Saturday, November 23, 2013

Useful tips untuk first timer melancong ke Gold Coast Australia

Posting sebelum ni hanya untuk bercerita tentang activities rombongan cik kiah kami. So aku bercerita sekali imbas. Lebihnya nak tepek photo aje. Tapi untuk posting yang ni aku explain la serba sikit kot kot ada readers yang looking for information. Hopefully tips ni boleh menjadi panduan yang berguna kepada sesiapa yang bercadang untuk travel dan bercuti ke Gold Coast.

1) Flight Tickets - Untuk trip kami ni flight tickets were bought last year...setahun lebih kena tunggu untuk materalise trip ni..LOL. Masa tu Air Asia X buat promotion. Harga yang aku dapat RM700 plus pergi balik untuk seorang. Ini tak termasuk travelling insurance, meal, luggage and in flight entertainment. Kalau ada tablet sendiri boleh jimat tak perlu sewa tablet from AA.

Untuk makluman, kalau naik Air Asia kita akan mendarat kat Airport Gold Coast. Perjalanan from Coolangata Airport to Surfer Paradise adalah lebih kurang 45 minit.

Kalau sesapa yang naik MAS, kapal terbang akan mendarat kat Brisbane Airport. Perjalanan from Brisbane Airport to Surfer Paradise lebih kurang 1jam 30 minit.
2) Sewa Kereta - Kami sewa kereta from Gold Coast Family car rentals. Harga sewa kereta putih ni model mitsubishi magna ialah AUD305 untuk 6 hari. Kami sewa jugak tarago (kat KL estima lama tu) AUD 440 untuk 6 hari. The reason aku sewa kat sini sebab aku rasa insurance murah sikit and coverage pun ok.
    - Untuk sewa kereta masuk aje web site Gold Coast Family car rentals ni and book online. Nanti kita akan dapat email notification and details apa kita kena bayar. Deposit untuk secure rental AUD75.
    - Kami pick up kereta kat Airport. Pulang pun kat Airport. Car Rental ni akan charge Security Bond (Cagaran) AUD150-AUD185 Sehari sebelum kita fly ke sana diorang akan charge Credit Card kita. Pastu kalau kita return car in good condition plus minyak yang penuh security bond ni akan di pulang kan sehari selepas kita return kereta. Very efficient.
      - Untuk 6 hari kami paid AUD100 untuk fuel.Masa ambik kereta minyak memang dah penuh. Sebelum return kita isi minyak penuh balik untuk ganti yang kita dah guna.
3) Themeparks - Kat Gold Coast ada banyak themeparks...boleh pilih ikut suka mana nak pergi. Kami beli VIP pass kat myfun.com.au yang berharga AUD99.99 yang cover SeaWorld, MovieWorld dan Wet & Wild. Dengan VIP pass kita boleh masuk 3 parks ni berkali kali selama 28hari. Masa kami beli ticket pass ni ada promo beli 3 tickets dapat free 1. So for us we spent AUD79 untuk satu pass. Sungguh berbaloi sebab kalau beli single single untuk satu park aje AUD70.

Kalau nak tengok binatang, boleh ke Currumbin, Paradise Country. Kalau masuk myfun.com.au boleh beli ticket untuk lain lain tarikan yang ada kat Gold Coast ni Aqua duck, Australian Outback etc etc.
4) Kalau sempat boleh menjengah ke beberapa garden kat Gold Coast ni especially kalau kita pergi masa musim bunga. Botanical garden terletak di Ashmore Road, Benowa. Dekat aje dengan Surfer Paradise.
5) Kalau kita sewa kereta kita boleh pergi tempat tempat yang cantik macam Tweed Heads yang berdekatan dengan airport Coolangata, Byron Bay untuk melihat rumah api dan Mount Tamborine. Boleh juga drive ke Brisbane.
6) Untuk peminat coklat, boleh menjengah ke Chocolataria San Churro di Circle on Cavill. Restoran ni berdekatan dengan traffic light yang dekat dengan Hard Rock Cafe. Kiranya seberang jalan opposit HRC. Churros ni sedap sangat tak berminyak pun dan dip in our choice of chocholate. Nak milk choc ke, dark choc ke white choc ke ikut suka la. Try juga macaron yang ada berbagai bagai perisa. Mantappp.
7) Untuk menjimatkan belanja kita boleh masak sendiri kalau kita stay kat Apartment yang ada utensils. Bawa la sabun yang untuk samak tu. Kami bawa tuna, brahims kari chicken, brahims sambal bilis, perencah tomyam, asam pedas, nasi goreng, sayur goreng, sup sayur dan lain lain. Asalkan tiada beef dan barangan kayu, semua ni boleh lepas. Untuk memudahkan urusan di kastam sediakan list barang yang kita bawak dan make sure kita declare kita ada bawa ubatan dan food.

