Friday, April 5, 2013

Outing dengan Zamreen - Hot Air Balloon Putrajaya

Aku hampir terlupa nak buat posting pasal outing dengan Zamreen ni. Gambar pun sendu aje sebab aku depends kat gambar Zamreen tapi tak berjaya di upload ke Fb tempohari. Ada berpuluh gambar tapi 5 je dapat upload kat FB. Masa ikut plan awal jumpa terus kat tempat Hot Air Ballon tu. Takde la nak naik tapi takat nak look see look see aje. Nak jadi jakun jap sebab tak pernah seumur hidup tengok belon udara panas ni. Selalu tengok kat TV aje.

Sekali masa on the way tu hujan la pulak. Terus masuk Alamanda dulu lepak minum makan. Lepas dah penat duduk makan kami ke tempat mainan kanak kanak. Zahra dok main kuda ni.
Penuh perasaan dia layan benda ni.
Semua yang ada dia nak try naik.
Muka takde perasaan sebab dah boring naik kuda lama sangat.
Ni masa makan malam. Ter tepek awal pulak photo ni.
Masa lepak minum kat Alamanda tu, aku dengan fid layan muffin Reen buat. Sedap, lembut, lazat, enak...memang mantap la. Sedap punya pasal aku belasah 3 biji. LOL.
Lepas Maghrib kami keluar dari Alamanda terus ke Presint 2. Kereta punya la banyak. Kami park atas divider ni aje. Berderet deret kereta park atas divider ni. Yang bagusnya masa balik senang nak keluar...tak jammed. Kalau park kat tempat parking biasa tu...nangis bersesak kat jammed masa nak balik.
ED excited terlebih dengan Adam. Lama tak lepak outing.
Masa ni menapak nak ke tempat balloons tu sumer.
Kisahnya balloons ni kebanyakannya untuk pengunjung tengok tengok aje. Sebab yang terbang hanya beberapa biji aje. Tu pun tak terbang tinggi.
Takat tu je la balloon tu terbang. Ada tali yang di ikat dari ballon ke kereta. Biler aku baca kat paper keesokan harinya ada pengunjung yang datang seawal 4 pagi untuk beli tiket naik belon ni. Sepanjang carnival berlangsung hanya 3000 tiket aje di jual. Yang berkunjung beribu orang. Sanggup diorang lepak berembun since 4 am semata nak beli tiket.
Masa tengok show ni...aku cam terkejut la sebab orang ramai sangat sangat. tak dapat nak pergi dekat dekat dengan ballon tu semua.
Ballon Tune talk yang berbentuk 4 segi. Ada pertunjukan bunga api jugak.Lepas habis show bunga api perut memasing pun dah berkeroncong. Kami ke Alif Bistro for dinner. Nak makan rojak sotong dengan teh ais punya pasal.
Mi goreng mamak. Boleh la layan walaupun tak sesedap yang kat PD.
Rojak sotong yang sedap meletop
Sup ayam. Sedap jugak sup ni.Pekat kuah nya. Lepas dah kenyang memasing balik ke rumah memasing. Penat tapi Zahra and EJ both of them happy dapat outing.

7 comments:

Liz Duan said...

Banyak org pergi tengok hot air ballon ni...sebab banyak tepek kat facebook...menarik jugak...eh...tapi gambar ko ni semua kelabu hasap tak nampak menarik tertarik nya...
Zara comel as usual...Adam (yg youngest kan?) dah besar ya...anak yg sulung Zamreen tak de eh? Dah umur berapa Adam tu...?

fendifid said...

Adam no 2. Yang kecik sekali hafiy. Gambar sumer guna phone. To yang kelabu asap.
Aliff yg sulung ada tapi gambar xde.

Ejin said...

Aku more tertarik pada cupcake reen tu ....nanti nak cuba ...and tasha..as usual comel!!!

fendifid said...

Ada dua criteria cupcake reen tu meletops. 1 very aoft, moist and gebus. 2. X manis sgt sebab reen kata dia reducekan sugar. Tunggu la lagi 9 bulan before nko dapat rasa. Lol

Ejin said...

Hahahaha ...aku nak try buat ...check2 tak cukup ingredient lol kalau tak boleh bawak for party esok! Susah ada reputasi yang kena dimaintain nie hahaha

zamreen said...

Hi Liz, adam std 4 this year. my youngest hafiy still in kindy, next year std 1.

Hi Ejin, sila cuba recipe tu senang sgt...

Ejin said...

Hi Reen ...memang akan d cuba ...nampak da'bomb