Masa kat kedai kopi tu...quite ramai gak orang. Kat meja sebelah aku berlaku la conversation ini.
Seorang ayah bawa anak bujang dia dalam form 1 or 2 minum pagi. Ayah tu pun order la roti canai untuk anak dia...siap mintak kuah lebih.
Peniaga : Ayahnya tak nak makan ke? Minum je ke?
Ayah : Aku awal lagi tadi dah sarapan dah. Ni saje bawa anak ni ha...dia bangun lambat tadi. Malam tadi dia ada qiamullail.
Anak : Buat tak dengar the conversation dan terus makan dengan senyap.
Peniaga dan tukang tebar roti canai senyum besar aje. Ayah tu gelak sikit sikit.
Biasa la kan...musim world cup ni...mesti ramai orang bangun lambat...ambik MC...cuti....dan lain lain...sume sebab bola. Boss boss mesti pening kalau staff dia ramai ramai ambik MC sebab layan bola sampai pagi.
Tak lama lepas tu...kat meja belah kanan...satu couple...and seorang anak pompuan yang dress up macam nak beronggeng ke Malls la kan..kat KL ni mana lagi nak pergi kalau bukan ke Malls. Yang anak dah habis makan...parentsnya still makan lagi. Ayah dia suruh anak dia pi bayar sementara dia nak habiskan makanan. Anak dia ambik wallet ayah dia...masa nak keluarkan duit...terkeluar sikit duit berkeping keping secara tak sengaja.
Ayah : laa...ambik sekeping je la. Sampai terkeluar sume...malu orang tengok.
Emak : Kenapa abang bawa banyak sangat duit ni.
Ayah : Ehh...awak tak tahu ke...saya bawak Phiranna berjalan. Karang kat sana..pantang tengok...ada je la nak di ngapnya nanti.
Anak dan Emak senyum dan diam...buat buat cam tak dengar.
Aku masa tu terus teringat kat Fid dan EJ..oh..they are my phiranna. Suka pow aku biler pergi Malls. Apakah?
p/s...kak long...what say you about conversation phiranna ni? he hehe.
Nanti kalau aku lepak kedai kopi lagi lain kali...aku cerita apa pulak orang dok gebang masa tu ekkk.
Semalam...pi Wangsa Walak layan Karate Kid. Meletops la cerita ni...very entertaining...seronok tak hingat. Ada scene sedih but mostly scene lawak and cemas la...and seronok tengok Jackie Chan dengan anak will smith tu. Best diorang berlakon. Scenery Beijing...sungguh menakjubkan. Eat patut tengok cerita ni and imbas kenangan dia beronggeng ke Beijing.
Sementara nak tunggu movie start lepak dulu kat kopitiam Heritage House.
Till then...sila la Kak Long, Ejin dan Eat...tolong update blog ni year...jangan bersawang.
4 comments:
la...biler aku balik, ngko plak yang berjalan ...
enjoy your trip :-)
Yuppp...fend, enjoy your trip
Hi korang...aku baru balik KL...trip yang meletops. Banjir di Orchard Road menyambut kedatangan tetamu tetamu yang vogue lagi happening ni. Sampai kami extend cuti sehari lagi. Nanti nanti la aku cerita.
aku pun baru tengok gambar banjir kat Orchard Road kat news petang tadi ...
Post a Comment