Showing posts with label Fenfid's activities. Show all posts
Showing posts with label Fenfid's activities. Show all posts

Wednesday, February 5, 2014

Home made scone

Semalam, fid kata nak buat cake. Tapi ada beberapa barang x de kat rumah. X pasti barang tu ada kat jusco ke tak. Pastu semalam kan chinese new year, x pasti pulak kedai jual barangan nak buat cake buka ke tak kan. At last decided buat scone. Terus google recipe sambil nyanyi nyanyi kat adik beradik just 40 mintak recipe. 

Rasa cam senang la pulak nak buat scone ni. Aku ke jusco belit dried cranberries, butter and sour cream. Petang semalam jugak Fid buat scone ikut recipe google.
Lepas bakar nampak mcm cookies pulak. Tapi bau semerbak harum satu rumah. Makan masa panas panas dgn butter and strawberry jam. Sedap.

Masa roger roger my neigbour sebab nak pulangkan tray kueh tak kan nak pulang tray kosong kan. I suggested fid buat lagi scone ni. Aku ke jusco lagi beli butter dan dried cranberries. Yang kali ke 2 ni dah pandai dah nak bentukkan. The whole house bau scone yang menyelerakan.
Baru la terserlah rupa scone. He he. Very soft and delicous. Tadi breakfast pun dengan scone. Dapat la beri kat neighbour merasa scone sedap ni. 

Kisahnya nak buat scone ni senang sangat. Bahan yang nak di gunakan pun x banyak. Tepung naik sendiri, telur sebiji,  butter, sour cream, gula dan dried cranberries. Godek je semua sekali. Bentukkan pastu bakar. Senang bgt.

Lepas ni biler trringin scone aje boleh mintak Fid buatkan. X payah susah susah cari kat mana mana cafe or bread shop. 
Cara berlauk ni 40 sen seketul. Kalau cicah cili sos. Sedap bangat. Hari tu kakak fid order pastu dia bagi kami sikit. Aku suka beli cara berlauk ni time time bulan puasa.


I miss this place. Rasa macam nak lepak lepak kat sini sambil tengok sungai.

Thursday, January 2, 2014

Countdown 2014

On the 31st aku dah sibuk tanya geng ronggeng nak Countdown kat mana. Punya la kan..semangat nak bersuka ria. Ha Ha Ha. Memasing kerja, tapi sibuk nak plan untuk malam tu. Since dah esoknya cuti kan. Tu yang buat plan nak keluar tengok bunga api. Dataran memang out of list la kan sebab di jangkakan ada perhimpunan. Ada cadangan nak ke Putrajaya tapi mengenangkan jauh, aku suggest KLCC aje sebab dekat. Pastu plan nak layan Chillies.Kisahnya KLCC kena tutup awal. So masa sampai tu tak boleh dah masuk Chillies. Frust aje.

Kami ke Food Court lepas tu...aku dengan Nuarlin sefamily layan burger aje. Sebab nak cepat. Fid layan teppanyaki...Ej layan sizzling mi. 



Sedap jugak burger ni...ala ala burger bakar.
Ambik set dapat air dan fries...RM15 satu set. Aku the last person yang dapat order sebab lepas tu diorang kena tutup jugak. Masa makan burger ni pun orang kebanyakan dah keluar dari KLCC tinggal beberapa orang aje lepak makan. Dari food court ni boleh nampak lautan manusia kat luar berpesta menari dah macam huge disco dah kat luar KLCC tu. Lepas makan kami pun lepak kat luar KLCC. 

Begitulah lautan manusia...ada macam macam jualan makanan dan minuman. Bunyi bising dengan hon sini sana. Worst than pesta schoolies kat Gold Coast. 

Nuarlin family...hon tu la yang bising sangat orang dok tiup. Masa ni kami lepak lepak borak borak sambil makan buah. Lepak kat tempat yang tak ramai sangat orang.
Posing posing tu wajib.
Mulanya kami dah dapat spot yang cun melecun untuk layan bunga api...pastu pindah ke sini takut hujan. Padahal tempat yang mula nak lepak tu lagi sesuai kalau hujan terus pergi je kat kereta. Silap percaturan sebab memasing masa tu terkejut sebab tak sangka ramai sangat orang. Ha ha ha.

Biler detik yang di tunggu tunggu tiba...layan bunga api...Zahra was shouting excited. Gamat mulut dia. Suka sangat tengok orang pun dok jerit sakan. Pastu masa nak balik dia siap bye sana bye sini. Actuallynya kalau lepak kat KLCC ok gak sebab kereta pun senang nak keluar dari parking terus masuk akleh.

Lepas dari KLCC lepak pulak kat mamak minum. The kids layan roti canai. Masa nak balik kereta Nuarlin tak leh start sebab battery flat. Panggil truck tunda buat jump start. Aku sent yang lain lain balik dulu sementara tu.

