Sunday, June 8, 2014

Bercuti ke pantai timur

Aiyoooo...apa sudah jadi. Blog ni dah tak berpenghuni? Lama lama jadi rumah hantu nanti. Kuat betul virus pemalas ita menyerang kita yang lain. Sampai semua takde mood nak menulis. Ha ha ha. Nak jugak salahkan orang. Padahal sendiri yang malas.

Sebenarnya aku masih lagi dalam mood percutian. Still keletihan yang amat. Jauh aku memandu. Rasa macam lama sangat drive nak je pantai timur ni. Macam naik flight balik kampung omputih pastu balik KL balik. Camtu la rasa keletihannya. Tapi seronok bila bercuti ramai ramai ni. Tak sabar nak plan percutian yang seterusnya.

Plan bercuti ni di buat secara mengejut. Sebab budget ciput so kita bercuti dalam negara aje. Mulanya plan nak ke Cherating aje...pastu Nuarlin ajak ke Kelantan. Fid dengan kakak dia macam seronok lak nak ke Kelantan. Layannn. Zamreen asalnya plan nak ke Kelatan jugak tapi terpaksa cancel sebab masalah cuti.

Aku, Fid and family bertolak hari ahad 1 june. Kakak sulung Fid bertolak dulu ke Jengka untuk register anak lelaki dia masuk uitm. Tak dapat la anak sedara Fid tu ikut bercuti. Kesian...apo nak di kato. Kami 2 kereta bertolak lewat sikit pastu jumpa kak long di Jengka. Lepas dah settle registration janji jumpa Zamreen kat rnr Maran dan berkonvoi 4 kereta ke Cherating. 

Nuarlin balik ke kampung Kuin sebab anak sedara dia bertunang. On Monday keesokannya baru Nuarlin datang ke cherating. Kami check out terus bertolak ke Kota Bahru. Zamreen sambung stay semalam lagi di Cherating.

Kami duduk 3 malam kat homestay dekat dengan Wakaf che yeh. Selesa sebab rumahnya besar ada 3 bilik. Nama homestay tu Teratak Pesona. Siap ada washing machine dan dapur. Nuarlin balik ke kampung Nuar yg terletak 20 minit dari homestay yang kami duduk tu.


Ni posing masa nak bertolak ke Beserah. Lepas 3 hari kat KB kami ke homestay kat Beserah semalam sebelum balik ke KL. 
Masa ke Rantau Panjang...shopping jersey sempena world cup yang 6 hari je lagi ni. Ej pun sibuk nak jersey jugak. Layannn.
Mulanya aku beli dulu jersey argentina ni pastu ada pulak size Zahra. Masa snap photo ni aku tepek kat group chat ahli ahli rombongan ni. Dah agak dah EJ mesti nak jugak. Ha ha ha. Sib baik dapat size dia.
Masa second day kat Kota Bahru Nuarlin lead the way untuk ke Kopitiam Kita ni. Tujuan utama nak cari Nasi air dingin yang femes ni. Kami guna waze tapi tersesat. Waze dok bawak entah ke mana. Call owner kopitiam ni mintak direction. Dia suruh kami ke hotel Emaslink pan pacific pengkalan chepa. Pastu dia datang ambik. Hebat ke tak hebat kami ni? Nko mampu?

 Siap bergambar dengan owner kopitiam kita ni. Very nice man uncle ni. Dah la dia jemput kami. Masa kat jalan sesak dia siap turun motor tahan keta bagi kami jalan. Terharu sungguh dengan hospitality uncle ni. 

Sampai pun dah lewat lepas dok makan langsat kan. Nasi air dingin dah habis. Eaoknya kami datang lagi ke kopitiam ni. Uncle tu reservekan meja dan nasi air dingin untuk group kami. Hebat ke tak hebat kami ni. Nko ader? Ha ha ha.
Roti titap ni femes kat kopitiam ni. Sedap.  Semua makanan sedap sedap belaka. Ada banyak variety makanan kelantan. Ada laksam ada laksa ada nasi ayam goreng kak wok. Nasi tumpat, nasi dagang, satay etc etc. berbaloi baloi la datang kopitiam ni tapi kena awal sebab kalau kol 10 aje banyak yang dah habis.
On the day ke Kota Bahru singgah rumah kawan lin. Minum petang dulu sebelum sambung journey ke Kota bahru.

Kawan baik Lin masa zaman sekolah. Qaidaz Nur. Terima kasih la sebab layan group kami ni.
Berposing sakan kat teratak pesona sebelum ke Beserah. Masa balik tu kereta kak ngah fid ada masalah. Terpaksa di tinggalkan kat bengkel kat KB tu. Sabtu nanti kak ngah fid dan anak anak dia akan ke KB untuk ambik kereta tu.
Kami ada jugak ke pasar Siti Khatijah. Ni aku tepek gambar makanan yang ada di jual kat pasar tu. Macam macam ada.


Memang heaven kan tengok food ni. Macam macam sampai tak terpilih. Semua nampak sedap.

Tak sabar nak plan percutian yang seterusnya. Seronok bercuti ramai ramai macam ni. Lega jugak sebab dapat buat posting ala ala orang malas ni. Ha ha ha.

5 comments:

Liz Duan said...

bravoooooo/...pemangkin semangat utk writing again...he..he...
jalan ramai ramai gitu mmg best...esp dgn family..

Kelantan pun food heaven kan

Liz Duan said...

fendi ko lose wight ke? take care ya

fendifid said...

Aku maintain je la. Xde lak loose weight.

Liz Duan said...

nasi dingin tu tak pernah dgr

fendifid said...

Nasi tu datangnya dari tempat nama air dingin. Ada nasi dari tumpat. Saper suka ikan tongkol boleh la kawan dengan nasi nasi tu semua