Tuesday, February 23, 2010

Trip Zaman Bujang

Ejin ada suruh aku buat posting trip kenangan ni...memandangkan semalam dok cari cari gambar trip kenangan geng ronggeng aku cari sekali gambar gambar ni. Malangnya biler disnap balik...terus blur. Belasah je la...nanti aku ambik gambar guna DSLR baru aku gerenti cun cun gambar sume...APAKAH?

Orang kata...bukan aku kata...if you travel around the world...and if you miss Europe...meaning your trip is not complete. Betul ke? Personally aku rasa betul. Sebab pemandangan sangat sangat superb...regardless of the season. Malang sekali trip yang aku join ni tak sampai ke Italy. Masa tengok gambar member yang ke Italy...wa la weiiii...cun bangat.
Trip aku ni was in Winter. So lots and lots of snow everywhere. Sejuk jangan cakap la. Tak mandi 3 hari pun takde sape tahu...kah kah kah.

Untuk yang berjiwa romantis...harus la cover Paris kan. Walaupun taik anjing merata rata...tak perasan pun...sebab mata dok layan Eiffel Tower ni je.
This was on the Eiffel Tower...masa naik atas tu...dalam hati dok kata kalau makwe aku ada masa tu...sure aku dah propose kat dia masa atas Eiffel tower tu...kah kah kah. Sila la muntah.

Also in Paris...Muzium yang ada lukisan Monalisa tu. The queue bukan panjang lagi dah....tapi dah melaut. Tak sanggup nak beratur.

Geng trip Europe aku. Mostly kenal masa trip ni.

Masa ni dah malam...naik atas bukit ni tengok pemandangan Paris. Masa nak turun tu member aku cakap staircase tu...dikenali sebagai "tangga cinta"...sebab ramai pakwe pakwe propose kat makwe dia kat situ...plur belangkas dok french kiss merata rata...sila la jamu mata.

UN kat geneva.


Yang ni pun kat Geneva. Pokok pokok tu nampak unik...tapi gamar ni blur blur...korang tgk aku je la...kah kah kah.


Tak ingat kat mana...dalam perjalnan...berhenti ambik gambar. Ada 1 day tu kami sume tidur dalam van...biler bangun rasa kaki cam dah hilang sebab sejuk sangat sangat.


Pergunungan apa pun aku dah tak ingat. Malas nak keluarkan balik album tu cari nama tempat.


EJ : Nanti biler misha dah jadi engineer dah gaji banyak...misha bawak mummy dengan daddy jalan jalan. Mummy nak pergi mana?
Mummy : Mummy nak pergi Europe tempat yang banyak castle castle tu...kat mana bang?
Daddy : Neuschwanstein.
Mummy : kat mana tu?
Daddy : Germany
Mummy : Daddy dah pergi ke?
Daddy : (serba salah nak jawab....boleh caya ke aku serba salah nak jawab? kah kah kah...tanpa belas kasihan daddy Terjawab macam ni) -----> "Of Course"
lariiiiiii.
Mahunya aku tak bangga dah sampai ke sini? Ejin pun tak sampai ke sini...sebab tu suruh aku buat posting berlagak ni...kah kah kah. Sila la jeles.


Ada beberapa castle kat banjaran alps ni...yang ni salah satunya. Cun kan..


Berlatar belakang kan banjaran alps...dengan snownya....cantik sangat. Masa ni takde digicamera...so gambar tak banyak...lagi pun dok tumpang camera orang. Masa tu rasanya aku takde camera sendiri. Gambar pun tak banyak...aku dok bawak film je...pastu tumpang camera member.


Masa turun bukit ni la...dok konon nak berlari aku terjatuh terduduk...sakit ya amat. 4 hari tu...sakit punggung.


Gambar blur...tak nampak castle kat belakang tu.


Masa ni berhenti kat tasik...yang dah tertutup dek snow tebal.


tak ingat kat mana entah.


kat atas castle kat Salzburg.


Mozart muzeum...pastu dapat tengok show opera diorang nyanyi lagu mozart. Yang lawak tu...ada3 guys from Bangladesh yang join trip ni...masa kitorang dok sibuk posing kat sini dia tanya...Who is Mozart?


Kat Vienna.




Kat Vienna...banyak bangunan cantik cantik.

Bratislava...takde benda sangat nak tengok kat sini...tapi sangat sangat cheap. stamp cuma 15p je...untuk hantar poskad ke UK. So ramai ramai kitorang hantar poskad ke diri sendiri. By the time balik Uni je...poskad tu pun dah sampai.

Kalau tak silap kat Prague.

Tembok berlin selepas di robohkan. Tinggal piintu gerbang je. Sibuk orang dok jual serpihan tembok berlin tu. Takde la aku beli...macam batu bata kat Malaysia je.

Victory Tower....Berlin


Join street performance kat German. Very sporting diorang tu...

Luxembourg. A very small country tapi barang mahal.
Itu je la persembahannya...tak banyak gambar...almaklum tumpang camera orang...tapi aku harap cukup untuk menjamu mata korang sume. Kalau nak komen pun...sila la komen gambar tempat tempat tu je...tak payah komen gambar romeo hensem tu...lariiiiii kah kah kah. Menanah telinga Kak Long dengan Ejin..mendengarnya.
Lepas ni tak sabar aku nak buat posting trip aku ke Canada pulak. APAKAH? kan dah kata...angan angan adalah salam menggapai impian. layannnn.

5 comments:

hazel said...

fobia fly jauh2 berjam2 menutupi hajat nk ke negara org....huhuhuh

wat masa ni ikut misha main snow kt genting je la..heheheh

Liz Duan said...

haiyo abang...mende presentation cantik sangat ni??? kelabu asap..tak meet spec tau!
tak pe lah...dari tak de kan?????
layan....

Lin@Hazel..14 hours dlm flight tu entah boleh lagi ke tidak...musyhkil aku! fly sekangkang kera ke negara suku sakat asal usul ku pun resah gelisah .....

Ejin said...

waaahhh satu Europe ngko berjalan ...aku tak pi all those countries ...tapi aku pi Switzerland and Italy ...

zamreen said...

wahhhh posting ni kena buat sticky mode nih!

harap2 alif adam hafiy sudilah sponsor ayah dan mama jalan2 europe dah tua nanti. amin :D

hazel said...

liz : resah lin ni lg teruk sebulan nk pegi tido mlm x lena bukan excited nk berjalan tp takut dok dlm flight tu...adoii la...