Thursday, March 7, 2013

Takde cerita menarik

Aku kan lately kurang ke mana mana sebab nak Zahra sihat betul betul. Tambahan pulak musim batuk selesema sekarang ni. Makanya macam takde modal nak blogging. LOL. Dok harap Ejin kat Wellington aje update gambar langit biru.(gambar jiwang karat takde dah ke?....lariiii)

EJ lak semakin sibuk dengan activity sekolah. Nak g awal la...nak attend ini la itu la..macam macam. Study cam takde hal...tak tahu apa berlaku or perkembangan...senyap aje. Weekend ni baru plan nak g belikan dia buku latihan.

Oh ya...EJ ada larian amal baru baru ni sempena nak mencari dana untuk sekolah dia...so nak tanya korang nak derma tak? boleh la bank in kan kan akaun aku..kah kah kah. Kat sini pun aku boleh nak mintak derma...class tak aku? Derma la seikhlasnya...berapa pun boleh. Bagus amal jariah untuk sekolah...sebab selagi anak murid dapat gunakan kemudahan sekolah ni...selama itulah berkatnya amal jariah penderma semua.

Takde la photo langit biru..yang ada gambar food aje. Jom tengok.
Fid dah mahir dah masak baked cheese macaroni ni. EJ makan berulang ulang ulang...tak leh nak buat selalu. takut dia ikut style mak angkat dia kat NZ tu...susah aku nak cari baju raya dia nanti. LOL.
Laksa nyonya ni aku makan kat Tropicana Mall. Sedap mantap. Kalau ada hirisan cili api...lagi la mantap.
Selain Cote'dor...coklat almond gold whittaker ni sudah menjadi favourite aku. Beli kat langkawi seketul RM2.50. Kalau kat klia or kl...RM5 seketul. Sape g langkawi kalau aku tahu je...aku kirim. LOL. Korang pernah tak makan ni. Rangup sangat coklat ni and penuh dengan almond. Coklat sikit sikit je...tu yang aku suka sangat.
My lunch today. Makan kat backofen cafe kat Sri Hartamas. Set lunch ni dengan soup dan coffee hanya RM15 je. Sedap dan berbaloi.
Member aku offer nak snap gambar aku. Lepas dah snap dia kata cantik la gambar ni. Hensem abang ni...umur 25 tahun katanya. Ha ha ha.

okla..ada jugak posting selingan antara posting langit biru NZ kan kan kan. Layannnn.

5 comments:

Ejin said...

gambar terakhir tu yang paling aku tak tahan weiiii ....

hahaha laksa tu macam memanggil2 jer nama aku hahaha esok nak gi makan asam laksa kat town lah ...

Eat said...

Ntahnya.. gambar tu tak relevan lor...

Sedap nye laksa..

Ejin said...

choc tu aku tak berkenan sangat ..dont really like almond ..my fav is white chocolate :-)

fendifid said...

Whitaker murah dan bersepah kat nz...ada yang macadamia nuts dan nuts yang lain. Ntah ntah white choc pun ada.

Ejin said...

so kalau aku balik cuti nanti aku tau le apa nak bagi kat ngko :-) whitaker choc hahaha