Tuesday, June 17, 2014

Kurtos Spiral

New sensation from hungary. It is a spiral bread yang lembut and luarnya coated with macam macam flavours. 
Yang coated dengan kuaci pun ada, chicken floss etc etc.
Tengok tu ada macam macam. Pilih la yang mana berkenan.
Tadi aku beli vanilla almond, coconut kaya and peanut butter choc chips. Semua lazat lazat. Bila kita order baru diorang letak apa flavour yang kita bak tu. Sebab tu rasa fresh.

Sila la buat pilihan. 
Yang ni coconut kaya. Aku kan fav apa apa yang berciri kelapa. Memang sedap mantap.
Roti pusing no tengah tengahnya hollow. Rasa sikit sikit macam pretzel tapi yang ni lagi lenbut. Kalau siapa pernah makan roti pusing yang comes together with ketam lok chi kat hj sharin low...roti hungary ni lembut macam tu la. 

Siapa nak rasa boleh beli kat Pavilion lower ground depan food court. Near tony romas. Chow. 

Saturday, June 14, 2014

Birthday celebration Geng Ronggeng

Jumaat lepas geng ronggeng celebrate besday those yang lahir bulan April, May dan June. Mulanya plan nak bercuti sewa chalet pastu buat bbq tapi susah nak pilih weekend date yang semua available. Tapi sebab dah lama tak lepak ramai ramai , tu yang buat party kat KFC aje.
Cake di tempah khas dgn wajah wajah besday babies. Semoga semuanya panjang umur, murah rezeki dan ceria selalu. Sedap bangat rainbow cake ni. Marvelous rasanya. Meletops. X muak bila makan.
Kfc pun ada sediakan cake coklat ni. Melantak sakan cake. 
Sessi meniup lilin. Gamat kfc tu sebab semangat semua nak tiup lilin.
Makan makan kejap aje. Banyak left overs yang semua kena tapau. Memasing bz berposing sakan. 
Ambik giliran berposing dengan family memasing. 
Afiq yang teruja dgn gambar muka dia siap suruh lin ambik bawak balik nak bagi nenek dia tengok dan rasa cake meletops tu.
The only one yang setia dengan topeng superfriendsnya. Yang lelain memula ja pakai posing posing pastu ntah kemana topeng tu.
Zana dgn Aan yang bertungkus lumus merancang majlis ni. Awesome job. Selalunya Mak Yang yang jadi ketua committee tapi since dia pun di rai kan. Kita kasi cuti. Ha ha ha.
Perasan tak Yaya ada in almost all of the photos. Ada je dia nak menyelit. Mintaj perhatian katanya. Lol.
Posing group pulak sebelum balik. Seronok bila dapat berkumpul ramai ramai macam ni. Semoga dapat celebrate banyak lagi besday dengan semua. 
Next plan bulan september pulak.

Sunday, June 8, 2014

Bercuti ke pantai timur

Aiyoooo...apa sudah jadi. Blog ni dah tak berpenghuni? Lama lama jadi rumah hantu nanti. Kuat betul virus pemalas ita menyerang kita yang lain. Sampai semua takde mood nak menulis. Ha ha ha. Nak jugak salahkan orang. Padahal sendiri yang malas.

Sebenarnya aku masih lagi dalam mood percutian. Still keletihan yang amat. Jauh aku memandu. Rasa macam lama sangat drive nak je pantai timur ni. Macam naik flight balik kampung omputih pastu balik KL balik. Camtu la rasa keletihannya. Tapi seronok bila bercuti ramai ramai ni. Tak sabar nak plan percutian yang seterusnya.

Plan bercuti ni di buat secara mengejut. Sebab budget ciput so kita bercuti dalam negara aje. Mulanya plan nak ke Cherating aje...pastu Nuarlin ajak ke Kelantan. Fid dengan kakak dia macam seronok lak nak ke Kelantan. Layannn. Zamreen asalnya plan nak ke Kelatan jugak tapi terpaksa cancel sebab masalah cuti.

