Sunday, August 4, 2013

Update secara malas. Ha ha ha.

Korang jangan pening lak biler baca entry yang caca marba ni. LOL. Aku update secara malas ok. Mood Raya kot...sebab tu mood malas.Sekejap aje dah nak hujung Ramadan...pastu Raya. Ramadan kali ni aku asyik nak minum aje. Cuaca panas sangat la. Kelmarin dan semalam, berturut turut kami ke A&W layan root beer float yang sedap lagi menyegarkan itu. Teringin pulak nak layan beef coney dog. Rasa cam sedap sangat lak sebab dah lama tak makan.
Sosej pun besar...and kuah daging tu memang terbaek.
Teringat ingat Root Beer Float tu.Takut pulak nak pekena setiap malam. Sebab manis sangat. Tapi biler diminum sejuk sejuk...lupa pasal manis ke apa...nafsu nafsu.

Ej kalau dapat pegang handphone aku...mesti dok snap photo sendiri. Pastu kalau Zahra buat perangai, salah satu cara nak layan dia ialah ajak ambik gambar. Tengok la camne Ej mengajar adik dia buat memek muka.
Serabainya rambut Zahra ni. Bila la nak panjang. Senang sikit nak ikat buat toncet.

Tak paham aku kenapa budak budak suka berposing menjelir lidah macam ni...Ej mengikut aje pastu siap ajar adik dia sekali.
Petang tadi Fid ajak berbuka kat luar. Dia kepenatan and takde mood nak masak. Kekadang sampai tak tahu nak masak apa. Aku ok je. Plan nak ke Chillies...tapi sebab keluar lambat sah sah takde tempat. Then we decided ke 1 MK aje sebab kat situ ada Tony Romas. Aku dah beberapa kali ke situ and selalunya tak ramai orang. So confident je la menapak ke Tony Romas tu. Kisahnya dah full. Orang dok buat reservation. Aku tak tahu pun tempat ni boleh buat reservation. Selalunya Chillies kan tak leh buat reservation. Kena main terjah aje. Kalau penuh kena tunggu ikut que. Aku ingatkan Tony Romas pun concept macam tu.

Takde rezeki nak layan ribs yang meletops tu. Kami pun buat plan B...nak repeat macam trip dengan Ejin dan Ita tu....berbuka kat Kluang Station pastu baru ke Chillies. Masa naik escalator terperasan satu Banting ni ada promo buffet ramadan kat The Coffee Club. Rm25 ++ aje. Aku plan nak berbuka kat situ pastu kalau nak dessert boleh ke Tony Romas. Masa tu dah kol 7pm. Masa sampai The Coffee club tu tak ramai orang.

Lepas settle makan makanan buffet yang tak banyak choice tapi sedap dan berbaloi la dengan harganya, kami mintak menu pastu order Nutty Mud pie sebab nampak meja sebelah order dessert tu. Nampak yummy sangat.

Tu dia...ice cream almond + macadamia.. Sedap sangat.
Ej bangga dah turun 6 kg.
Antara dessert yang ada kat the coffee club. Semua nampak menarik.
Ej nak yang ni tapi aku tak order takut tak habis.
Memang betul pun...nak perabihkan dessert yang ni pun jenuh kan main. Tapi tetap habis la kan. Licin sebab sedap.
Wajib di repeat lagi next time.

Malamnya pulak kami ke Restoran Kayu Nasi Kandar yang mahal tu. Tak serik serik.. Reen siap bawak cake macadamia. Birthday Reen 2 hari yang lepas. Kiranya sambut belated la ni.
Selepas kenyang makan nasi, cheese nan, nasi goreng, tandoori chicken dan maggi goreng baru layan cake tu.
Happy Birthday to Mama Reen. Semoga panjang umur, murah rezeki dan ceria selalu.


Masa tengah syok berborak, Zahra g kat Fid pastu kata nak balik. Dia nak tidur la tu. Kami pun bersurai dengan perut semua ketat banyak makan.

Asalkan update....caca marba pun layan la ekk. Nak tunggu mood rajin entah bila tak tahu lagi. He he he.

4 comments:

Ejin said...

yeayyyy!!! carca merba pun carca merba lah ...asal ngko muncul buang sawang di hujung ramadan nie :-) tak macam kak long ngan kak ngah kiter

Tasha makin bulat ...and misha dah kurussss ....

Liz Duan said...

ok aje posting ni tak de lah ngarut sgt :)

Misha kurus oiiii....makin lawa anak dara cik pendi ni...harus dirantai kaki ha..ha..ha..sorry Misha , aunty Liz main aje :)
( if only Misha baca comment2 kita yg meletop sgt ni...)

aku akan update before raya...scout promise mem!

fendifid said...

No rush liz, apa la sangat kan. Posting gold voast ita pun kita boleh je tunggu. He he.

Ejin said...

hahahaha terbaik komen fendu hehhehehe bukan takat posting Gold Coast ita ..ingat tak yang dia nak bagi gambar raya keluarga dia dulu ...nie dah berapa kali raya dah weiiii