasan at 8.30am tu rasa nak cancel dah tapi dah janji mat dib so pergi jugak...aku selubung habis muka aku dgn towel...

panas tak leh cite..duduk dalam air tahan sikit tapi still kena cover muka...aariz takut pulak air laut so dia sekejap aje then balik dgn afi...

Tengahari tu check out gi balik TC sebab aimran tinggal usb kat fifa competition tu..oh ya dia dpt no 4...then dia gi beli t shirt 2 helai...design dorang sama aje...

tshirt hitam then ada print..i said combination color tu cantik tapi kalau print tu tulis dkny mummy paham lah...ini tulis illegal lah...menage lah.rodonglah....entah apa benda ha..ha...ha..sakit jiwa my boys...saja kacau dorang..kita org lepak minum air KELAPA then balik...

So that d end of our "beach weekend".. we had fun..blessed!!