Sunday, March 23, 2014

mencuri masa untuk bersukaria

I am chilling this weekend ..kerja banyak but somehow I just have this need to rest ....aku berbelah bagi sebenarnya ...nak balik ...but too much work needs to be done ....but hati dah separuh berada di Malaysia ...but kekawan kat sini semua kata jgn pergi hahaha ...so I am so berbelah bagi ..nak balik ..tapi tak dapat kebenaran balik lagi ...and kerja bertimbun ...at the same time nak spend masa with my friends ..kalau balik with all tasks completed baru lega ati aku :-)

so I decided to work super smart hahaha ..went to work semalam ...earlier than my usual 11am ...and start straight away - with energy booster of hot latte and a huge hazelnut danish pastry ...first task done by 12.20pm ...berbunga bunga ati aku ....coz that was way earlier than expected ..then opismate datang  ....and mamat tu cakap banyak event in town that day ....and that since cuaca memang nice and sunny ...kami should go out and take a few hours jalan2 town ...plus ada samba band nie akan buat show kat waterfront ..and we are both a fan ...malas le aku nak gi ...but told him kalau aku siap awal i consider ..he gave me till 3.15pm coz show start kol 3.30pm..and luck has it, aku siap by 3.0pm ..emel pada sv and was feeling good hahaha knowing I managed to finish my tasks awal ...so ended up dapat curi2 masa gi jejalan ...

lepaking at the waterfront

sampai town memang ramai orang ..rupanya ada cancer relay run event ...so we went jejalan there to be part of the event ...and ada event firefighter buat race apatah ... then sebab too many people ramai le jumpa orang yang kami kenal ...malas nak jumpa org punya pasal we just went lepak2 and go with the flow bak kata ita ...ended up at coffee festival ..which malangnya tutup hahaha ...so, went to the ice skating ring  ..teringat masa aku kat Cardiff jumpa kak long dulu ...kak long bawak aku gi ice skating hehehe ..berdentum jatuh macam nangka busuk :-) anyhoo ...then went to see the ships around the harbour ...ada satu yacht tu kan ..memang super duper awesome ....owned by a billionaire ..hahaha and reputedly berharga $350 million ....gila siottttt it was awesome hahaha ...wish aku ada bf sekaya itu lol ...siap ada helicopter persendirian lagi ...


even joked with my friend kata if I get the boat, aku bagi heli tu kat dia hahaha ....but apparently today, boat tu dah meninggalkan pelabuhan ..so terlepas peluang :-(


then when he had to go, instead of balik, I stayed on in town and meet up with other friends ...went for coffee ...jejalan ...grocery shopping ....then balik rumah ...sampai rumah my housemate ajak apple picking hehehe the apple tu planted by unihall ..so we can pick it ...but it was on our  neighbour's garden ...so macam pencuri pun ada ..hahah dah le my housemate tu tempang (she broken some bones a month ago!) ...but we know we can picked the apples sebab communal ...so dapat le seplastik gitu ....

rumah aku yang kat belakang tu ....

pokok kecik ajer ...and simce it is spesis yang for cooking ..so we made apple sauce ..guna resipi Berna ...and used it for our pancake hari nie ...then semalam memang kerja masak masak jer ...buat bread ..then creamed chicken soup ...so kerja melantak ....

kunun nak buat muka mencuri hehehehe

but it was a great day ..i managed to work ..and to spend masa with the lovely people around me ...

Siaran Langsung

Aku bersiaran langsung dari kampungku tercinta. Port Dickson. Kampung la sangat. Semalam lepas visit jiran kat hospital pusrawi yang buat laser buang baru karang, kami terus balik ke PD. Ikut jalan klia sepang. Member yang guna lebuhraya utara selatan kata jammed giles. Petang kol 6pm baru sampai ke PD.

Faikah. Anak sedara terbaru aku. Ini la reason kami balik PD. Abang aku duduk johor, jauh nak melawat anak sedara ni. So bila diorang balik PD kami pun ikut la balik berkumpul kat PD. Tembam anak sedara aku ni. Rambut pun lebat. 
Kakak aku bagi kueh apam ni untuk kami bersarapan. Dua jenis apam kakak aku buat. Lembut dan sedap macam biasa.