Hebat Ibu Lin celebrate Birthday kat KLCC pastu sambung mamak sampai kereta tak leh start. Kenangan sungguh. Tahun depan Countdown kat mana pulak agaknya kan.

Monday, December 23, 2013

Melepak di Bagan Lalang Sepang

Tersebutlah kisah di weekend yang sudah kami sekeluarga melepak di taman nan indah terletak di Bagan Lalang. Kami lepak tidur semalam kat rumah kawan fid.  Kami sampai sabtu malam terus join bbq party. Ada nasi jagung, ayam dan daging panggang, satay, cake, tiramisu dan local fruits ie rambutan dan manggis. Tapi photo makanan xde sebab lapar terus makan makan dan makan lagi.
Red velvet cake kawan fid buat untuk EJ. Kan hari sabtu tu Birthday EJ. So kami potong cake ringkas ringkas aje. EJ pun x nak orang nyanyi besday song utk dia. Malu katanya sebab dah besar. So potong cake aje cukup.
Ada blueberry tiramisu yg sedap kawan fid buat. Yg ni rasanya sangat mantap. Rasa nak makan lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Macam x puas puas lak rasanya melantak tiramisu ni. I wish i know how to make one tapi Makan many je tahu. Ha ha ha.

The very next day kami ke warung kampung kat area situ for breakfast. Sedap sedap makanan kat situ. Harga pun berpatutan sangat. Again no picture. Lepas dah kenyang kami ke pantai.

Dari kejauhan aje nampaknya sepang gold coast tu. Private area and hotel yang mahal ya amat. Lepak lepak makan ice cream pagi pagi sambil menikmati keindahan pantai sambil sekali sekala bau busuk sampah menerjah hidung. Kaget x tahu arah punca bau busuk tu. Pasrah.
Bila penat sudah bersembang sembang, kami pun masuk kereta meninjau kawasan sekeliling. Pantai luas dan panjang. Pengunjung pun boleh tahan ramai. Ada gerai gerai menjual pelbagai barangan thailand ke china mari tak pasti.  Kami tak singgah pun. Lepas dah puaing pusing kat situ kami terus ke litar go cart.
Ej said dia dah lama teringin nak naik go cart. Tercapai lah sudah impian sekian lama. Dia kan besday girl. Bagi la chance dia melasakkan diri enjoy kan sanubari mencuba go cart yg lama di hajati.
Fid yang bawak paling 'laju' bersuka ria menemani puterinya. Asalkan mereka gembira daddy pokai pun tak apa. Rm20 sekali entry untuk 5 minit masa di beri. Berpusing pusing la drive go cart tu jangan sampai vontot kematu. Helmet yg sama di share beribu ribuan pemandu. Kalau ada kutu kira nasib la badan. Tapi jangan gusar jangan segan. Setiap orang di bekal sarung rambut. Sebagai protection biar tak serabut. 
Lepas dah puas bergo cart kami ke sebelah sana mencuba atv pula. Hanya ej dan uncle fazlinya yang bermaharaja lela. Litar itu seperti mereka yang punya. Ej mengeluh x puas merempit sebab ada marshal depan dan belakang menghimpit . Nak tekan minyak tersekat sekat sebab marshal di depan penunggang berhemat.
Zahra x padan kecik. Nak jugak enjoy naik atv. Malangnya tak cukup tinggi sebab kurang 6 inci dari tahap yang di beri. Dapat duduk beberapa minit sambil mulut bervrom vrom dah cukup memuaskan hati Zahra.
Wajah wajah perempit kota. Atv pun x kisah la. Biar beroda 4. Kalau takut jangan rapat. Sekali tekan minyak berdesup laju atv tu. X caya ke? Boleh la cuba. 

Selain atv dan go cart ada archery dan paintbal. Boleh je sesapa yang berminat boleh ke sini menunjuk bakat. Biar letih biar penat. Asalkan hati gembira teramat.

Bila dah makin panas kami pun beredar pulang ke rumah Dalind. Lepak lepak menonton tv sambil bersembang banyak cerita. Bila perut dah lapar kami gerak ke labu. Attend kenduri. Makan free. Lepas tu baru balik ke rumah di keramat. Untuk beristirehat. Tamattt



