Mari Belajar Memasak!! Opening entry yang tak leh blah punya. Kah kah kah. Masak la sangatkan pavlova ni...padahal lebih kepada seni hias makanan. Sebab takde pun masak masak. Saje je nak share dengan korang camne senang baitu nya nak buat pavlova ni esp biler bahan paling utamanya ie Meringue tu dah siap tersedia depan mata. Jom Layan.
Mula mula sekali kita buat whipped cream. Camne nak buatnya...kalau nak yang ada video sekali...layan aje kat youtube. Sebelum ni aku pakai whipped cream yang dalam botol tu aje...jenis picit keluar macam bunga whipped cream tu. Tapi masalahnya dengan cuaca panas tak hingat...sekejapan aje dah cair. Nak makan pun tak syok. Nak lagi sedap...better buat sendiri...cam photo ni ha.
Caranya - Beli cooking or dessert cream kat supermarket..biasanya dalam kotak macam kotak santan tu. Kalau yang besar ada gak macam kotak air soya tu. Kembangkan dengan menggunakan mixer. Whipped cream ni biasanya tawar...so tambah la gula sesudu dua. Jangan terlebih manis...nanti tak sedap.
Meringue. Kalau nak buat sendiri...bahan yang di gunakan...putih telur...gula castor...dan perisa sikit. Yang gambar ni perisa lemon. Semua bahan tu di kembangkan guna mixer...kembang sekembangnya...pastu tepek atas kertas pembakar masuk oven...aku rasa lama sangat kot...sebab tu aku malas nak try buat. Beli yang dah siap aje kan senang...macam gambar ni ha. Keluarkan dari plastik terus boleh makan. LOL.
Sapukan whipped cream tadi atas meringue tu...biar rata rata.
Taburkan buah buahan yang korang suka...tapi biasanya orang guna strawberry dan blueberry. Aku suka peach sebab peach manis. Lepas tu siapppp...sila la jemput makan. Untuk yang jauh jauh tu...makan dalam hati je la ye. Aku nak kirim pun takut tak sampai...LOL. Kalau sesapa yang terlebih rajin nak buat merigue tu sendiri...sila layan kat youtube...ada banyak video yang berkenaan. Kalau yang lagi malas...boleh pergi ke Ben's, Delicious or Alexis untuk layan pavlova yang sedap meletops.
Nak lagi sedap...ajak kengkawan datang makan Pavlova ni...tersenyum Aimran dengan Liz yang boleh layan Pavlova ni. Yang tak leh layan...sila perhatikan memek muka mereka...cam Duan cakap kalau di beri pilihan bingka pisang dengan pavlova...dia pilih bingka pisang. Aku lupa nak letak pisang atas pavlova tu kot..supaya duan tak leh nak pilih sebab bingka dengan pavlova both perisa pisang. He he.
Tapi yang tak datang dan tak boleh datang...layan gambar je la yee...menanah tak mata? cer citer cer citer.
6 comments:
Ha..ha..cool..first tine aku makan...dr awal dah ckp duan, kita nak rasa dessert entah apa nama aku tak hingat ha..ha. Ha..aku bukan sweet tooth pubya gang tapi boleh lah. ..duan lagi lah...yg ada element susu n telur dia mmg tak leh...pudding pisang or caramel yg dia pandai buat pun dia tak makan..
Ehhh duan x makan ke puding pisang tu? Dulu masa a level elok je dia makan kat pekan dah shah alam.
Dia rasa gitu aje bkn makan kenyang
Hahaha duan selera makan something like high fibre cake kat SR jer ...my fav lah pavlova tu. Sedap sangat2, akan dipilih over bingka pisang anytime
Kalau kita g alexis ke delicous je...duan makan salad aje. Time dessert dia layan tengok aje. Lol.
Jgn lupa orderkan dia iced water ajer hehehe
Post a Comment