Sunday, January 5, 2014

Tahun Melawat Malaysia 2014

Tajuk...tak leh blah kan. Ha ha ha. Rasa macam nak buat karangan standard 6 pulak tajuk macam ni.
Pepagi tadi kononnya nak pergi breakfast...sekali keluar pun dah macam nak lunch punya time. Fid suggested pergi Chillies sebab kami ada voucher Chillies. Dok fikir nak pergi Chillies yang mana sebab mesti pack kan time lunch weekend pulak tu. Kami decided ke 1 Utama.
Sempat posing kat Hotel 1 U. Sejak Lizduan tunjukkan parking kat hotel ni kami park sini aje. Malas nak berebut dengan orang ramai kat parking 1 U tu. Dulu aku pernah langgar keta orang sebab berebut parking. Masa tu dah pusing pusing 40 minit dok cari parking tak dapat. Hotel ni masih deco Xmas...padahal tempat lain dah nak start deco CNY dah.
Terus menonong ke Chillies sebab memasing lapar kan tak breakfast. Order Fajitas dengan Fish and Chips. Sedap la terasa sebab dah lama tak pekena Chillies. Sejak ekonomi meleset ni kena tunggu voucher free baru ke Chillies. Ha ha ha. Fish and Chipsnya sangat sedap la pulak kali ni punya. Very fresh and juicy. Sedap sangat. Terus rindu Fish & Chips kat fremantle Perth.
Dah makan kenyang kenyang tapi masih ada space untuk order dessert. Layannnn. Lepas makan masa waiter ambik pinggan semua, Zahra terus cakap jom jom sebab dia dah rimas duduk lama lama. Pastu bila aku tanya. Belum lagi...kita makan ice cream nak. Terus excited dia. Dia siap cakap nakkkk thank you daddy pastu kiss aku kat pipi. Pandai kan main nak ambik hati. Janji dapat ice cream. Pastu masa makan siap cakap...sedapnya ice cream ni. Tu yang aku buat video tapi dia tak nak pulak ulang cakap..sedapnya. 


Makanan sama je kan kalau ke sini...tapi tetap nak tepek jugak. Orang tak suka aku tepak...aku nak jawap AAK aje. lol. Since untuk kid kami order chicken fillet tu...aku mintak jugak la sos Chipotle tu...kenangan sungguh sos tu. Lawak Antarabangsa yang akan kekal selamanya.
Lepas makan, bagi Zahra layan naik rides ni. Kejap sangat dia pusing...Rm3 sekali ride. Takpela...Zahra naik sekali je dia ok. Takde lak dia meronta ronta nak naik banyak kali.
Dah naik yang tadi tu dia siap tanya...naik yang ni pulak boleh tak? sambil buat memek muka dia. Terus cair hati Mommy dia tanya macam tu..kami bagi je la dia naik lagi. 
Posing kat sini nak tunjuk kat Ejin tempat kita berbuka puasa makan laksa Sarawak tu tutup. Hopefully diorang akan buka balik dengan menu yang mantap mantap. Kalau tak, tak tahu la mana nak cari Laksa Sarawak yang sedap kat KL ni.
On the way balik singgah beli Cinnabon. Ej siap suruh beli 8 ketul. Tamak kan main.
Fuhhhhh so creamy...sedap meletops. Cer tengok Ejin...sedap tak? sedap tak? cam sedap jeee.
Aku paksa dia diri situ sebab nak capture word cinnabon tu untuk menjeleskan adik kita kat Welly. Boleh?
Lepas keluar dari 1U...sempena menyahut Tahun Melawat Malaysia 2014 kami singgah kat Tugu Negara ni untuk posing posing. Tapi panasnya la...ya amat punya panas. Ni yang buat rindu nak balik kampung dan ke OZ. ha ha ha.