Aku, Fid and family bertolak hari ahad 1 june. Kakak sulung Fid bertolak dulu ke Jengka untuk register anak lelaki dia masuk uitm. Tak dapat la anak sedara Fid tu ikut bercuti. Kesian...apo nak di kato. Kami 2 kereta bertolak lewat sikit pastu jumpa kak long di Jengka. Lepas dah settle registration janji jumpa Zamreen kat rnr Maran dan berkonvoi 4 kereta ke Cherating. 

Nuarlin balik ke kampung Kuin sebab anak sedara dia bertunang. On Monday keesokannya baru Nuarlin datang ke cherating. Kami check out terus bertolak ke Kota Bahru. Zamreen sambung stay semalam lagi di Cherating.

Kami duduk 3 malam kat homestay dekat dengan Wakaf che yeh. Selesa sebab rumahnya besar ada 3 bilik. Nama homestay tu Teratak Pesona. Siap ada washing machine dan dapur. Nuarlin balik ke kampung Nuar yg terletak 20 minit dari homestay yang kami duduk tu.


Ni posing masa nak bertolak ke Beserah. Lepas 3 hari kat KB kami ke homestay kat Beserah semalam sebelum balik ke KL. 
Masa ke Rantau Panjang...shopping jersey sempena world cup yang 6 hari je lagi ni. Ej pun sibuk nak jersey jugak. Layannn.
Mulanya aku beli dulu jersey argentina ni pastu ada pulak size Zahra. Masa snap photo ni aku tepek kat group chat ahli ahli rombongan ni. Dah agak dah EJ mesti nak jugak. Ha ha ha. Sib baik dapat size dia.
Masa second day kat Kota Bahru Nuarlin lead the way untuk ke Kopitiam Kita ni. Tujuan utama nak cari Nasi air dingin yang femes ni. Kami guna waze tapi tersesat. Waze dok bawak entah ke mana. Call owner kopitiam ni mintak direction. Dia suruh kami ke hotel Emaslink pan pacific pengkalan chepa. Pastu dia datang ambik. Hebat ke tak hebat kami ni? Nko mampu?

 Siap bergambar dengan owner kopitiam kita ni. Very nice man uncle ni. Dah la dia jemput kami. Masa kat jalan sesak dia siap turun motor tahan keta bagi kami jalan. Terharu sungguh dengan hospitality uncle ni. 

Sampai pun dah lewat lepas dok makan langsat kan. Nasi air dingin dah habis. Eaoknya kami datang lagi ke kopitiam ni. Uncle tu reservekan meja dan nasi air dingin untuk group kami. Hebat ke tak hebat kami ni. Nko ader? Ha ha ha.
Roti titap ni femes kat kopitiam ni. Sedap.  Semua makanan sedap sedap belaka. Ada banyak variety makanan kelantan. Ada laksam ada laksa ada nasi ayam goreng kak wok. Nasi tumpat, nasi dagang, satay etc etc. berbaloi baloi la datang kopitiam ni tapi kena awal sebab kalau kol 10 aje banyak yang dah habis.
On the day ke Kota Bahru singgah rumah kawan lin. Minum petang dulu sebelum sambung journey ke Kota bahru.

Kawan baik Lin masa zaman sekolah. Qaidaz Nur. Terima kasih la sebab layan group kami ni.
Berposing sakan kat teratak pesona sebelum ke Beserah. Masa balik tu kereta kak ngah fid ada masalah. Terpaksa di tinggalkan kat bengkel kat KB tu. Sabtu nanti kak ngah fid dan anak anak dia akan ke KB untuk ambik kereta tu.
Kami ada jugak ke pasar Siti Khatijah. Ni aku tepek gambar makanan yang ada di jual kat pasar tu. Macam macam ada.


Memang heaven kan tengok food ni. Macam macam sampai tak terpilih. Semua nampak sedap.

Tak sabar nak plan percutian yang seterusnya. Seronok bercuti ramai ramai macam ni. Lega jugak sebab dapat buat posting ala ala orang malas ni. Ha ha ha.