Monday, May 31, 2010

Pulau Pinang Trip 2010 -day 2

Ok day 2...we went for roti canai at this ...i have this place all along in my head but cant remember the kedai's name so no point even mentioning..and then my mom called told me this "jangan lupa makan roti canai kat jalan Agil"
aku: betul ke nama jalan tu
my mom: betul lah !
I asked the receptionist and he showed me the route...jadi kite follow ajer...memusing jugak because banyak one way ticket at Jalan Pinang tu and the problem with reading the map again...:)

It used to be a stall under pokok ketapang, during those times when I were brought there for breakfast by my parents. The speciality is the roti banjir which came with daging...but now the daging macam daging kotak lah even my mom pun kata dah lain rasanya...verdict from the boys and duan ...semua tak suka...but that place brings good memory...so redha je lah....nostalgia lah gitu! wahahahaha..

Right after that went to Gurney Plaza..Thanks Allah we have this mall to wrap up our first visit to Penang with glory......awesome lah mall ni....Like it much better than Queensbay :D

Pulau Pinang Trip 2010 -day 1

Alhamdulillah setelah setahun aku planned...betul ke setahun fend? ......akhirnya sampai jugak ke Pulau Pinang...sib baik kawan kawan masa high school organised the 20th year reunion, kalau tak memang tak merasa agaknya pergi Penang ...dalam 20 tahun ada lah pergi sekali dua masa a level and that's it...
Kite lalu Jambatan Pulau Pinang.....tak siapa berani nak keluar except for myself and Angah semata mata utk blog :)
After check in at Eastin...terus ke Gurney Drive mencari Nasi kandar --specifically Mustapha--ni "mr google search" yg cite ...penghujung nya dapat jumpa Nasi Kandar Khaleel..tima kasih bro google search....nasi kandar awesome...afi suka sangat makan papadom...tapi kita org makan hidang jugak tak sampai lagi tahap makan penuh curry sepinggan....org penang kata berlemoih he..he..

Lepas tu terus jalan ke Batu Ferringhi..rasanya TC macam cool lagi ada tempat nak berhenti and all...ini macam semua kat tepi jalan entah mana nak parking.....pas tu pusing parking lot Hard Rock Hotel--jgn tidak org kata......

Jalan ni semua ikut peta amik kat hotel...somehow BB ni takde GPS lah ..ke kena install tak tahu lah kawan pung! Thought of going to Toys' Museum dua kali lalu nampak dah patung ultraman terpampang tapinya Kiddy Kindergarten...sakit perut aku dan budak2 ketawa...i think it has to be kat jalan dalam kot...yg driver laju benar-- yg tengok petanya aku--konon perempuan tak leh baca map--- tapi kat UK bukan aku yg baca map? quality system perjalanan pun kena di pertikaikan end up kite org dok dlm kereta bertelagah, keluar kereta ok...the truth is i have foreseen this dah contact a friend suh jadi tourist guide malang nya dia ke German so gini lah citenya...kalau ada Pak Ismet baguih kan...coz mmg potong steam benda 2 gini time bercuti :)

Moving along the coastal sampai Padang Kota...atas desakan the boys maka masuk lah kite ke....apa ada dlm ni? penjara lah , kubu , chapel and tugu Francis Light.( muka francis light ni ikut muka his first son sebab gambar mr francis light yang ado...tak berapa nak glamour kot:)

Lepas tu berjalan lebih kurang dah petang mengikut pulak cakap "miss google search"...cari abc kat Queensbay Mall...tried Padang Kota tapi mcm tak beh jer so terus ke QM...the first shop kite jumpe was this one selling lai chi kang...and taht was what we had...tak daya nak jalan cari kedai lain...pas tu nak makan tapi perut berat senak benak dgn kari tadi so balik dulu lahhh...

dekat 10pm baru sekali lagi ke QM for dinner looking for something sour like Tomyam....sib baik jumpe Siam Express....lega rasa perut dapat di neutralised kan....:)

Naik Kereta Kabel ke Genting Highlands - Part 2

Ok sambungan ronggeng ke Genting Highlands. Kesian kan Afiq yang cuma boleh tengok je orang lain berhappy sakan naik rides...dia kena tunggu kat tepi. Kami pi pulak beratur naik family rides. Sume set set yang boleh buat orang tidur la naik rides macam ni. Kids happy la kot.