Dah kata balik ikut klia. Wajib la singgah cendol bakar especially musim panas ni. Sedap je layan cendol.
Semalam breakfast kari kambing kat restoran khairun keramat permai. Sedap. Aku sms kawan ajak join tapi dia dah siap tapau makanan masa tu. 
Last weekend aku dgn Fid dating dating kat area bukit bintang. Singgah lepak kat 
Tous les jours. Sedap gak Caesar chicken salad ni. Boleh repeat next time.
Semua gambar lama. Asalkan makanan, tepek je kat sini. Ni wild mushroom soup kat san francisco pizza. Sedap soup ni. Terasa mushroomnya. Mostly tempat lain soup rasa tepung aje. Anak anak aku yang suka sangat pizza. Layannn.
Lembut sangat roti ni. Sedap. Semua suker.
Posing tu wajib la kan.
Cam ye ye je Zahra ni padahal dia tak makan pun pizza ni. Dia layan cheesy garlic bread je 2 ketul.
Ada promotion discount half price. Tu yang order tu. Ingatkan kecik. Rupanya besar bagak. Sorang memang tak habis. Selepas balik dari bukit bintang tu kami bawak Ej dan Zahra layan pizza kat Festival city. Masa g bukit bintang, anak anak tak ikut. 
Ni gambar semalam. Zahra sibuk nak pergi school tapi kalau bagi dia pergi sah sab dia mengganggu sebab dia dok sibuk jerit cikgu cikgu pastu nak tunjuk apa yang dia conteng. Susahlah cikgu nak mengajar kalau asyik nak mengadap dia seorang je kan. Last last aku pindahkan dia duduk kat hall. He he he. 

PD panas sangat. Lepas ni nak kelauar g town kejap. Lepak lepak kat PD Waterfront. Tapi panas sangat la cuaca. Ok. Nak sambung baca newspaper lak.

Thursday, March 20, 2014

Kebosanan

Sementara bosan takde apa nak buat ni baik aku buat posting kan. Citer pasal last weekend punya activiti. Lepas berpenat lelah angkut air ke Smart Reader dari rumah, kami ke restoran Tupai tupai untuk lunch beramai ramai dengan family kakak Fid. Patutnya air dah ada untuk 2 hari tapi area Smart reader tu takde air since Rabu sampai weekend. Hampas betul tak ikut jadual. So far kat area rumah aku ikut jadual. 2 hari ada air 2 hari takde air.  

Sebab kena buat 2 trip mengangkut air, kami lambat sampai ke restoran. Sampai aje makanan dah tersedia. Kakak fid dah order siap siap. Dah lama x datang sini makan ala cart. Selalunya aku datang dengan kengkawan makan nasi campur.

Tom yam kat sini memang terbaek. Kuahnya pekat, pedas,seenak rasa. Sedap di hirup begitu saje.
Kakak Fid ordered pepahat, ayam black pepper, lala, ikan jenahak sweet sour, babay kailan dan satay.
Udang goreng telur masin. Masa makan ni teringat ingat udang dan ketam sedap Mahkota yang kita makan kat hotel tu. Bila la nak ada peluang g Kuantan makan lizduan belanja ketam dgn udang cheese tu kan. He he.
Berselera semua menikmati hidangan. Aku makan sikit je sebab aku kan diet. Berhenti sebelum kenyang katanya.
Zahra bukan makan sangat. Dia leka dok perati abang abang dia makan.
Ej dgn Mira sibuk selfie dari mula datang sampai la nak balik.
Lepas dah makan lepak borak borak, Zahra join abang abang dia selfie.
Macam macam gaya. Lama jugak la kami lepak kat situ. Lepas dah puas berborak, semua gerak ke Keramat. 
Anak anak sedara request Fid buat scone. Fresh from the oven kami lepak minum petang bertemankan harrods darjeling tea. Enak sangat. Feeling feeling english afternoon tea.
Aku beli kat pasar malam apam balik coklat dengan apam balik inti pulut hitam kelapa. 

Seharian dok makan aje. Rosak diet. Lol.
Weekend ni plan nak balik pd pulak. Abang aku dr Johor akan balik ke pd dengan family dia termasuk la anak bongsu terbaru. Kami tak pernah lagi jumpa anak sedara tu. Tak sabar nak jumpa dia.

Minggu depan pulak dah cuti sekolah. Lega la sikit kurang jammed. Selamat bercuti ke KK untuk Ita and family. Enjoyyyy.

