Dulu selepas tamat belajar tahun 1997...aiyo...tuanya kita biler mention tahun tahun ni...LOL...pastu for 15 years dok berangan aje nak ke London balik. Kalau fikir pasal cost...memang tak mampu sebenarnya. Tapi dah rezeki...kita terima aje dengan penuh kesyukuran. Siapa tahu...tahun 2012 ni Abang Ngah dikurniakan rezeki ke London 3 kali...TIGA kaliiii..let me repeat clearly....THREE times omputih kata. Hanya doa kesyukuran tulus dari hati kepadaNYA...semoga ada rezeki untuk pulang ke kampung London lagi. Kalau boleh...biar lah next time dapat bawak family sekali. Kesian Fid dan anak anak tinggal tak dapat ikut. Abang Ngah tak mampu nak bawa semua sekali...mungkin tahun 2013 ni kena berjimat cermat...kumpul duit untuk balik kampung sefamily. InsyaAllah.
Setiap kali ke London...walaupun sekejap untuk kerja...pasti pengalaman yang di kutip berbeza beza...ada yang best...ada yang tak best...kita terima seadanya. Untuk trip kali ni...Abang Ngah duduk kat Millenium Hotel kat Sloane Street...sebab apartment tak available. Tak kisah la kan...sebab tetap selesa. Cer tengok bilik hotel penginapan seminggu di London.
Kecil aje...tapi selesa. Location sangat la dekat dengan office...pastu lagi la sangat sangat dekat dengan Harrods. ikut pintu belakang..pusing zig zag sikit...3 minit je berjalan...nampak la Harrods tu.
Masa ni baru sampai...snap photo dulu lebih kurang. Pastu bergegas keluar untuk melawat kawasan...mana lagi...Harrods la kan. Macam la nak shopping berjuta lemon...ha ha ha.
Belum buka lagi...tapi Abang Ngah dah sampai.
Pusing pusing kawasan...snap photo taxi ni...simbolik kampung halaman ku...chewahhh...ayat tak leh blah.
Malamnya...tak tunggu esok lusa...malam tu jugak aku ke Bayswater...beli Taza Kebab yang meletops ni. Tapi tersilap order...tak order size besar...so makan cam tak puas...2 hari selepas tu pergi lagi tapau Taza Kebab ni...order yang besar...baru puas sepuas puasnya melayan kebab ni.
Deco di Harrods...ada banyak theme...tapi yang ni je la aku tepek...sebab banyak sangat nanti boring.
Yang ni pulak mexican wrapped...wajib jugak di jengah...tapi aku jengah sekali aje...sebab tak berkesempatan nak jengah banyak kali. Takpe la...sekali pun cukup melepas rindu.
Seperti yang di kata tadi...pengalaman berbeza kali ni selain menginap di hotel...kat Hyde Park...ada WInter Wonderland...pesta sempena musim dingin...macam funfair la tapi of course yang ni lagi meriah. Ada gerai gerai menjual barang souviners...ada makanan...ada live band...dan ada rides yang superb superb...menakutkan.
antara gambar yang terang sikit nak tepek kat sini...sebab tak reti nak guna camera snap waktu malam..so gambar tak memuaskan. Sejuk sejuk ni mereka berpesta. Masa ronda ronda tu..takde langsung terserempak dengan orang melayu.
Ada ice ring jugak...yang ni sangat bagus sambutan...kena buat booking kalau nak skate kat sini.
Abang Ngah yang hensem lepas balik dari winter wonderland...snap gambar sendiri dalam lif hotel. ha ha ha.
Lamb shank...masa ni dinner kat Westfield..orang belanja...kita terima aje...syukran.
Setiap pagi Abang Ngah ke groceries store...beli minuman...coklat...makanan. lalu kat tepi park ni...snap la photo kan. Untuk Kenangan.
Ni la Sloane Street selepas butik butik mahal kat area hotel Milenium tu. Hotel tu sebelah kedai Gucci depan kedai Fendi dan Hermes.
Antara sarapan yang ringkas...alas perut sebelum proper sarapan...musim sejuk ni...asyik lapar sokmo...so kita makan la lebih sikit.
Ada sehari tu...bangun pagi aje...cahaya matahari terus memancar masuk ke bilik...cepat cepat bersiap...terus ke Hyde Park...untuk snap gambar cun cun meletops buat menanahkan mata korang. LOL.
Winter Wonderland dari tepi tasik. Indah!
Wajib ke tasik ni walaupun seketika...sebab rindu dengan Swan kat sini. Swan ni merajuk sebab tengok aku sorang je tercongok kat situ dok snap photo...family takde...korang pun takde...dia terus blah...berduka la tu kot. Korang tak berduka?
Wajib jugak snap photo kat pokok ni...sebab unik kan. Trip yang sebelum ni pun puas berposing kat sini.
