Motip tepek gambar kampung halaman 4 musim? Rindu la dengan suasana sejuk berangin hujan renyai renyai...bangunan yang indah indah...Apakah? Kalau sapa nak ikut abang ngah balik kampung London...cepat beli tabung menabung...tak pun main kutu ke kan. Ha ha ha. Tetibanya...nak paksa orang menabung.
Tahun 2013 baru bermula tapi perjalanan kita masih jauh. Ejin yang paling hebat kan...nak ke negara Lord of the rings sebulan lagi...pastu kena pulak mentelaah jadi student...aku tak sanggup dah nak go through zaman student tu sumer...bravo to Ejin yang bersemangat waja. Kami semua mendoakan kejayaan untuk Dr Ejin.
Cantik kan...deco kat Harrods ni. Semoga tahun 2013 akan menjadi tahun yang cantik untuk kita semua. Tahun ni ita pulak yang berdebar debar anak nak periksa hujung tahun...semoga resultnya cantik cantik belaka.
Setiap hari lalu kat jalan ni kalau nak ke office. Akan berpeluangkah kaki ni berjalan di jalan ini pada 2013? Hmmm...angan angan itu salam menggapai impian.
Cantik kan hotel ni...mahal tak mampu nak menginap kat sini. Dapat snap photo pun ok la kan...nko ader?
Cunkan Meringue ni. Tahun lepas baru tahu camne rupanya Meringue...kelakar aje. Apakah Dessert yang bakal popular di tahun 2013 ni? Jom kita ramai ramai tunggu. Kat KL baru baru ni yang meletops ialah crepe durian padahal cam dah lama dah member aku bagitahu sweetchat ada jual pancake durian tu.
Yang ni deco kat Harvey Nichols kot...kalau tak siap. Kat sini barang mahal sebab semua designer product. Aku takat lalu lalu tengok tengok aje. Kalau ke sini pun terus ke tingkat 5 sebab nak ke food area untuk beli mexican wrapped yang sedap bangat tu.
Tahun 2013 ni...Ej masuk sekolah tingkatan...makin mencabar nak membesarkan budak teenager. Kalau kita cakap A...dia balas B...dah pandai argue. Pening di buatnya. Last last aku jadi tarzan..ha ha ha.
Semoga 2013 ni...kehidupan kita terang benderang dan cemerlang...tak nak suram suram. Tapi mesti tak sama sebab Ejin dah di benua lain...so kalau nak whatapp pun cam tak sama masa...makin suram kah blog ni? Ita dengan Liz pulak makin busy...kerja kerja kerja...Aiyo...aku pun nanti bakal busy jugak..Takutsss.
Tak pernah puas dengan HRC...umur makin meningkat...tapi sibuk nak rock and roll. ha ha ha...yang lawak tu...baru je register jadi member...kalau beli barang dapat discount 10%. Padahal dulu lagi patutnya dah jadi member dah...sebab asal balik kampung je...singgah beli tee shirt dan barang barang orang kirim. Ada sorang tu baru nak berjinak jinak kumpul pin.
Another nice hotel kat area Park Lane. Hanya mampu tengok aje la...nak tinggal kat sini tak mampu. Dulu masa my final year dapat duduk kat hotel kat park lane masa my parents, my sister and BIL datang UK.
Bangunan dah cun deco simple simple aje cukup..yang kelakar pada aku...pavilion dan midvalley lagi all out dengan deco xmas. Kat London simple simple aje.Hujan emas di negeri orang...katanya.
Hotel Millenium...siapa pernah menjangka Abang Ngah dapat lepak seminggu hari hari ulang alik kat kawasan orang kaya bershopping ni? Kita tak kaya takpe...gaya kena ada. LOL.
The very popolar Oxford Street. Sayu hati tengok gambar ni sebab rasa macam nak terbang sekarang jugak. Masa year 1996...mengukur jalan ni dengan Liz and family especially Auntie Bibah...keluar masuk kedai...butique...masa kat selfridges...shopping kasut...pastu selang beberapa hari datang lagi..tukar kasut...sweet memories. Kalau korang dapat jalan kat oxford street ni dengan LizDuan...siap la...10 jam pun tak cukup...lupa makan minum semua. Apakah? lariiiiii.
Biler? When? Kita nak ramai ramai rombongan cik kiah shopping kat Oxford street ni? Cer citer cer citer. Ada Primark yang murah...penuh sendat dengan orang ramai bershopping.
Kat Mark & Spencer ni syok sebab besar and banyak barang. Boleh borong sakat sebab M&S kat KLCC cam kecik aje kan kan kan.
Cer tengok hiasan lampu tu...ni kat WestField. Ala ala Pavilion. Kalau nak shopping yang semua ada in 1 building...this is the place. Nak makan pun senang...ada halal restaurant kat sini. Butique LV...chanel...prada...etc semua ada kat sini. Sediakan ongkos or credit card aje.
Aku harap 2013 akan berwarna warni yang ceria ceria untuk kita semua. Mula mula sekali...looking forward untuk reunion 12hb nanti. Lepak lepak makan...borak borak bergelak ketawa sebelum Ejin berangkat ke negara NZ.
Damai lagi mendamaikan...kawasan ni aku lalu pagi pagi sebab nak ke Waitross beli coklat...air dan lepak kat starbucks for breakfast. Mungkinkah 2013 akan menjadi tahun yang mendamaikan? mudah mudahan.
