Monday, December 23, 2013

Melepak di Bagan Lalang Sepang

Tersebutlah kisah di weekend yang sudah kami sekeluarga melepak di taman nan indah terletak di Bagan Lalang. Kami lepak tidur semalam kat rumah kawan fid.  Kami sampai sabtu malam terus join bbq party. Ada nasi jagung, ayam dan daging panggang, satay, cake, tiramisu dan local fruits ie rambutan dan manggis. Tapi photo makanan xde sebab lapar terus makan makan dan makan lagi.
Red velvet cake kawan fid buat untuk EJ. Kan hari sabtu tu Birthday EJ. So kami potong cake ringkas ringkas aje. EJ pun x nak orang nyanyi besday song utk dia. Malu katanya sebab dah besar. So potong cake aje cukup.
Ada blueberry tiramisu yg sedap kawan fid buat. Yg ni rasanya sangat mantap. Rasa nak makan lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Macam x puas puas lak rasanya melantak tiramisu ni. I wish i know how to make one tapi Makan many je tahu. Ha ha ha.

The very next day kami ke warung kampung kat area situ for breakfast. Sedap sedap makanan kat situ. Harga pun berpatutan sangat. Again no picture. Lepas dah kenyang kami ke pantai.

Dari kejauhan aje nampaknya sepang gold coast tu. Private area and hotel yang mahal ya amat. Lepak lepak makan ice cream pagi pagi sambil menikmati keindahan pantai sambil sekali sekala bau busuk sampah menerjah hidung. Kaget x tahu arah punca bau busuk tu. Pasrah.
Bila penat sudah bersembang sembang, kami pun masuk kereta meninjau kawasan sekeliling. Pantai luas dan panjang. Pengunjung pun boleh tahan ramai. Ada gerai gerai menjual pelbagai barangan thailand ke china mari tak pasti.  Kami tak singgah pun. Lepas dah puaing pusing kat situ kami terus ke litar go cart.
Ej said dia dah lama teringin nak naik go cart. Tercapai lah sudah impian sekian lama. Dia kan besday girl. Bagi la chance dia melasakkan diri enjoy kan sanubari mencuba go cart yg lama di hajati.
Fid yang bawak paling 'laju' bersuka ria menemani puterinya. Asalkan mereka gembira daddy pokai pun tak apa. Rm20 sekali entry untuk 5 minit masa di beri. Berpusing pusing la drive go cart tu jangan sampai vontot kematu. Helmet yg sama di share beribu ribuan pemandu. Kalau ada kutu kira nasib la badan. Tapi jangan gusar jangan segan. Setiap orang di bekal sarung rambut. Sebagai protection biar tak serabut. 
Lepas dah puas bergo cart kami ke sebelah sana mencuba atv pula. Hanya ej dan uncle fazlinya yang bermaharaja lela. Litar itu seperti mereka yang punya. Ej mengeluh x puas merempit sebab ada marshal depan dan belakang menghimpit . Nak tekan minyak tersekat sekat sebab marshal di depan penunggang berhemat.
Zahra x padan kecik. Nak jugak enjoy naik atv. Malangnya tak cukup tinggi sebab kurang 6 inci dari tahap yang di beri. Dapat duduk beberapa minit sambil mulut bervrom vrom dah cukup memuaskan hati Zahra.
Wajah wajah perempit kota. Atv pun x kisah la. Biar beroda 4. Kalau takut jangan rapat. Sekali tekan minyak berdesup laju atv tu. X caya ke? Boleh la cuba. 

Selain atv dan go cart ada archery dan paintbal. Boleh je sesapa yang berminat boleh ke sini menunjuk bakat. Biar letih biar penat. Asalkan hati gembira teramat.

Bila dah makin panas kami pun beredar pulang ke rumah Dalind. Lepak lepak menonton tv sambil bersembang banyak cerita. Bila perut dah lapar kami gerak ke labu. Attend kenduri. Makan free. Lepas tu baru balik ke rumah di keramat. Untuk beristirehat. Tamattt



5 comments:

Liz Duan said...

ha..ha...lagak santai menulis tapi macam malassss ajeeeeeeee

Liz Duan said...

Happy Birthday Misha

fendifid said...

Ini la gaya serabut alam. Katanya.

Ejin said...

macam panas sangat :-) suka tengok si Tasha tu hehehe comel dia

fendifid said...

Memang panas pun. Balik umah memasing sun burnt