Thursday, January 21, 2010

Fenomena

Kalau sebelum ni Kopitiam jadi fenomena sampai merata rata kopitiam tumbuh bak cendawan selepas hujan. Ada certain area tu ada beberapa kopitiam dok bersaing sesama sendiri. Walaupun harga mahal tapi sambutan orang ramai hebat.

Tapi fenomena terbaru aku rasa ialah kedai makanan arab. Kalau dulu kat area bukit bintang je tapi la ni dah semakin banyak kedai makanan arab. Kat jalan Ampang dan kat Cyberjaya pun ada beberapa kedai makanan Arab. Berkembang maju dengan pesatnya.

Tadi masa lunch aku pi la ke SABA restaurant. Sebelum ni aku datang sini takde tempat duduk. Member aku cakap kedai ni dah besar sebab dia took over kedai sebelahnya yang dah tutup. Ingatkan ada la tempat duduk sekali pi sana penuh jugak and orang ramai dok datang bertali arus.

Lepas pusing pusing 5 minit aku nampak ada 2 orang minah duduk kat meja berkembar terus aku mintak nak ambik satu meja and 2 kerusi. Selamba je la kan. Mintak kebenaran dulu bukan main sauk je.
Large lamb kabshah. Entah betul ke tak ejaannya. Sedap.
Yang ni pulak ambik ayam je quater. Share 2 orang kenyang bangat. Jenuh jugak la nak menghabiskannya. Ada juga jual kebab tapi dah kenyang...lain kali je la try kebab pulak. Rindu la kebab kat edgwere road. hu hu hu

5 comments:

Liz Duan said...

luv luv luv arab food...kite org dulu kalau arab kat atas klcc tu apa tah nama kedai ...morrocon rasanya....hari tu first time try kat bukit bintang...suka jugak...

Ejin said...

aku gitu-gitu ajer makanan arab ...sebab aku tak makan lamb ...kan makanan arab byk yang specialty dia lamb kan ...

fendifid said...

ejin...beef pun ada la...sape bagi idea kat nko sume lamb je?

Ejin said...

tau le ada beef but still, most of the specialty ada lamb kan ...

fendifid said...

no la ejin...you are wronnnnn...fid pun tak makan lamb...masa gi dulu kami order beef and chicken...ada berjenis jenis masakan la. Nanti mai kl jom kita gi.