Untuk bahan mentah yang lain lain tu macam beras, susu, cereal, fish fingers, macaroni and cheese etc kita boleh beli di Coles, Woolworth dan Asian supermarket. Since kami tinggal di Broadbeach waters, Coles di Pacific Fair paling dekat for us to do groceries shopping. Kalau stay di Surfer Paradise ada Woolworth berdekatan HRC. Coles pun ada kat bangunan seberang. Kena jalan la sikit untuk mencari. Google aje or tanya orang. Asian Supermarket ada di Australian Fair dan Harbour Town.
8) Peminat dessert can take the oppurtunity untuk buat pavlova macam ni sebab meringue besar ni ada jual kat Coles (AUD 13). Beli cream dan buah buahan segar for toppings. Buah buah ni kami beli kat Harbour Town sebab murah kat situ. Kalau ke Carrara Market boleh juga beli buah segar yang murah. Kalau kat Coles ke Woolworth ke buah buah segar kat situ tak murah. Boleh juga beli cheesecake, yogurt dan creme caramel untuk dessert.
9) Untuk penggemar shopping, jangan lupa menjengah ke Harbour Town. Boleh pergi dengan Bas from Cavill avenue bus no 703 & 709. Tambang AUD6.70 untuk dewasa dan AUD3.40 untuk kanak kanak.

Selain Harbour Town boleh ke Pacific Fair, Robina Shopping Centre, Oasis dan lain lain shopping malls kat area Gold Coast tu. Paling senang nak pergi kalau takde kereta ialah Pacific Fair. Sebab ada banyak bas yang ke sana.

10) Untuk sesiapa yang takde plan untuk menyewa kereta boleh ke websites ni untuk dapatkan airport transfer dan transport ke theme park. http://gcshuttle.com.au/ dan http://www.con-x-ion.com

11) Selalunya kita tak sure berapa lama kita nak spend untuk bercuti kat Gold Coast untuk cover semua tempat tempat menarik kat sini. Kami went for 5 solid days dan memang la tak cukup. I personally think 10 days is the best. Kalau budget ada...layannnn.

12) Untuk accommodation, try to get apartment yang berdekatan dengan Surfers Paradise. Lagi convinient. Contohnya Mantra, Islander etc. Senang nak bercanda di pantai. Banyak masa untuk berjalan jalan kat area town dan bershopping souviners. Date yang kami pergi sama pulak dengan Schoolies (party untuk budak budak lepasan sekolah) and banyak apartment kat Surfer Paradise yang di khaskan untuk schoolies so we had no choice terpaksa cari accomodation tempat lain.

Rasanya cukup la ni tips untuk mereka yang berhajat nak melancong ke Gold Coast. Selamat bercuti.

8 comments:

Ejin said...

well done...sangat berinformasi :-)

fendifid said...

Lupa nak mention, kalau nak more info boleh masuk forum. Kat google.com type "mcari forum gold coast'. Banyak info berguna boleh dapat kat situ.

syura ali said...

Weee.. ni buat rasa teruja nak pergi..

syura ali said...

Weeee

The Travelling 3o said...

Thank you for the info! Nak pegi untuk 2 hari je gerak dr brisbane. hehe kalau ada masa singgahla travel blog kami di travelling3o.com

diyanayaacob said...

Salam Sister, nak tanya kos minyak utk sewa kereta macam mana? Tq

fazira said...

Asslm... berapa sewa appartment tu semalam?

Daniel Youd said...

I agree with everything you wrote in this blog. I just can tell that you really had fun. Everyone who’d love a home away from home, it’s definitely Gold coast! And if you want to enjoy then bring yourself to the Gold coast and hire car rentals gold coast
Gold Coast Car Hire