Sementara anak anak naik train...mak bapak posing gaya band boy kat tepi restoran.

3 stoogers. riuh macam 100 orang padahal bertiga je.


Ni la train ride yang boring giles. Afiq cuba nak keluar 3 kali...boring punya pasal. Sebab dia terpaksa duduk kat belakang. Diorang berebut nak duduk depan sebab boleh bunyikan loceng train tu.

Terpaksa duduk sorang.

Lepas train ride tu...kami ke kawasan luar ambik angin sambil makan. Beli coffee kat Starbucks lepak kat tepi taman ni memang best...sebab cuaca sejuk.

1 of the family rides.



masa ambik gambar ni...kat belakang tu ada couple tengah lepak lepak...tu yang angle kena kasi cun supaya tak nampak diorang kat belakang tu.


Pasangan remaja
Lepas dah puas lepak, jalan kat dalam balik. Ajak the kids naik fly rides sume tak nak. Konon tak trill. Lalu kat area craft..EJ buat bentuk tangn guna lilin tu. Tapi shape nya hampas. Sebab dia terkejut masa masukkan tangan dalam lilin cair tu.


Entah apa apa punya shape


Lepak layan wax 3D potret. Dia buat patung bentuk muka orang pastu framekan. Mahal yang ni...paling kecik Rm120



Layan gondola pulak.

Mak bapak yang teover happy lebih. Anak anak buat muka boring.



Patung Oscar
Last sekali pi layan caterpilar rides. Masa tu kena baratur sejam. Cuaca kat luar kabus dan hujan so orang dah start masuk dalam. Tu yang rides kat dalam dah start kena beratur panjang untuk naik.
Lin...yang rasa macam kat over the sea. Sebab kabus tebal dan makin sejuk.



Lepas kitorang naik je ... diorang stop jap train ride ni sebab cuaca tak mengizinkan.


Train ni gerak slow sangat. Tu yang berposing tak hingat punya masa dalam train ni.

Fid dok perasan dia kat HK.

Memasing dah excited dah bile berkabus.

Tak puas layan cuaca berkabus dalam train kami ke luar pulak. Memang sejuk masa ni. Best. Dalam sejuk sejuk tu...sempat layan keledek bakar, waffer, ayam goreng, nasi lemak dan teh tarik.

Yang best sekali biler tengok anak anak happy.


Sambil makan...layan posing. Tempat lepak ni betul betul menghadap Superman ride tu. Ajak Nuarlin naik...sume seram. Tengok orang lain je la naik.

Pasangan remaja konon konon kat Over the sea.

Berkabus tebal...memasing suka layan cuaca macam ni. Sebab KL kan panas giler.
Lepas dah puas...terus pergi ke stesyen kabel untuk balik. Sekali tengok orang beratur panjang giles. 1 jam kena beratur nak naik kable car ni. Masa ni sume tak rasa cuak dah sebab kepenatan...memasing nak cepat naik nak balik je.



Punya la menjunam rasanya...tapi tak scary pun.

