Hari ni kan public holiday sempena Deepavali. Dari pagi aku dah tanya tanya kat Fid and Ej nak kemana. Memasing kebuntuan...tak de ide nak g mana. Mula terfikir gak nak ke Melaka...kah kah kah...cam takde tempat lain kan...asyik nak ke Melaka aje. Mengenangkan public holiday and jammed...akhirnya kami ke Pavilion aje.
Sampai sampai aje terus ke Tony Romas...makan lunch. Tengok gaya Zara posing. Tetap tak pandang camera.
Janji dapat sengetkan badan.
Pekerja kat situ bagi kid's game kat Zara...Ej tak dapat...mesti dia ingat Ej dah teenage girl. Zara leka setengah jam aje...pastu dia bersilat nak itu ini.
Wajib di cuba...sedap melampau la. Yang bestnya tak manis sangat. Choc Lava...memang meLAVA la melt in your mouth.
Ambik photo ni sebab nak jeles kan Ejin. ha ha ha.
We ordered steak combo dengan beef ribs. Sedappppp Bangattttt.
Steak Penini....Sandwich yang filling dia pakai daging steak...sedap...with cheese yang melampau melimpah ruah. Lepas dah kenyang ronda ronda...Ej beli books... Zara lak kami belikan pillow pet dan pants. Lepas tu balik umah tidur...rehat.
7 comments:
Ngko kalau tak menjeleskan aku memang tak sah tau ...sesungguhnya tak baik menjeleskan kekawan yang jauh macam aku nie ...dah le minggu nie kami ditinggalkan sendirian oleh my parents ...masak semua sendiri kena buat huhuhuhu ....
Sweet nyer Tasha senyum macam tu ...ala ala mak angkat dia yang kat Kuching tu kan??? Hehehehe
My fav panini filling is chicken and cheese ...yumm yumm
Tasha stylo...ada gaya kan...ha.ha...tapi mak anhkat kat kuching tu pun senget jugak.kalau bergambor kan?...he. . .he
Food looks yummylicious
Panini tu aku suka sebab dagingnya lembut. Pastu cheese banyak sampai melimpah ruah.
Tasha posing senget sokmo. Jenuh nak suruh dia stand straight.
ko ni pakai camera apa ni? kelabu senandong??? BB lagi ke? kan dah ada Note???
ni guna NOTE la ni yang NOT so stable.
Post a Comment