Wednesday, March 19, 2014

Penyakit pemalas

Patutnya bila handfon dah canggih dgn apps blogger bagai senang je nak buat postingkan. Tapi penyakit malas menyerang. Banyak story mory tak terzahir kat blog ni. Semua berlalu bagai angin lalu. Tahu tahu je dah nak dekat sebulan tak tulis entry. Nak kata busy, takde la busy pun kan. Ha ha ha. Susah betul kalau dah malas malas ni. 
Tadi sarapan nasi dagang kat kampung baru. Kedai nasi lemak favourite tutup sebab mak cik tu g umrah. Tak tahu la bila dia balik. Mulanya nak makan nasi lemak kat kedai lain tapi lalu kat kedai pantai timur ni nampak ramai orang terus masuk.
Fid makan nasi kerabu ayam percik. Sedap nasi kerabu ni. Nasi dagang so so je. Kelantan style, kuah ikan tongkol tu x pekat dengan rempahnya. Nak order laksam tapi dah habis pulak.
Bersungguh Zahra makan. Dia sekarang kalau kena dengan selera dia bertambah tambah dia makan. Sekarang ni aku tak larat nak dukung dia lama lama. Lenguh pinggang. Sib baik la dia dah boleh jalan sendiri kesana sini. Stroller dia pun dah jarang pakai. Buat untuk tidur aje.
Lepas sarapan singgah kedai ni beli kueh mueh. Macam macam pilihan. Tapi sebab dah kenyang aku tak beli untuk diri sendiri. Beli untuk fil dengan Zahra aje. 

Aku tak tahu apa nama kueh ni. Tak pernah rasa pun. Makan dengan kuah cili katanya.
Zahra tengah makan kueh kertas. Dia yang tunjuk kueh tu. Dulu beli dia tak makan. Kali ni dia yang mintak. Zahrakan dah semakin becok tapi pelat aku tak faham apa dia cakap. Suka nak cakap laju laku tapi dia je yang faham. Baru baru ni kami ke festival city kat datau kota tu, dia pimpin tangan aku masuk ke semua kedai sebab dia nak play doh. Kedai computer, cadar semua dia masuk cari playdoh. Bila aku kata takde kat sini dia jawab adaaa. Pastu masuk kedai lain pulak. At last kami ke Parkson. Bila kat tempat mainan, Zahra buat shopping spree, semua benda dia nak. Dia kumpul kat satu tempat. Bila dah banyak dia kata jom balik. Aku belikan la dia tea set dgn play doh yg kecik ada 4 warna. Hari ke2 dia dah campur adukkan warna play doh tu. Jenuh Fid asingkan balik ikut warna.
Sementara Fid beli kueh EJ paksa adik dia selfie. Zahra bile mood baik dia layan aje kakak dia. Terserlah sepet dia kan. 
Sebelum balik selfie ber4 pulak. Baju paddle pop Zahra tu dah nak sempit dah.   Pakai puas puas selagi boleh. 

Next week cuti sekolah. Plan nak ke Melaka sehari dengan Nuarlin. Lepak kat Bayou lagoon yang lizduan g beberapa minggu lepas. Nak cuti lama lama xde budget. Sehari pun cukup la kan. Ha ha ha. Ok... Nanti cerita lagi bila rajin. Now rasa malas sangat. Lol.

Tuesday, March 18, 2014

new flatties

aloooooooo ....apa nak jadi nie??? last posting was 17 days ago??? apa citer nie aaa Kak Long?? sibuk sangat ke kat Kuantan tu sampai tak update blog? Abang Ngah apa kes??? takde bahan??? tak kan sibuk kot ....ita - aku tak akan tanya ...dia sibuk mengalahkan Bill Gates ...

anyhoos ....akak baru ada masa untuk bernafas nie ...and guess what, akak dah pass proposal stage and now being confirmed as PhD candidate ...wooohooo ... huge milestone and a huge relief!a whole year dedicated to buat proposal dan akhirnya membuahkan hasil ....syukur sangat ...so, now proposal dah lepas, quickly moving on to the next phase i.e. data collection ...and that means akak akan balik Malaysia hehehe ....


wellington - my home for the last one year ...and the next two years :-)


since the last posting kan, banyak cerita sebenarnya ...tapi akak sibuk hahaha so banyak lupa apa yang nak distory mory naik lori kan ....

muka happy lepas bebanan :-)


yang paling ketara is that I am now living with two new flatties ... Berna, a German girl and Yana, a Chinese girl ..dua2 baik orang nya ...and so far so good ...ingat tak dulu aku kan ada masalah melayan kerenah housemates pemalas? well, these two are different - thank God! and yang best nya, bila aku balik lambat ke apa ke, kekadang tu balik tengok2 they cook and save food for me ...saja masak lebih, so that bila aku balik lambat tu aku tak yah masak ...just makan ajer ...very thoughtful kan? and Berna jenis yang suka (and pandai) masak ....imagine dia buat bread untuk kami every week ..takde nyer kami beli bread ...setiap minggu akan ada fresh bread ...seed bread or multigrain bread ...

ada sekali tu dorang whatsapps soh aku balik by 8pm and bila aku balik tengok table was set ...it was a very cold windy night, and dorang made creamed pumpkin soup ...giler kentang oiiii ....aku yang kesejukan dan kelaparan balik terus ngadap dinner ...

