Terus jalan kaki ke jonker street cari kedai cendol nyonya.
Ej menonton Abang hensem buat cendol. Dia pantang kalau ada abang abang hensem ni.
Cendolnya sangat sedap. Santan berlemak krim dan gula melaka yang yang pekat. Tapi fid kata gula melakanya pekat sangat terasa pahit sikit. Aku suka je. Rm2 satu mangkuk.
Ummmm...Satanem.
Jonker gallery. Masa ni jalan sekejap je. Tak tahan ada bau-bauan benda di panggang. Terus menapak ke Jalan Laksamana.
On the way ke Jalan Laksamana tu nampak kedai ni...berhenti jap snap gambar.
Demi Asam Pedas...sanggup tu menapak. Tak jauh pun sebenarnya. Kalau nak drive pun tak berbaloi. Tapi lepas makan nak naik beca...tak nampak pulak becanya. Most of them kat the other side of the river.
Masa ni terus lapar bila bau asam pedas yang sedap ni. Korang kalau turun ke Melaka sila la singgah ke sini. Mesti di cuba ni. Satanem.
Fid order ikan pari aku order ikan kembung.
Nampak tak beg plastik yang fid pegang tu. Kami bungkus asam pedas tu untuk lunch esoknya. Ikan tengggiri pulak. Masa menapak balik tu lalu tepi sungai. Kat sini scenery memang cun. Boleh nampak Eye of Malaysia, Jetty, Kincir Air, Kapal Portugese dan Menara Taming Sari. Kitorang park keta kat Belakang Jetty tu je tapi sebab ada sungai ni...kena lah menapak sikit lalu kat jambatan.
Masa kat sini la aku sms Kak Long dengan Mard ajak buat ronggeng ramai ramai ajak eat dengan Ejin turun ke Melaka ni for our next group ronggeng. Bile yek??? Ejin bila nak turun ke KL yang lama sikit? Kita boleh buat weekend trip.
4 comments:
buleh...buleh... kita stay reramai kat apartmen Mahkota Hotel ke... pastu, soh fendi jadik tourguide... almaklum le, dia dah terer bab ronggeng melaka ni.... hahahaha!!!
bisa di atur...janji tour guide makan di tanggung he he he
ok ok ejin kena bagitahu biler turun....
ok ...aku setuju ..nanti aku cuti lama sket and turun kl ...last kali aku ke melaka was 2000 tapi tak jalan2 pun! kerja punya pasal..
nie sedang penat, sampai from kl last nite ..
Post a Comment