Friday, December 20, 2013

Ronggeng sehari di Pullman Putrajaya

Lepas balik dari Gold Coast kisahnya memasing panas vontot sibuk nak berjalan lagi. Semua dok kata tak puas berjalan. Lagipun cuti sekolah panjang lagi. Tu la...lesson learnt...next trip kena ambik middle of the school holiday. Ni nak tiket murah AA kan...sanggup ambik tarikh yang belum cuti sekolah. Ha ha ha. Pastu dah bercuti 6 hari memasing dok nyanyi nak gi jalan lagi sana sini. Lepas macam macam tempat yang di proposed...akhirnya yang menjadi kenyataan ialah Pullman Putrajaya. Aku Ok je hotel ni sebab memang dah tahu...hotelnya cun. Masa sampai aje semua puas hati.
Kami sampai awal...sempat la posing posing dulu pastu whatsapp kat geng ronggeng yang tak sampai lagi dan yang tak akan sampai...sebab tak semua join outing ni. Saje kasi menanah mata memasing.
Lepas tu masuk bilik posing posing lagi...Zahra pun sama naik...semua posing dia nak menyelitkan diri. Layann. Jom tengok gambar bilik hotel ni yang cun. Bilik yang kami duduk King Size bed...pastu cam gelap aje...aku masuk bilik Nuarlin...snap gambar elok lak terang benderang. Masa ni diorang tak sampai lagi sebab stucked in the jammed. Kat mines masa tu ada BBW festival buku tu.
Diorang dapat double bed.

Bila dah petang sikit aku dengan EJ je turun untuk look see look see sekitar hotel ni sambil posing posing. Sah sah la aku terpaksa jadi model paksaan. LOL.
Elok je lepas posing ronda ronda sekitar hotel, Zamreen whatsapp kata dia sekeluarga turun ke Pool. Masa tu hujan renyai renyai.
Elok je hujan berhenti, Nuarlin pun sampai. Terus tukar baju mandi terjun masuk kolam. Walaupun sebelumnya hujan. Tapi air pool suam suam kuku. Elok bebeno la kan. Dapat la Zahra pun join mandi lama sikit. Kalau sejuk dia kena buat syarat je la...rendam kejap aje.
Happy je memasing dapat mandi manda...rasa macam kami je conquer pool tu. Sebab sebelum tu hujan orang tak ramai turun ke pool.
Malamnya kami keluar dinner kat Umai Cafe kat tepi tasik Putrajaya. Not bad la food kat situ. Sedap dan harga berpatutan.
Lepak lepak kat tepi tasik tu ada orang buat preparation untuk festival memancing dan memasak esoknya kat venue yang sama.
Pemandangan Putrajaya dari Marina Putrajaya...betul betul sebelah Pullman Hotel ni. Ok jugak kalau jalan jalan tepi tasik petang petang kat sini. Kalau siang...lupakan saja sebab panas sangat.

The next day sebelum breakfast. Breakfast kat sini so so je. tak sedap sangat. Esp food tempatan...macam nasi lemak dia...sambal dan kari kambing kureng. Tapi yang lain lain western ke...dimsum ke...aku belasah ok je...sedap ha ha ha.
Lepas dah check out simpan bag dalam kereta pastu ronda hotel untuk posing posing pulak sebelum balik. Masa ni pulak panas sangat.

Pasangan remaja. LOL.




Photo ni semua taken from the village. Ada restoran atas tasik attached to this hotel. Tapi sebab panas kami posing dari tepi tepi aje...tak naik pun kat area restoran village atas tasik tu. View sangat la menakjubkan. Ada beberapa couple pengantin sibuk berposing kat area sini jugak.

Kat area Marina Putrajaya. Masa ni memasing malas nak menapak sampai sini sebab panas. Aku dgn Zahra aje yang jalan ke sini. So berposing berdua je la. Tengok Zahra yang berpeluh tu sebab kepanasan.

Wajib la tepek gambar makan...baru berseri posting. Lepas check out kami ke Cyber jaya layan nasi arab restoran SABA. Tapi malangnya ayam grill semua habis. Ramai orang kat restoran ni...weekend kot. Berselera memasing makan. Lepas dah kenyang...bersurai. Sekian la saje percutian sehari lepak hotel. Yang penting ada pool.

Wednesday, December 11, 2013

Berkurun lama tak outing kat KLCC dan Pavilion

Last weekend abang aku and family datang from JB. On Saturday night kami keluar dinner kat AU5 makan Satay Melaka dan mi celup. Masa tu takde ambik gambar. Aku pulak from office terus ke AU5. Tak sangka dah kol 9.30 macam tu pun tempat penuh sesak dengan orang nak dinner.

Esoknya masa breakfast aku tapaukan aje food. Aku beli nasi lemak dan 3 serangkai ni.  Uni kayu, keledek dan pisang tanduk. Nasi lemak beli kat gerai depan blok polis AU3. Yang 3 serangkai ni beli kat restoran Diva Bukit Setiawangsa.