creamed pumpkin soup with caramelised onion


dorang selalu komplen aku balik lambat and spent too much time kat opis hahaha ...both tu buat Masters so their schedules are not as packed as mine ...but di saat2 aku free, aku masak gak le for all of us .... so far aku baru tunjuk skills buat nasi goreng, briani daging, minced beef and chickpeas dishes ....and last weekend buat scones and kaya ...melampau kan hahaha ...yang tu aku buat posting lain ...


but seriously my housemate nie memang rajin gila lah masak ...imagine balik rumah, and saw this kat kaunter dapur ...she made it for us ...hahaha sebab dia bosan dok rumah! dia kena dok rumah coz she hurt her back about a month ago..so mobility was limited ...plum cake dia sedap ..especially dimakan with vanilla ice cream ....or yogurt ...pastu siap dtg gi opis aku bawak kan some cakes kalau dia bosan ...now opis mate aku pun dok tertunggu2 apa kek yang dia akan bawak untuk kami .....

yang nie plak chinese pancake ...lembut jer ..macam adunan kuih ketayap ...but it is savoury ....Yana letak spring onion kat situ ...untuk dimakan with inti ...she made inti vege with taugeh aritu ...so yumm ...

tadaaaa ...the rolled version complete ngan inti ....and also my dinner ...

best tak flatties aku??? hehehe my friends semua kata nak datang rumah aku sebab nak makan2 kat sini ...hehehe but akak sibuk ....selalu balik lambat ..ntah bila lah nak buat potluck kat sini ...

Saturday, March 1, 2014

Autumn is here!

Today is officially the end of summer kat southern hemisphere ..we are on autumn mode now ...terasa cepat sangat summer berlalu ....well people always kata kan, time flies when you are having fun ...all I can say is i had a great summer ...banyak lepak beaches ...banyak jejalan ...and enjoying the sunshine ....eventhough  90% of my time kat opis, but the other 10% tu memang quality time lepak beaches hahahaha

masa nie agak mendung

The plan for today was working the whole day - coz i have a really tight schedule ...but my heart wasnt really on it ...woke up early and found that my German housemate dah buatkan breakfast - lemon and sugar crepe ...and a huge carafe of coffee ...wajib le akak breakfast kan??? so, by the time abis breakfast dah malas sket ..but teruskan juga gi opis ....

sampai opis, sembang with officemate and meet up with this post doctoral fellow yang baru join the school ..so sessi suai kenal jap ..then baru akak buat kerja ....i was distracted coz I am dealing with comments from reviewer today ...my first reviewer bagi komen yang sangat detailed ...so ended up discussing what I should and should not do with my officemate ...and he was kind enough to help me sort out my schedule for ethics application ...then bila he left, I sambung balik le kerja2 i kan ...sedang syok2 tu ..a friend call kata nak check out my house ...since I kat opis, kami plan jumpa and jalan2 pantai ajer ..coz the weather was nice and sunny ....memandangkan dah autumn kan ....harus kuar kalau cuaca sebaik ini coz it will definitely changed after this!!!


hahaha akak ended up makan ice cream kat tepi pantai lagi ...nun di kejauhan ada pertandingan beach volley ball ...malas nak gi dekat2 ..so we sat at the bench opposite Kaffe Eis ajer ...I had a super yummy passionfruit yogurt ice cream ...selalu aku beli dua scoop..tapi today sedar diri and beli one scoop ajer :-)

 posing wajib ..kasut aku nie asal Kuching tapi merata pantai kat Welly dia dah pergi :-)

it is a really nice day just to hang out menikmati ice cream and melihat keindahan di sekeliling ..pastu dapat message kak long kata Malaysia panas bedeting :-)


this is the area known as one of the most expensive addresses in Welly ..rumah2 org kaya yang ngadap laut ...and the sky is so blue ...macam memanggil manggil kak long ajer kannnnnn


and even burung2 bergumbira tepi pantai ...it was a great chillax moment lah ....i am so stress with work now ..but kalau tengok gambar tu macam takde masalah kan ...hahaha akak pandai berlakon ..padahal hati bagai disiat2 pagi tadi sebab baca komen reviewer ....tu yang sanggup tinggalkan kerja demi mencari sedikit ketenangan :-)

si burung ni macam aku ..keseorangan menunggu adik beradik datang ...bila lah tu kan???? Sila jawap Fendi and Liz - si Ita tak yah tanya ...dia tak baca blog :-)

that was basically what i did on the first day of autumn 2014 ...kerja, lepak pantai, balik rumah ..hang out jap ngan housemate ...then now blogging and pastu tido ...esok plan nak stay di rumah and do my work here ...since I move here, I have not stay at home ...everyday aku akan kuar ...gila aku nie ...no wonder aku nie stress cam apa lagi