Wednesday, February 3, 2010

Indera Mahkota Kuantan

Turun je dari genting, terus ke destinasi seterusnya untuk part 2 percutian kami. Punya la plan baik sekali tapi perlaksanaannya hampagas. kah kah kah.
Sampai je ke destinasi seterunya. Benda ni di hidangkan. Jangan jeles ejin. Aku dulu dapat rasa puding caramel yang sedap ni. Nko kalau nak rasa...pi la cari balik posting recipe bibik kak long ni pastu bikin sendiri ha ha ha.
Adib yang dah ready nak bersuka ria kat Gambang Waterpark. Sampai je kat situ dah kol 4.40ptg. Yang jaga counter tu kata membazir je kalau kami masuk sebab park tu tutup nak tutup dah. Padahal Nuarlin tengah berseronok kat dalam tu. Apakan daya. Kita hanya merancang.(mesti lepas ni Kak long nak comment pasal aku drive slow...ha ha ha).
Paling kesian kat angah. Muncung je mulut dia biler tak jadi masuk. Terus ke teluk cempedak lepas tu. Bagi can anak anak mandi laut. Dah memasing berbaju mandi sumenya.

Nampak je laut...terus sume riang gembira balik. Sebelum tu monyok sokmo.

Mandi kat gigi air je. Dalam...takut bahaya lak.





Sambil mandi layan jagung dengan wafer.


Lepas tu terus ke Indera Mahkota Seafood. Jom kiter tengok apa Duan order. Sume sedap sedap belaka.


Ketam goreng telur masin. Aku personally kureng sikit dengan dish ni. Mula mula tu sedap...lama lama cam muak pulak biler rasa telur asin tu.

Kailan goreng bawang putih.


Udang goreng lada hitam. Sedap bangat. Udangnya besar besar.

Sotong goreng istimewa.

Ikan Aji masam asam pedas. Sedap gak asam pedasnya. Tak pekat tapi terasa la masamnya. Satanem. Isi ikan tu banyak. Jenuh memasing nak perabihkan.


Ni pinggan kak long. Licin....kah kah kah....propa je kan. Pinggan aku sebenonya. Puas makan udang dan sotong.
Lepas tu fenfid terus ke destinasi seterusnya untuk part 3 percutian bersama kengkawan ni.
To Duan, liz and family...thank you for the jalan jalan and makan makan. Satanem. Lepas ni mesti Eat dengan Ejin pun teruja nak ke Kuantan. Ye ke? Apakah? Sila la jawab Ejin pertanyaan dari batu api ni. kah kah kah.












12 comments:

Liz Duan said...

fendu sudah jadi batu api....
mard, mesti kata dah lama aku tak gi tepi pantai...
lapar pulak pagi hari tengok food...
soton istemiwa tu tragis...kah..kah..kah...hampir aku mc isnin tu..

Liz Duan said...

by the way kedai tu Mahkota Seafood bukan Indera Mahkota...Indera Mahkota tu taman rumah aku...

zamreen said...

adoyaiii basah keyboard meleleh air liur tgk seafood tu...

fendifid said...

sotong tu juara makannya aku la...tu yang sampai la ni dok merasa kesannya.

fendifid said...
This comment has been removed by the author.
Liz Duan said...

zamreen--awat tak ikut fendi ronggeng kuantan?

fendu ...mengada lah kau ...perut kau tu dah habis dah kesan sotong itu dah benda lain

Ejin said...

sedap nyer ...meriah food tu! Say hello je kat pudding tu ,...belum ada masa utk mencuba hehehe

EJ said...

seromok masa dekat pantai tu... tapi Misha sedih sebab kami tak dapat p GAMBANG.... apo nak buat??? aduhai! sedihnya...
HU...HU...HU...

EJ said...

SORRY YE! BUKAN SEROMOK... TAPI SERONOK!!!

Liz Duan said...

kah..kah..kah...misha cutie , APO NAK BUAT???

zamreen said...

liz: yeah we missed the kuantan trip again. was on standby for my mom who was scheduled for a surgery, but last minute she postponed it. btw my kids sekolah in selangor, so no FT day for them :)

fendifid said...

kalau next year trip Zamreen tak ikut gak...kira hatrick la.