Panorama nan indah...sesuai sangat untuk menanahkan mata kat fesbuk...esp to those yang lama tak ke UK. Lariiiii.
Lepas dah puas snap photo kat park..singgah beli kopi...member promote kata sedap...tapi aku tersalah order...dapat kopi yang nipis. LOL.
Tempat wajib di jengah jugak...cuma kali ni tak singgah makan...cuma beli t shirt aje...orang kirim...tapi aku sempat jugak la join jali member HRC ni...collect point la sangat.
Lihat lah wajah ceria ku...nak kata hensem...cahaya dari menu board tu dah tutup separuh wajah...tapi peminat HRC tetap menanah mata tengok gambar ni. Tambahan pulak ada Xmas tree tu. Ha ha ha...haiyo...silly me.
Di waktu petang...yang kelihatan seperti malam...menyusuri Bond Street...teman member cari handbag yang kakak ipar dia kirim. Gigih tu...berjalan...walaupun hujan renyai renyai.
cun melecun...kat satu lorong sebelah Oxford Street...dekat dengan Bond Street.
Yang ni pulak masa mencari breakfast...awal pagi...kereta pun tak banyak lagi. Kat Starbucks belah kiri tu la aku pergi untuk free wi fi...dapat la whatapps fid...ej dan korang melepas rindu.
Nak tidur kat jalan pun boleh...sebab takde kereta langsung di waktu pagi ni.
Selepas breakfast...aku berjalan seorang diri sambil sambil snap photo kasi menanah mata korang lagi.
Nampak sign board Chelsea...nampak macam dekat tapi sebenarnya jauh...tak koser nak jalan ke Stadium chelsea tu. Lagi pun jalan jalan ni sementara nak tunggu Harrods buka.
Ferrari kat tepi jalan...snap la photo...nak beli tak mampu. tengok aje lah,
Deco bermotip penguin
Biler kaki dah penat dan dah nak waktu Harrods di buka...cepat cepat aku berjalan patah balik...tapi snap jugak photo.
Post Box tu yang mahal tu.
Kedai bunga depan Harrods.
Tour Bus ni berhenti betul betul depan harrods.
Yang ni pulak datang dari arah bertentangan dan berhenti di seberang jalan.
Ni scenario di hari Ahad...sebelum Harrods di buka. Bayang kan masa boxing day nanti. Tak cukup nafas nanti bersesak sesak dengan orang ramai bershopping sakan.
Untuk penutup...gambar Abang Ngah berposing...pegang kotak berisi handbag Hermes berwarna merah berharga 5180 pounds aka RM26K. Pengsan mendengarnya tapi itulah realiti kehidupan. Abang Ngah tak mampu nak adakan RM26K untuk bawak satu family balik kampung London tapi ada orang mampu beli handbag yang harga macam tu. Kakak ipar member aku yang kirim handbag ni.
OKlah...itu aje coretan kenangan Abang Ngah balik kampung...malas nak buat part by part sebab tempat dan gambar semua sama macam trip sebelum ni...cuma musim yang berbeza. Semoga tahun 2013 nanti kita semua di murahkan rezeki...lebih happy...kurang cabaran...dan dapat balik kampung ramai ramai.
Cuma nak tanya 1 je...sudah kah korang menjeles? he he.
10 comments:
ha..ha..posting yg sungguh membina dan kelakor...best best ...suka tengok all the pictures...and suka sangat ni baca ko mengarut ...
betul lah post box pun nostalgic asal ada tag "london"...Hermes tu menanah mata...awat tak snap picture dia ...ko ni pun..tak pe nanti aku letak gambar my tote...Pounds sterling jugek!
Hermes tu dlm kotak dah wrapped cun cun.
Kenapa ita dgn ejin x komen kat posting ni? Menanah mata tgk gambar sampai lupa ker?
OMG ..how come aku terlepas pandang posting nie??? aku baru baca today hahahaha sah2 fend buat masa aku cuti christmas last year
haiyo...ejin ni betul ke idak :)
seriously!!! Baru nampak coz posting nie kuar kat side bar tu tadi ...no wonder aku tak komen lol
Kelakar pulak dah setahun aetengah baru nak ken. Tapi syahdu dalam rindu. Hu hu hu. Tahun ni xde chance nak g london. Huwaaaaa.
Apa pulak setahun setengah ...baru setengah tahun lah fenddddddf
Setengah tahun ke? Aku rasa macam lama sangat. Hu hu hu. Korang yg berbelas tahun x balik kampung macam mana tahap rindu korang ekk? Apakah?
Bila la nak bercuti sebulan kat kampung ni. Ha ha ha
my kes tak sampai berbelas tahun lah ...i came back to Malaysia in 2006 ..so that was like 6 years gitu hahaha
Post a Comment