A journey of friendship, our hope and despairs, our love for food and travel, our fantasy & reality
Wednesday, January 21, 2009
Tangkuban Perahu
Selepas bershopping kat Factory Outlet dan lepas lunch kali ke 2 kat Nasi Padang, terus kami berempat berangkat ke Tangkuban Perahu. Yang lain lain tak nak ikut sebab tak puas nak bershopping katanya walaupun. Jalan berbukit dan berlobang sana sini. Sepanjang perjalanan, pemandangannya not bad especially bila kat area rumah rumah besar bak istana. Cun cun pemandangannya. Sampai je kat puncak selepas 45 minit perjalanan terus bau belerang menyucuk hidung. Sape kentut kat sini sure orang tak perasan sebab bau belerang lagi power. Memasing retard bergambar. Puas hati dapat tengok something different selain kedai kedai dan baju baju.
Walaupun ada yang pujuk kami ikut tour ke kawah yang active kami terpaksa tolak sebab kesuntukan masa. Lagipun memasing sangat "fit". Tak sesuai nak jungle tracking.
Angin kuat dan berkabus...so kawah gunung berapi tu pun macam biskut. Kejap ada kejap tak ada.
Sambil sambil melarikan diri dari juru jual barangan kat situ kami asyik berposing. Macam tak hingat dunia. Al maklum...kat sini je nak bergambar macam cantik sikit pemandangan. Kat area town tu kalau tak dgn food...ambik gambo muka bulat memasing. Lepas puas berposing kami berjalan kat sekitar kawasan tu. Ada dereten kedai kedai barangan souviners. Panjang yang amat. We walked half way aje terus patah balik. Kena kejar masa sebab nak ke Rumah TAS katanya. Mana mana gambar yang background kosong tu masa kabus tengah tebal. Sambil jalan kat area kedai kedai ni lah sambil bercakap berasap mulut. Teringat zaman dolu dolu masa kat UK.
Lepas dah puas bergambar dan look see look see, terus kami mulakan operasi membasuh strawberry dan taburkan coklat cair. Lepas tu sambil on the way balik...makan strawberry coklat dalam van. Sedap ke? Satanem jawabnya. Tak caya...tgk "Siti Nurhaliza" celup punya gambar kat bawah ni. Kalau ikut nafsu...mahu di habiskan kesemua 12 packet tu tapi kesiankan kat yang lain lain yang dok pesan suruh bawa sikit for them...kami bawakan lah...tak nak ada yang kempunan nanti.
Since ada yang komplen gambar sikit sangat...so for this posting ada banyak gambar. letih nak resize the photo before upload. Kengkawan punya pasal...layannnn.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Bestnyer gambar nie....tak sangka aku jadi model plak hahahahaha
mulut tu bukan main besau buka dari buah
mat dib tanya gambar ejin tu "sape ni suap gini" , "sedap nya nak makan ahhh"
lagi satu comment mat dib" isshhhh misha ni tangkap gambar kat tempat macam tu , jatuh kang"
kesian mat adib dia tak ikut kan
mat dib belum kenal aunty ejin dia le tu .....
Post a Comment