Sampai je kat keta...puas hati memasing...Seronok beronggeng ramai ramai. Kids pun tak banyak kerenah. Boleh la repeat next year biler Afiq dah tinggi sikit. Layannn

video video

Jeruk Buah Salak

My new favourite! Aku mula makan benda nie masa pi Penang last March ...masa tu beli sket jer ...tapi sedap nyer sampai termimpi2 ...so, masa kat sana this time round memang aku cari jeruk buah salak nie ...siap buat bekal masa kursus!

on the way to airport, our kind taxi driver tanya nak singgah beli jeruk ke assam ke etc etc ...aku mula2 kata takpe lah tapi my fren Zil kata dia nak singgah ...and taxi tu kata this place memang popular ngan jeruk buah pala and buah salak ....


jangan tanya aku kat mana ...coz aku tak tau kat mana sebenarnya! (p/s to fendu - taxi driver tu kata kat depan kedai nie ada gerai nasi dalca yang sedapppppppp...tapi aku lupa nama gerai dalca tu!)


kata nyer, yang special about this kedai jeruk is that dia guna gula pasir ...aku pun tak tau lah yang lain tu guna gula apa ....sebab assumekan selama nie jerk tak pakai gula ...hehehehe ...aku tak tamak, aku cuma amik setengah kilo jer buah salak ....bukan apa, sebab luggage aku dah penuh tahap disumbat2 pun takleh masuk dah ...yang nie aku ambik sket sebab tu jer yang muat kat backpack aku ....kalau tak berkilo2 aku angkut!


so happen, mak aku pun suka ...siap pesan kalau aku pi lagi, beli jeruk nie byk2 ...hehehehe

Naik Cable Car ke Genting Highlands - Part 1

Nuarlin roger roger hari tu ajak Pi Genting Highlands. Kesian takde plan ronggeng untuk anak anak. Lepas dah set sume...kami decided untuk naik cable car ke atas...guna Genting skyways. Nuarlin pernah naik cable car ke atas tu tapi kami tak pernah. Dah beberapa kali ke Genting sumenya drive up. Lagi pun kami plan pi balik hari je tak stay kat atas tu.
Masa lalu kat Goh Tong Raya...nampak hotel Seri Malaysia ni.
Sampai ke kat stesyen cable car tu...berposing dulu. Masa ni...the kids eager nak naik cable car.

Kaum bapa pula dengan the kids. Happy sangatkan muka the kids...macam tak sabar sabar nak naik ke atas tu.


Sementar beratur nak naik cable car...sempat berposing.



Naik je cable car ni...suasana yang riuh macam ada 100 orang terus senyap sunyi...tengok la Fid yang muka cuak ni. EJ pun sama je...takut.

Sibuk EJ suruh aku simpan camera...sebab takut bergoyang. Mana taknya panjang gilers cable car ni. 3.4km panjang nya. Tapi tak lah segerun cable car kat Langkawi.

Kelakarkan muka Fid ni...naik cable car pun takut.


Panjang giles dan laju.

yang seram seram naik cable car ni biler nampak je bangunan ni sume rasa lega sebab tahu dah nak sampai.


3.4 kilometers long.




Once menjejak kan kaki ke Resort Hotel posing dulu.


Replica olive. Sebab restoran tu namanya olive.


View permandangan Genting outdoor theme park.


cun bunga orkid biler di susun macam tu



sampai je kat indoor theme park First World hotel...berposing lagi. Masa ni anak anak excited tak hingat punya.


Gambar ni tak tar tersusun lak...patutnya gambar layan Turtle 4D show dulu. Lepas tu baru layan cable car ni. Ej repeat sampai 3 kali.

Nuar sempat dok ambik gambar sebab Aqif ang drive.

Masa ni aku baru lepas langgar keta diorang.


Layan yang ni...ok gak...tapi ceritanya slow sikit

2 happy families beronggeng...menyejukan hati sebab trip ke Awana tak jadi...ha ha ha. Nuar tu muka cuak sebab takut nak layan movie 4D ni.


Lepas 3 round layan cable car...kami layan pulak roller costers. Ej yang mulanya takut takut...pastu layan 3 kali jugak. Tu pun tak puas...dia nak ulang naik 10 kali. Fid naik sekali je. Lin tak naik langsung. Takut katanya.

Aku tak suka naik sebenarnya...tapi terpaksa sebab kena teman kan EJ...tipuuuuu. ha ha ha


Syok geles....yeah...EJ dah tak takur naik roller costers boleh la layan lagi next time.