Sunday, March 23, 2014

Siaran Langsung

Aku bersiaran langsung dari kampungku tercinta. Port Dickson. Kampung la sangat. Semalam lepas visit jiran kat hospital pusrawi yang buat laser buang baru karang, kami terus balik ke PD. Ikut jalan klia sepang. Member yang guna lebuhraya utara selatan kata jammed giles. Petang kol 6pm baru sampai ke PD.

Faikah. Anak sedara terbaru aku. Ini la reason kami balik PD. Abang aku duduk johor, jauh nak melawat anak sedara ni. So bila diorang balik PD kami pun ikut la balik berkumpul kat PD. Tembam anak sedara aku ni. Rambut pun lebat. 
Kakak aku bagi kueh apam ni untuk kami bersarapan. Dua jenis apam kakak aku buat. Lembut dan sedap macam biasa.


Dah kata balik ikut klia. Wajib la singgah cendol bakar especially musim panas ni. Sedap je layan cendol.
Semalam breakfast kari kambing kat restoran khairun keramat permai. Sedap. Aku sms kawan ajak join tapi dia dah siap tapau makanan masa tu. 
Last weekend aku dgn Fid dating dating kat area bukit bintang. Singgah lepak kat 
Tous les jours. Sedap gak Caesar chicken salad ni. Boleh repeat next time.
Semua gambar lama. Asalkan makanan, tepek je kat sini. Ni wild mushroom soup kat san francisco pizza. Sedap soup ni. Terasa mushroomnya. Mostly tempat lain soup rasa tepung aje. Anak anak aku yang suka sangat pizza. Layannn.
Lembut sangat roti ni. Sedap. Semua suker.
Posing tu wajib la kan.
Cam ye ye je Zahra ni padahal dia tak makan pun pizza ni. Dia layan cheesy garlic bread je 2 ketul.
Ada promotion discount half price. Tu yang order tu. Ingatkan kecik. Rupanya besar bagak. Sorang memang tak habis. Selepas balik dari bukit bintang tu kami bawak Ej dan Zahra layan pizza kat Festival city. Masa g bukit bintang, anak anak tak ikut. 
Ni gambar semalam. Zahra sibuk nak pergi school tapi kalau bagi dia pergi sah sab dia mengganggu sebab dia dok sibuk jerit cikgu cikgu pastu nak tunjuk apa yang dia conteng. Susahlah cikgu nak mengajar kalau asyik nak mengadap dia seorang je kan. Last last aku pindahkan dia duduk kat hall. He he he. 

PD panas sangat. Lepas ni nak kelauar g town kejap. Lepak lepak kat PD Waterfront. Tapi panas sangat la cuaca. Ok. Nak sambung baca newspaper lak.

2 comments:

Ejin said...

banyak nyer rambut your anak buah tu :-) comel .....

hehehe lawak Tasha kena antar kat hall ..kesian dia, dia nak attention cikgu ..so sweet :-)

Ejin said...

and the apam is so tempting ...memanggil manggil aku