Terpaksa berposing dari tepi sebab ada orang tu snap photo kat tengah punya la lama...dengan gaya yang buat aku tergelak ada la...tak koser nak layan Ej suruh je snap kat tepi. EJ first time datang sini. Dulu ada try nak masuk tapi dah tutup. 
Ingat lagi masa first time datang sini, Arwah Abang Ipar aku yang bawak. So bila tengok tugu negara tu..Ya Allah..sebaknya terasa...rindu kat Arwah. Al Fatihah. I miss him and miss my dad so much. Hu Hu Hu. 
Aku rasa my life will be better and happier kalau mereka ada lagi to guide me through menempuh liku liku kehidupan ni. 

Selepas periksa penilaian aku join trip sekolah untuk datang sini lagi...masa tu ada banyak coins dalam air kat tugu tu. Member aku siap kata kalau ada impian apa kita nak boleh throw duit dalam air tu. So aku pun campak la duit 20 sen sambil dalam hati kata nak 5As untuk penilaian. Kelakar bila ingat balik.
Now rasa sewel sikit sebab bila teringat first time visit rasa nak nangis...ingat yang second visit rasa nak gelak. Pening pening lalat jadinya.
Kat kawasan bawah Tugu tu ada taman. Kami buat satu pusingan 10 minit je sebab panas sangat. Pastu nampak pokok pokok rendang...teringat kat Gold Coast. Bercanda kat taman. LOL.

Ada beberapa arca kat taman ni with its own theme...tapi aku tak ambik pot pun. Tak reti nak appreciate benda benda art ni. LOL.
Lepas dah berpanas...balik ke rumah sebab masing masing dah ngantuk. Sempat singgah beli Coconut Milk Shake...nikmatnya...minum ais masa panas ni. Tu yang senang kena batuk tu. ha ha ha.
Petangnya pulak, layan kembar tak seiras ni. Sedap sangat...matching sangat layan Cinnabon walnut yang creamy menjilat jari dengan English Tea. ok...tu je nak cerita.

Selamat Melancong dalam negara sempena tahun melawat malaysia ni.


8 comments:

Ejin said...

Hahahahahaha ....lawak posting ngko tapi seribu kenangan ...reminds me of my last visit hahaha ....sebutan sos tu dah hafal? Itu akan dikenang sampai bila bila hahaha ..and sanggup tu soh tasha bergambar kat cinnabon ...oooo my fav cinnabon ...tiada yang setupa dengan mu di sini wahai cinnabon .....

fendifid said...

Tak tahu la aku sebut betul ke tak but the lady faham. I said "chi po tel" dulu aku sebut apa ek? "Chi pot ley" kan. Ha ha ha. Cinnabon tu memang sedap bila ada tge creamy sos tu. Pelik kat klcc boleh tutup lak.

Ejin said...

Hanya aku n misha ajer peminat setia cinnabon kot ... nanti aku g kl remind me to carik cinnabon ok ....

Liz Duan said...

pagi baca posting ni buat lapar...buat miss Chillies...buat miss cinnabon...tension lah aku ni..

KL tu mmg like syurga makanana dunia kan?

I cant remember ever step my feet at the Tugu...tapi selalu jugak rasa nak gi tengok..tempat kita panas kan cam ne nak aooreciate garden gitu...by teh way arca tu mende...mesti berribu ribu buat ...msian style kan..pastu sekor pun tak reti nak appreciate..

fendifid said...

Aku suka cinnabon apple tapi dah takde lak yg apple. So far yg aku ingat cinnabon ada kat 1U dgn the mall.

Liz, 1u memang ayurga makanan la. Macam macam ada kat situ. Dave deli pun ada. Uses to be my playground.

Ejin said...

Hahaha adoiiii that limits my choice ..maksudnya kena gi 1U le utk memenuhi barbarian wish list aku nanti

fendifid said...

Actually masa masuk 1u memang tak tahu nak buat pilihan. Macam macam ada. Kopitiam pun nampak menarik je.

Ejin said...

aku dah ada resipi mudah nak buat cinnamon rolls itu!!! hehehe akan dicuba bila aku beli yeast nanti :-)