Thursday, January 2, 2014

Countdown 2014

On the 31st aku dah sibuk tanya geng ronggeng nak Countdown kat mana. Punya la kan..semangat nak bersuka ria. Ha Ha Ha. Memasing kerja, tapi sibuk nak plan untuk malam tu. Since dah esoknya cuti kan. Tu yang buat plan nak keluar tengok bunga api. Dataran memang out of list la kan sebab di jangkakan ada perhimpunan. Ada cadangan nak ke Putrajaya tapi mengenangkan jauh, aku suggest KLCC aje sebab dekat. Pastu plan nak layan Chillies.Kisahnya KLCC kena tutup awal. So masa sampai tu tak boleh dah masuk Chillies. Frust aje.

Kami ke Food Court lepas tu...aku dengan Nuarlin sefamily layan burger aje. Sebab nak cepat. Fid layan teppanyaki...Ej layan sizzling mi. 



Sedap jugak burger ni...ala ala burger bakar.
Ambik set dapat air dan fries...RM15 satu set. Aku the last person yang dapat order sebab lepas tu diorang kena tutup jugak. Masa makan burger ni pun orang kebanyakan dah keluar dari KLCC tinggal beberapa orang aje lepak makan. Dari food court ni boleh nampak lautan manusia kat luar berpesta menari dah macam huge disco dah kat luar KLCC tu. Lepas makan kami pun lepak kat luar KLCC. 

Begitulah lautan manusia...ada macam macam jualan makanan dan minuman. Bunyi bising dengan hon sini sana. Worst than pesta schoolies kat Gold Coast. 

Nuarlin family...hon tu la yang bising sangat orang dok tiup. Masa ni kami lepak lepak borak borak sambil makan buah. Lepak kat tempat yang tak ramai sangat orang.
Posing posing tu wajib.
Mulanya kami dah dapat spot yang cun melecun untuk layan bunga api...pastu pindah ke sini takut hujan. Padahal tempat yang mula nak lepak tu lagi sesuai kalau hujan terus pergi je kat kereta. Silap percaturan sebab memasing masa tu terkejut sebab tak sangka ramai sangat orang. Ha ha ha.

Biler detik yang di tunggu tunggu tiba...layan bunga api...Zahra was shouting excited. Gamat mulut dia. Suka sangat tengok orang pun dok jerit sakan. Pastu masa nak balik dia siap bye sana bye sini. Actuallynya kalau lepak kat KLCC ok gak sebab kereta pun senang nak keluar dari parking terus masuk akleh.

Lepas dari KLCC lepak pulak kat mamak minum. The kids layan roti canai. Masa nak balik kereta Nuarlin tak leh start sebab battery flat. Panggil truck tunda buat jump start. Aku sent yang lain lain balik dulu sementara tu.

Hebat Ibu Lin celebrate Birthday kat KLCC pastu sambung mamak sampai kereta tak leh start. Kenangan sungguh. Tahun depan Countdown kat mana pulak agaknya kan.

3 comments:

Ejin said...

Best nya celebrate reramai gitu!!! Memang kalau gi luar like that org ramai hahaha ...tapi seronok kan ....

And again, happy belated birthday untuk Lin ..semoga dimurahkan rezeki ...panjang umur dan diberkati selalu ...

Liz Duan said...

adoii aku tak leh seradak seramai tidak tu...mahu aariz pun sama menjerit..ha..ha..
Happy new year...happy aje si fendu.... another good start!

Unknown said...

Hahhaha...ayoo keta x leh start tu pun masuk ka??? Not a good start for me..mcm sesuatu je kan...hahha anyway tq ejin