Monday, March 1, 2010

On Top Of KL

Lepas class da vinci Ej (hari ni replacement untuk next week...nak balik kampung)...terus nak pi lunch. Masing masing dok bagi idea...nak klcc la...nak pavilion la...nak repeat Pepper and Lunch hari tu...pastu masa drive...dah nak sampai KL...aku nampak bangunan ni dok lambai lambai.

Sebenarnya EJ dah lama nak ke Menara Kuala Lumpur ni. Biler aku suggest ke sini...sume agree. There we go...to be on top of KL.
Nyaris tak dapat bergambar kat sini sebab hujan. Lepas hujan berhenti...gigih park keta jap tepi jalan...aku dgn EJ je pi posing jap kat sini. Fid tunggu dalam keta.
Gambar ni berlatar belakang kan sebatang pokok Jelutong yang berusia 95tahun katanya.
To conserve this tree...kedudukan asal Menara KL (kalau ikut plan la)...di alihkan sikit. They used "soldier piles" untuk tahan pokok ni semasa pembinaan asas KL Tower ni. Good job.
Masa sampai sampai je...lunch time dah nak tamat. So they suggested us to go for High Tea. Kena tunggu sejam. Ej beli jagung buat alas perut dulu. Habis sume souviners shops kami terjah. Nak kill 1 hour tu...pastu lepak dalam TV hall layan video pasal pembinaan KL Tower ni. Lepas habis Malay version...kami sambung layan English Version. Sebab nak kan kerusi dan aircond. Yes...panas terik kat luar tu.

Once dapat naik je...memasing teruja. Layannn. Apa apa pun...posing dulu. Pastu terus ambik food. Foodnya dari segi rasa...ok la...boleh layan. Dah tujuan orang datang sini pun bukan sebab food...tapi sebab embience. Suka Ej dapat duduk tepi tingkap.


Layan ice cream sampai puas.

Mi Bandung...ni bukan mi bandung muar...ni mi bandung yang kuah cam cili sos manis tu. Ej kata sedap.


Taken from Salad Bar. Ada 3 food bar. Local food, western dan dessert. Kenyang jugak la layan.

Ni from westen bar.

Local cuisine. Rendang dan serunding sedap...penuh pinggan Ej. Berbaloi bawa EJ ke sini sebab dia memang tengah lapar kan. Makan for 2 hours.

Masa ambik photo ni...belum hujan lagi. Boleh la nampak luar. Masa hujan...nampak kabus je.

Dia ambik dessert...pastu mummy yang kena makan. Aku tak ambik cake cake ni...aku ambik bread pudding dan pudding caramel je...satanem.


Pasangan Remaja. Masa ni hujan lebat. Pastu Ej tanya mana datang hujan tu? Aku cakap tak belajar Sains ke? dia cakap tak..biler aku kata dari awan. Banyak pulak soalannya.

Lepas hujan berhenti...snap gambar lagi...baru boleh nampak KLCC. Kalau tak...kabur je. Dah la nak ke sini pun tak di rancang...camera sume tertinggal. Gambar gambar canggih ni sume guna handphone. Sebab tu blur sesadong.
Yang pentingnya...Ej punya permintaan dah di penuhi...and we had great time kat sana. Dulu ada tempat lepak lepak tengok air pancut...itu sume dah jadi sejarah ye. Tempat tu dah jadi cultural show, Pastu ada poney ride, F1 simulator station and Mini Zoo. Dulu beli tiket Rm8 je untuk naik ke view deck. La ni...package tiket...untuk naik ke view deck dan attactions ni sume.

9 comments:

Liz Duan said...

This is so.......coll...aku sejuk kaki tengok gambar ajer...kalau ada kat atas tu...adooiiii nervous breakdown terus!

Liz Duan said...

I LIKE....Pink and white colour scheme

Liz Duan said...

I LIKE....Pink and white colour scheme

fendifid said...

masa naik lif tu je seram sikit...biler sampai atas best...restoran tu berputar pun tak rasa

Ejin said...

Nice!!!! Yes, baju Fid cantik lah ..and yours is your bday present tu ke Fend?

fendifid said...

yuppp.

meletops macam artis...bukan aku kata...geng ratu posing yang hadiahkan tu kata...cabutttt

Mard said...

alang2 kau nak balik kg (PD i'm assuming), haa.. ni ada 'komplen' pasal one of the restaurants in PD.

http://mazidulakmal.blogspot.com/2010/02/romi-si-pelayan.html?zx=82a0bf8b61f0775c

dah lama tak ke PD so donno where's the place

fendifid said...

mard...tak tahu la kedai ni kat mana...and I don't eat patin.

fido said...

he he.. thanx bebs!!!