Sekali sekala layan traditional food macam ni memang terangkat. Boleh makan dengan sambal or kelapa parut. Ikan masin takde.
Beli jugak roti canai, sambal sardin dan sambal sotong. Semua meletops sedap sedap. Keramat ni memang mewah dengan makanan sedap sedap. Kalau tak sedap aku tak geng. LOL. Tekak aku kan manja. Lepas sarapan semua bersiap untuk ke KLCC dan aquaria. Kami pun ikut sekali join ke KLCC. Tapi masa abang aku and family masuk aquaria, EJ and Zahra je yang join masuk. Aku dengan Fid lepak kat kopitiam.
Zahra keluar je dari aquaria cari botol susu dulu. Posing lebih kurang kat sini terus ke KLCC pulak. Abang aku and family nak masuk petrosains pulak.
On the way jalan ikut terowong tu ada penguin ni. Teringat ingat penguin kat Seaworld. Great memories.
Posing dengan cousin, Farah. Sebulan dua lagi Farah ni nak jadi kakak. Tak sabar dia nak dapat adik katanya. So dia dok tolak stroller Zahra untuk practise tolak stroller adik dia nanti.
Deko kat KLCC...dok memanggil manggil lizduan and family. Dah lama dah liz tak jejak kat sini. Mari mari...shopping shopping. Petrosains pulak ramai sangat orang. Masa tu kol 12.30 masa kami sampai kat sana tapi orang dok beratur beli ticket untuk masuk yang pukul 3petang. So Abang aku tak jadi masuk Petrosains. Kami g makan lepas tu abang aku bertolak ke Melaka.

Kami pulak yang dah berkurun tak ke Pavilion saje je cari pasal redah jammed pastu susah nak dapat parking masa ke Pavilion tu. Nak tengok deco X'mas sambil window shopping. Dah lama sangat kami tak ke Pavilion.
Posing posing kat sekitar Pavilion. Cun kan baju Zahra ni. Beli kat Harbour Town. Masa tu kedai dah nak tutup. Orang tu pulak cam tak nak layan kami yang ghairah dok nak shopping baju Zahra...ni je sehelai yang aku dapat grabbed masa kat sana untuk Zahra. Tak perasan Harbour Town tutup kol 5.30 and banyak wasted time masa tu. Rasa cam nak g lagi shopping kat situ. Tak puas.
Orang ramai berposing kat Pavilion ni so belasah je la snap sana sini.
Tengok tu...ada je orang kan. Bayangkan masa ni 12 ribu parking penuh. So crowded.
Deco kat sini memang terbaek.
Feeling feeling kat over the sea.
Padahal kalau kita ke over the sea takde pulak diorang beria ia deco macam kat KL ni. Confusekan. Lepas dah habis posing...kami g makan. Konon nak minum aje sambil layan dessert sebab memasing masih kekenyangan makan kat KLCC.
Order mi kolok je...licin...sedap pulak. Kata kenyangkan...tapi licin makan mi ni.
3 layered brownies. Sedap sebab tak keras sangat tak lembut sangat. Sedap sedap aje.
Blueberry cheesecake ni sangat smooth and creamy. Not too sweet and well blended dengan blueberries yang masam masam manis tu. Sedap terlampau.
Banana pie ni pun sedap. Memang terbaek la dessert kat sini. Semua sedap sedap tiada yang tak sedap belaka. Ada gateau, tiramisu, cakes dan macam macam lagi. Next time la kami try yang lain pulak.
Ingatkan nak makan tenpanyaki tapi semua kekenyangan. Tu yang layan dessert aje kat sini. Gambar ni sama je kat tempat deco tu. Ada carrousel kena bayar RM5...dapat la Zahra main seround.
Macam kat over the sea tak?
Tak puas jalan kat Pavilion sebab tak shopping. Ongkos dah takde nak shopping...next round la kita datang shopping kat sini. Tengah sales tu. Kedai baju superman tu dok panggil anak anak bujang liz tu.

Ok...gambar kat bawah ni takde kena mengena dengan Pavilion or KLCC...saje je nak tepek gambar makanan. Macam takde seri la posting kalau takde gambar food. Betul tak Ejin? Jom layan.
Ni namanya Naan double cheese. Jangan ingat ada double cheeseburger aje. Naan pun ada. Kat restoran Alif Bistro Balakong. Memang terbaek naan kat sini.
Fid dengan aku makan mi mamak sambal sotong. Terbaekkkkk. Sedap sangat. Melampau lampau kesedapannya.
Ni pulak sarapan semalam layan nasi dagang. Kuah dia cam cair sikit kan. Harga RM5 sepinggan. Nasi dagang yang sedap kat AU5 tu RM10. So next round patut makan yang murah tapi kuah tak berapa nak pekat ke atau redha je makan kat tempat sedap pastu nangis masa nak bayar? confuse di buatnya. Ke goda goda Nuarlin soh mama dia masak nasi dagang pastu belasah cukup cukup 2 pinggan? lin cer jawab soalan cepu mas ni.
Cam best je kan...makan jalan...makan jalan. Tak macam adik kita kat Welly...ofis kerja ofis sv phd...aiyo...so headache lah. Apakah?