Wednesday, February 17, 2010

Jalan Jalan Cari Cendol

Ahad lepas from PD pi Melaka. Plan lepak kat Hotel Mahkota dengan Zamreen. Plan nak bawa anak anak bercuti sempena CNY. Almaklum...lepas ni ada orang tu akan bercuti sakan tinggal handbags sume. Kena la bawa anak anak jalan jalan dulukan. Siapakah orang itu?



Secara tak langsung trip ni jadi macam jalan jalan cari cendol pulak. Masa dalam perjalanan ke Melaka, Zamreen stuck in the jammed sejak from Nilai. Aku pulak drive ikut jalan dalam lalu kat Lubok Cina terus ke Masjid Tanah. Abang aku bagi guidance. Selalu aku ikut highway je.



Selepas dari Masjid tanah tiba tiba jalan macam jammed. Rupanya kiri kanan penuh kereta dok parking sebab ada restaurant dalam ladang kelapa sawit. Namanya Sawit Corner. Nampak ada cendol. Cuaca pulak memang panas giler. Berhenti kereta pun terpaksa jauh sebab penuh...sanggup menapak. Masa tu curious sebab ramai sangat orang. Mesti meletops punya food kat sini.

Tengok gambar cam menarik je kan. Tapi aku kenyang lagi...so aku tak order makan.

Mula mula sekali layan cendol dulu. Aku order cendol durian, Fid order cendol pulut dan Ej cendol biasa. Yang bestnya kat sini...cendol durian Rm2 je. Banding dengan kat Alamanda dan Jonker Street both Rm4.50. Pastu yang lagi bestnya...cendol kat sini boleh refill. Dengan tagline..makan cendol sampai kenyang. Aku dengan EJ je yang refill.


Masa kat Hotel Mahkota...malamnya Aku dengan Ayah Zam ronda ronda area jetty kat depan Hotel Mahkota tu. Ada stall kecik jual cendol dan makanan ringan ringan macam maggi dan fish balls bagai.

Cendolnya ada sago. Santan pekat kan main...slacknya gula melaka cair sikit. So tak boleh nak lawan yang kat jonker street.


Tapi tak kedekut kacang. Rm3.50 je. Sedap layan cendol malam malam biler cuaca tengah panas kedaung ni.

Hari Isnin masa nak balik ke PD...singgah dulu ke jonker street. Kalau tak nanti Fid dengan Reen tak leh tidur malam. Ej, Adam, Zam dan aku je menapak pi beli cendol. Yang lain tunggu dalam keta. Semua orang nak cendol durian. Ej je nak cendol biasa. Terpaksa split. Aku pi beli cendol durian, Zam pi beli cendol biasa. Gambar ni masa Adam belum terpeleot. Sekali tak dapat beli kipas punya pasal, Adam terpeleot terus tak nak makan cendol. Alif pulak tidur. Akhirnya berkenduri cendol la Zam. Ha ha ha.



Sorang satu layan cendol durian ni. Meletops. Masa makan ni Ej dok cukai nak rasa. Baru dia tahu cendol durian ni sedap. 3 orang share 2 mangkuk...kira ok la. Zam sorang sorang kena layan 3. Apakah??? 2 bulan tak nak tengok cendol katanya...walaupun.

Sebab tu aku tadi tak order cendol masa lunch kat almanda. Sebab banyak sangat dah cendol aku makan minggu ni.

Balik kisah Sawit Corner tu. Kat sini ada set pinggan besar. Ada kambing, itek, ayam kampung dan lain lain. Satu lagi yang sedap kat sini ialah cucur udang. Meletops. Aku terdelete ambar cucur udang. tak sempat backup. Ordered sampai 2 pinggan sebab Ej suka. Sesapa nak try asam pedas ayam kampung...sila la singgah kat sini.



Ej masa ni dok tak sabar nak makan cendol. Orang kan ramai...so lambat la sikit dapat.


Set pinggan besar. Fid order asam pedas ikan pari.


Tengok betapa sesaknya kiri kanan banyak kereta. Penuh. Masa nak bayar aku nampak ada plag HotFM gerai tour. Kalau tak silap tahun lepas diorang ronda 1 Malaysia pi makan tempat yang pendengar recommend. Sayang sekali masa ni Zamreen dok stuck dalam jammed kat PD. Layan gambar je la dulu. Next time boleh plan makan kat sini. Ada orang tu tak minat asam pedas boleh jadi baby sitter....apakah?

12 comments:

Liz Duan said...

kedai sawit tu macam pernah tgk dlm tv3.

fendifid said...

Rasanya memang ada keluar kat TV

Ejin said...

ngko nie hari2 cari cendol ...kang muka pun mcm cendol ...

Eat said...

Fendu, asal sebut cendol aje mesti compare dengan jonker street tu.. bagi can lah cendol2 lain cari makan jugak.. hahah!!

fendifid said...

Ejin...sebab tu la aku puasa cendol 1 bulan. ha ha ha

Eat...if we want to compare something...we must compare with "the best".

Ritchie said...

fendi: peronah terai cendol Pak Akob Seksyen 16 SA? Kalu dah, ape judgement ko? (mintak pendapat cendol specialist ni....hihihih)

fendifid said...

belum la...richie..jarang ke arah SA sana...kira macam the other side midnite. Last sekali masa pi restoran Upin Ipin and jumpa korang sekali.

Ejin said...

Fend: next time aku mai KL kiter ke Shah Alam nak? hehehe lama aku tak pi sana ...

fendifid said...

Nanti dah confirm turun KL baru plan. Kalau tak nanti jadi cam plan PENANG...kah kah kah. Nak jugak aku selit kisah trajis ni.

Ritchie said...

Saja je nak kaco Ejin...
Nahu bahasa utara tak betui tu... bukan 'mai KL' tapi 'pi KL'

tak caya tanya budak SOK SEK , kan Liz kan...... HIHIHI

Tak teringat cendoi kat Stesen Kereta Api BM ke Liz?

Ejin said...

kah kah kah aku dah biasa dah Ritchie ...you nak cakap mcm mana pon, aku rasa aku akan ulang benda yang sama gak nanti ...hehehe pi mai pi mai tang tu jugak jadi nya ...

Ejin said...

kah kah kah itu kisah trajis 2010 ...so selagi belum 2011, boleh diungkit kot ...kah kah kah org Kuantan terpaksa tebalkan telinga ...