Wednesday, March 31, 2010

3 in 1

Masa kat PD last weekend, adik aku cakap ada fresh kerapu abang dgn adik aku tangkap guna bubu. Aku yang lama dah gantung kuali...terus masak sos 10 rasa...kalau kat kedai famous dengan 3 rasa...aku tamak...bagi 10 rasa terus.
Fresh dalam kuali lagi sos 10 rasa ni.
Siram atas fresh kerapu goreng...meletops. sindri bakul masuk sindri angkat kasi...ha ha ha.

Nak lagi power...goreng ikan masin...tabur cilipadi dan bawang goreng. Satanemmm.
Sekejapan je licin 4 ekor kerapu.

Petangnya pi town.



Singgah kopitiam Pak Lang for tea.



Kat kawasan ni...depan Pejabat Kastam tak jauh dari kopitiam Pak lang...malam malam ada gerai gerai makan. Gerai yang betul betul depan kastam tu...nasi goreng kampungnya power. Yang lain lain...biasa je kot. Kalau pi PD tak tahu nak makan kat mana...datang je sini.

Semalam lepas fetch Ej from school dapat chance lepak minum pekena pisang goreng. Pi try kat kedai lain...sebaris dgn kedai pisang goreng yang hari tu.

Pisangnya tak bersusun cantik...tapi tepungnya garing..sedap bangat. Pisangnya pun masak masak.

Balik PD nak cari orang jual pisang goreng pun susah...kat keramat bersepah. Apakah???


Cucur udang. La ni memang style cucur sorok udang...sebab susah nak nampak udangnya.


Tapi sosnya tak sesedap cucur udang semenyih yang Zamreen pernah beli jamu kitorang makan. Zamreen tak dapat baca the hidden message ke? ha ha ha.

Tadi pulak sempena 31st...ada discount 31%...member ingatkan aku...terus ke Jusco Setiawangsa beli Ice cream. Yang ni 2 flavour boring fav Ej dgn Fid. Yang satu lagi tu...ada 3 flavour yang sume sedap sedap...fav aku la. Wajib ada kacang. ha ha ha.
Dulu kat HK kan Ej makan satu scoop...RM35...boleh dapat 1/4 gallon kalau beli kat Malaysia. Bila aku cakap kat Ej...jgn mintak daddy beli ice cream 1 tahun sebab dah beli yang besar...dia cakap "bla bla bla buat mata pandang atas". Sabar je lah Pak Ngah.

Ej kalau makan ice cream rainbow sherbet dia tu suka letak colour rice...siap jadi alasan cakap beli kat booth lagi sedap...makan kat umah tak sedap. Apakah? La ni tiada lagi alasan ngarut. We are ready for ABPH sabtu ni...lepak depan tv sambil layan ice cream. Nanti kena beli pop corn pulak.

5 comments:

Ejin said...

sedap nyer kerapu!!!! first time aku dengar 10 rasa ...abang ngah nie, kalau buat something selalu MEGA hehehehe

Liz Duan said...

mengarut boh segala bagai lah tu...

Ejin said...

hehehehehe ...sebab lama dah gantung kuali, tetiba kena masak tu yang dia over excited tuh kot Liz

fendifid said...

janji sedap...dan licin. ha ha ha.

Liz Duan said...

tak habis kang bazir pulok tak gitu kak ejin!