Kat tepi hotel apa ntah...ada satu pagi tu hotel ni bagi kopi free kat orang yang lalu lalang kat jalan ni. Aku tak ambik sebab aku memang otw nak g Starbucks beli kopi jugak masa tu.
Alangkah bagusnya kalau ada kengkawan kita yang duduk kat apartment sini. Senang hidup. Ha ha ha. Nak mempergunakan free accommodation aje. LOL. Nak buat camne...mahal sangat sewa accom kat sini.
Waitross...kedai orang kaya beli groceries...mahal berbanding dengan Sainsbury etc etc. Tapi dah dekat dengan hotel...belasah aje la...Sainsbury pun aku tak tau kat mana yang nearest. Lagi pun takde plan nak masak masak. Aku semakin malas masak. Baru teringat...EJ nak pudding peach...tak buat buat lagi.
Camni lah simplenya deco Xmas...tapi 2013 kita kena simple...jangan complicated sebab semakin berumur ni...biar la simple...seiring dengan kematangan. Anak pun makin besar...kalau complicated nanti tak terlarat badan nak menghadapi cabaran. So tahun 2013 ni...kita buat plan yang simple simple aje.
Ni la hotel yang aku lupa nama tadi. Nama cam arab arab sikit kan. Kat area Knightbridge ni memang ramai orang Asia Barat.
Sloan Street lagi...saje bagi Liz menanah mata tengok designer butique.
Lagiii
Ni jalan nak ke Harrods. Suka dengan bangunan warna coklat putih tu...cun bangat. Kereta yang di park kat tepi tepi jalan ni sangat la mewah. Tak terjangkau fikiran sama ada kita mampu memiliki kereta mewah tu.
Close up sikit.
Motip?
LV butique yang besar dan cun. Semua adaaa.
Hotel Millenium punya xmas tree. Simple je deco.
New Bond Street. Untuk shopping handbag mewah jugak.
OTW ke office. Sebaris dengan bangunan ni. Ada embassy jugak.
Malaysian embassy...nampak yang ada flag tu.
Cantik building kat area embassy ni. Cam tak puas puas snap photo kat sini. Kalau kita buat rombongan cik Kiah...kita boleh skip area ni...sebab takde shopping malls. Nanti terbuang masa tak puas bershopping.
Pagi pagi kalau ke Harrods...begini lah pemandangan yang aku nampak setiap hari. Korang pernah terfikir tak nak duduk kat apartment kiri tu. Buka tingkap aje nampak harrods. Gula ke garam ke habis...gi lari jap ke Harrods beli.
cafe kat hotel. Tapi sebab member aku smoker...jadi kami selalu lepak kat luar aje.
Takat posing posing aje pastu lepak kat luar layan kopi mahal.
Aku layan latter...bukan kopi je mahal...still water tu pun mahal...kembung perut minum sebab nak habiskan air mahal tu.
Ni kat Regents Park...masa ke HRC...menapak nak ke Bond Street.
Langsung takde deco xmas.
actually aku dah confuse tak sure mana tempat ni. dok snap aje photo..tak ingat
Aiyo...sini lagi ke?
Ni di waktu pagi sebelum pulang ke KL.
ronda ronda snap photo...jalan clear sebab pagi kedai belum buka.
Nampak tak deco kat Harrods tu? Something differentkan from KL.
Kat butique Zara tu sempat aku sambar jaket sehelai...takde sale...so takde la beli benda lain.
Apa nama kawasan ni aku pun tak tahu. Tapi sebaris dengan Harrods la.
From the other side...ni masa jalan jalan buang masa.
Korang layan je la gambar sebab aku dah takde idea nak menaip ha ha ha.
Masa nak snap photo ni ada maknyah cun kat sebelah aku...dia baru cross the road from tempat orang ramai ni berdiri. Too bad tak sempat nak snap gambar dia.
Kawasan perumahan...tapi semua set set apartment la.
Tu je la gambar yang ada. Kalau 2013 dapat balik kampung lagi aku akan snap lagi gambar gambar tempat ni jugak...ha ha ha...nak buat camne...office kat area ni kan. Pastu nak travel keluar from London ni tak mampu. Balik balik cover oxford street...picadilly circus...bond street dan knighbridge. Biler nak makan ke bayswater.
I wish korang semua tahun yang superb 2013 ni....wish yang indah indah belaka and Angan angan lah nak balik kampung. adios.
3 comments:
Happy New Year semua ..menanah mata akak tengok gambar, tapi syadu baca posting nie...kejap syadu kejap gelak hahahaha
my christmas 2013 nanti tak akan sama macam my christmas di UK ...coz in NZ, christmas masa summer! kira macam suasana malaysia jer agak nya
Takpe ejin...tetap pengalaman baru. Pastu menyeronokkan.
very good posting ...it does make a good opening for 2013....kelakar hanyar....KATANYA!!!!!!
tapi sakit jugak mata sebab gambar ada yg kelabu2 asap tak kuase sungguh aku...ko tolong lah jaga quality gambar adoiiiiii.....tempat dah meletop tahap 1...gambor nya gelap gelap dayang senandong...
Happy new year korang...semoga yg baik baik belaka utk 2013
Post a Comment