Wednesday, March 24, 2010

Spring Potato & Popia Power

Petang tadi lepas fetch EJ from school aku singgah kat Pasar Malam AU2 keramat ...depan flat tepi Jalan Enggang. Selalunya kalau ke pasar malam ni...mesti tujuannya nak beli popia or laksa...both pun terbaik. Aku memang recommend sesapa suka laksa dgn popia...cari la kat sini. Pasti tidak menghampakan.

But recently member aku cakap ada Spring Potato...something new and different. Not bad la member aku kata. So dah terlanjur kat sini...aku pi cari Spring Potato tu. Tak sure dah sampai ke belum ke tempat korang. Will this become a New Sensation? Kita tunggu dan lihat je la nanti.

Potato yang besar besar di potong melingkar guna mesin khas...pastu di cucuk dengan buluh panjang...salut dengan terpung rangup dan di goreng.

Dah goreng garing...rupanya camni.


Pastu ditaburkan serbuk perisa mengikut kehendak pelanggan. Ada perisa cheese, bbq, satay dan tomato. Letak sikit mayonese dan cili sos. Siap.

Fid and Ej pun first time tengok and rasa benda ni.


Tapi awas...buluhnya tajam...Fid tercucuk kat tapak tangan dia...bisa katanya.


Makan 1 je dah kenyang...rasanya macam wedges.
Kat Pasar Malam ni...dah bertahun kami discovered ada popiah yang satanem. Ada la recommended kat few frens...and semua kata terbaik rasanya. Aku siap tanya dan hafal kat mana kakak dan abang ni berniaga ikut hari. Isnin kat pasar malam Au3. Rabu kat Keramat Au2 dan Jumaat Keramat Au4. Hari hari lain jauh jauh katanya.


Yang specialnya bila di order baru abang tu gulung popia tu. Tapi selalunya aku order...pastu jalan jalan dulu look see look see benda lain pastu baru datang collect dan bayar. Member aku yang dah jadi pelanggan tetap...call dulu order...pastu datang ambik. Peminat popia tegar. Layannnn.


Lepas dah susun kulit popia tu...sapu sos cilinya...letakkan togeh...dan sengkuang.


Pastu taburkan udang kering (I don't know what you call it actually...udang kering is one of the ingredient la tapi)

Lepas dah siap gulung...sapukan kuah cili kacang tu. Satanem. Rasa satu mesti tak cukup punya. Aku gerenti.

Dulu dulu...aku suka yang jenis goreng ni...tapi la ni suka yang basah pulak...tukar tukar la ikut mood. Yang pasti...both pun Mantap...meletops.
Sape nak rasa...spring potato dengan popia ni..boleh mai keramat...tapi kena la hari hari yang di sebutkan tadi.

3 comments:

Ejin said...

best nampak spring potato tu ..belum pernah tengok lagi yang mcm tu! and I love poppiah ....

Liz Duan said...

sama jugak tak pernah nampak....like ejin...i also LUV popia..ape eja POPPIAH gitu tu ejin??? dah macam bunyi....entah bunyi apa ekkkk

fendifid said...

Kawan fid kata dah banyak kat KL ni...spring potato tu...pasar malam jalan TAR pun ada.