Monday, October 6, 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha 2014

Mula mula sekali nak wish korang semua Selamat Hari Raya Aidiladha. Tahun ni best sebab raya hari Ahad so tak terkejar  kejar nak balik kampung. Boleh balik jumaat malam atau pagi sabtu. Kalau ambik satu hari cuti boleh la lepak lama sikit kat kampungkan. 
Kami balik PD sabtu tengahari. Takde nak rushing apa pun sebab plan pot luck malam lepas maghrib. Aku share dengan adik dan abang aku order nasi briyani. Adik beradik aku yang lain bawa food masing masing. 
Yang bestnya jalan pun tak jammed. Cepat aku dah sampai PD. Sejam setengah aje perjalanan.
Malam lepas maghrib rumah mak aku riuh rendah bila adik beradik aku start datang dengan keluarga masing masing. 
Seronok bila dapat berkumpul ramai ramai dengan makanan yang penuh meja ni. Jom tengok food yang ada. Ada yang sedap ada yang so so aje. Kenyang sampai esoknya sebab overloaded.


Adik aku berniaga burger dan roti john. So dia buat la sikit untuk adik beradik rasa pastu bagi feedback kat dia pasal rasa food yang dia jual
Kakak ipar aku mulanya nak goreng mi. bila dia tahu je aku order briyani dia cancel mi dia order donut.
Fid pulak tolong kak lang aku buat laksam warna warni ni. Leceh jugak ekk nak buat laksam ni, rumit kerjanya. Tak sangka pulak ramai peminat laksam.
Abang aku order kueh koci labu. Dalam nya warna kuning sebab ada labu.
Anak sedara aku order roti ni dari kawan dia. 
Selain roti john dan burger, adik aku buat jugak murtabak maggi. Ada yang ayam dan ada yang daging. Aku tak makan murtabak ni sebab dah kenyang sangat makan briyani.
Kakak ipar aku buat agar agar sirap, milo dan santan. Aku makan yang agar agar santan aje. Sebab tu yang paling sedap.
Briyani ni ok la. Tak de la kategori superb tapi boleh la. Nasi dia tak pakai beras basmati. Tu yang kureng sikit.

Masa potluck tu ada dua abang aku tak join. Abang man yang duduk johor tu tak dapat nak join sebab mak mertua dia sakit. Abang aku sorang lagi ada kat Jakarta.

Esoknya lepas solat raya dan lepas visit kubur aku berkonvoi dengan adik aku ke Batu Pahat untuk melawat mak mertua abang man aku. Walaupun dapat spend masa sekejap aje dengan family abang man. Lega jugak la di hati sebab dapat jumpa adik beradik masa raya ni. 
Singgah kat rnr Pagoh masa on the way balik PD. Lepas makan mi rebus, layan ice cream pulak. 

Yang lain semua dapat 1 scope aku je yang order special gini. Sampai PD malam terus rehat tidur. Dapat la layan AF concert. Sekian aje kisah raya aku. Tak de pun pergi surau untuk gotong royong korban sebab aku travelling ke Batu Pahat.

4 comments:

Liz Duan said...

Selamat hari raya haji fendu dan semua...
sedap penuh meja raya fendi kan...

Ejin said...

makanan sangat meriah ..i terliur espeially tengok roti john tu!!!!

fendifid said...

Ok la tu. Asalkan semua happy happy berkumpul sekeluarga.

Ejin said...

akibat posting ini, last sunday akak buat roti john :-) sedap tak terkata if I have to say so myself lol