Selepas lama mencongak mengira berbagai sudut berbeza...akhirnya kata sepakat di capai. Destinasi percutian kami kali ini ialah sekali lagi...Penang. Selepas kebuntuan dengan harga flight yang mahal...terpaksa la pilih dalam negeri saje. Tapi tak kisah pun sebab Penang memang destinasi percutian yang disukai seluruh keluarga.
Aku masuk Agoda.com dan Airasia.com untuk look see look see hotel dan melalui Airasia.com aku booked Hard Rock Hotel 2 hari...Melalui agoda.com pulak aku book Gurney Resort sehari.
Percutian kali ni adalah secara santai. Semalam masa bertolak dari KL pun secara santai aje...singgah breakfast...drive slow slow...sampai Georgetown kol 2pm cam tu. Menonong aje drive ke Komtar sebab nak ke pitt stop yang pertama. Tiba tiba...hujan selebat alam. Aku drive terus ke Komtar sebab nak covered parking. Sementara tunggu hujan berhenti...g parkson beli baju mandi Zara dan Seluar mandi for Ej.
Biler hujan dah berhenti, kami naik teksi ke Nasi Kandar Line Clear
Wajib la ambik gambar untuk yang ke 80 kali untuk tatapan Ejin khasnya dan readers am nya. Kah kah kah.
Ni Ej punya...ketam dan ayam...nasi tu perhiasan aje...sebab pedas katanya. Aku yang makan nasi tu. Masa ni selepas hujan dan kami memang kelaparan...so rasa macam kesedapan sangat.
Kami naik bas aje untuk balik ke komtar. Ej tercengang cengang masa dalam bas. Pastu nampak kedai cendol kat Komtar...apa lagi...serbu. Pasangan Remaja ... Penang Style. Apakah?
Zara excited tengok cendol durian.
Ej ordered cendol ice cream. Heaven katanya.
Khas untuk tatapan Ejin...cendol durian ni say Hi.Lepas tu baru ke Batu Feringgi untuk check in. Dapat je bilik Ej dah nyanyi nak mandi pool. Pool open till 9pm.
Maskot HRH.
Malamnya sebab nak santai sangat...dinner kat HRC aje...tak payah drive out...relax relax aje makan. Gambar makanan takde sebab kesian ada orang tu kerja kerja dan kerja belum dapat bercuti cutian. Tak payah la ekkk tepek gambar makanan. Kesian nanti terbayang bayang. Tak ambik pun photo sebenarnya...kami makan quasadillas, mac and cheese with grilled chicken dan caesar salad with grilled shrimp. Melatops. Apakah? Oops..tertype lak menu. Takpe kot tak nampak gambarajah 3 dimensi makanan itu. La la la.
Ok lak...nanti buat posting lain kasi menanah mata tengok gambar pulak. he he he.
4 comments:
seronok nya fend....tak kisah lah ...dalam negeri ke luar negeri ke...yg penting seme happy go lucky...ha..ha..ha...
trauma aku tgk nasi kandar tu tapi rasa macam nak try...
Maskot HRH mmg meletop!...aku redha aje tgk gambar makanan ko...so dont hesitate to post the pictures here....sengal sengal urat rasa nak bercuti!
OMG OMG OMG ...i miss nasi kandar - especially yang ada ayam merah and telur sotong huhuhuhuhuhuhu
menanges aku tengok gambar tu!!!
(over mengada tak???)
maskot HRH memang comel :-)
sib baek blom letak gambar mee sotong... jelesss
Post a Comment