Saturday, February 9, 2013

Langkawi - Island Hopping

On second day selepas Sarapan aje...kami beramai ramai ke Jetty. Untuk ambik boat for Island hopping activity. Sewa satu boat RM200. Kami pergi ke jetty tu terus untuk booking semalamnya. Sebab jetty tu sebelah Awana hotel tu je. Kalau tak sewa satu boat...boleh je book RM25 sorang kena campur dengan orang lain la. Yang lecehnya nanti kena tunggu dah cukup corum baru boleh jalan.
Ada banyak pulau kecil di sekeliling Pulau Langkawi ni. Kalau Island Hopping yang standard ni akan ke 3 pulau.
Air nampak tenang aje kalau terlindung dengan pulau. Kat laut takde pulau...ombak besar...macam naik roller coaster di buatnya.




Ini kat Pulau Tasik Dayang Bunting. Ada banyak monyet liar yang memerhati aje sape sape bawak bag plastic sebab monyet ni tahu ada food. Monyet ni dengan rakusnya rampas bag plastic orang bawak...tak bagi salam pun.

Jeti kat Pulau Tasik Dayang Bunting.
Tengok monyet ni dapat rampas keropok.
Kat tengah pulau ni ada tasik...dalam 10 meter. boleh nak mandi...pakai life jacket la...sesapa yang tak pandai berenang. Katanya sape susah nak beranak...patut mandi dan minum air tasik ni. LOL.
Sewa 1 life jacket...gilir gilir terjum masuk tasik ni.
Ej pulak take turn.
Posing masa belum sewa life jacket tu
Nuar pandai berenang...boleh aje terjun tak pakai life jacket.
Aku pun nak tunjuk skill padahal tepi tebing...and near to Ej...boleh tarik life jacket dia kalau tak larat nak terapung.

Lepas dari pulau ni kami ke pulang Helang...kat situ just lepak dalam boat tengok orang bagi helang makan. Diorang campakkan kulit ayam kat dalam laut. Helang ni sambar untuk makan.
Banyak helang sejak orang bagi makan free ni. Ada 2 jenis helang kat sini. Yang besar...namanya helang laut...yang kecik...helang bukit

Lepas dah layan helang...kita ke pulau beras basah pulak. Kat sini boleh mandi laut. Air bersih...pasir halus.
Kat Jetty ni boleh bagi ikan makan.

Diorang ber4 je yang rajin berjalan bagi ikan makan. Aku lepak tepi pantai aje.

Photo ni patut kat atas. Itu la Pulau Tasik dayang bunting. Ada tak nampak macam kepala...dada dan perut. Kaki terlindung. Ada cerita sejarah kan pasal Dayang Bunting ni.
Syok lepak pantai sebab tak panas. Pasir halus.
Posing posing sementara tunggu boat datang ambik bawak balik hotel untuk check out

Dalam boat yang bawak kami ke pulau.

Pantai kat Pulau Beras Basah. Kat sini takde toilet. Tu yang leceh tu. Tapi ramai orang mandi manda kat sini. Biasanya Island hopping akan bagi kita masa sejam kat sini untuk lepak lepak. Kalau sesapa pergi Langkawi...jangan lupa ambik Island hopping ni...berbaloi baloi...seronok.

7 comments:

Ejin said...

Waahhhh syiokkkk nya ...banyak penerangan, kalau tak abang ngah just explain sket and boh gambar ajer ...good job!!!!

Ejin said...

Tapi muka monyet tu menakutkan lah ....muka jahat nampak hahahahaa ..and korang semua berani naik bot??? Takde ke yang jerit2

fendifid said...

Ada...fid jerit jerit...siap lens tertanggal masa dok tgk helang makan tu. Terkial kial nak pakai balik lens.

Liz Duan said...

So selonok lah...but tempat mobyet tu scary hoooo...laut n d pandai nampak so exotic..

Eat said...

Mmg best kan island hopping nih.. Sku first jgk pg tiga island nih..

Tapi monyet2 tu mmg rakus.. Masa kat Pulai Beras apa tu.. ada sekor besar, elok je duduk sebelah aku.. dok aim food dlm beg aku.. Serrammm...

fendifid said...

Bag nko terbuka la tu dia nampak food. Masa kat pulau beras lin tgh pegang plastik makanan pastu monyet aim plastik tu. Terus lin bg kat nuar plastik tu dgn pantas. Ha ha ha.

Ejin said...

hahahaha ...pandai Lin! reaction yang amat bernas :-)