Friday, October 1, 2010

Majlis Menyambut Menantu - Sedili Johor

Berjanggut menunggu baru la ada yang upload gambar wedding kat FB...terus aku cilok untuk tepek kat blog ni. Majlis ni bermula pukul 2 petang. Kami dalam 10 kereta berkonvoi dari Sedili Kecil masuk ke kawasan Sedili Besar untuk ke Dewan tempat berlangsungnya majlis ni. Theme untuk majlis ni ialah purple...beramai ramai kami ambik peluang pakai baju warna purple.

Selepas acara merenjis menepung tawar...ada sessi bergambar pulak...gambar ramai ramai yang ada aku tu...tak kejumpaan lagi...kalau ada aku tepek sekali kat sini. Sebab gambar kalau ada aku...meriah je nampak gambar gambar tu...lariiiiiiiii.
Sebelum berarak...kami lepak kat umah singgah. Berphoto session dulu dengan pengantin perempuan. Pengantin lelaki lepak kat luar umah masa tu...dok tunggu kumpulan kompang yang lambat sampai.

Gambar lari konti rupanya. Ini gambar kat rumah sedara SIL aku...kat Sedili Kecil. Masa ni nak bertolak ke sedili besar.


Pasangan Remaja. Sapa la yang tak pandai ambik gambar ni? Tapi tak kisah la kan...sebab gambar dengan isteri tercinta...tetap Abang Ngah tepek kat sini...kalau ada komen komen negative...kita tepis jauh jauh...kah kah kah.

Ej dengan member kamching dia, Farisha sepupu pengantin belah mak dia...kemana mana pun diorang berdua je...sib baik EJ ada geng. Ej makan dua kali...mentang mentang la ada lauk ketam...lepas dia makan kat sini...dia datang pulak suruh mommy dia suapkan ketam lagi.
Masa kami masuk dewan tu...sebaris meja memang di khaskan untuk family aku. Masa tu memasing terbeliak biji mata sebab ada ketam, sotong, udang dan ikan besar besar....masakan sama macam untuk pengantin. First time aku pi wedding makanan laut mewah macam ni. Semua sedap sedap dan aku pulak sebab makan kat meja pengantin memang meletops la.
Tetamu yang tak kenal sumer mesti ingat aku ni adik pengantin. Apakah?

Belum lagi bab abang pengantin ingat aku BUJANG trang tang tang. Siap nasihat aku suruh kahwin cepat. Memang kenangan manis la attend wedding ni. Kah kah kah...korang jangan jeles ye...kasi can la...Abang Ngah with my sweet moments. Lariiiiiiiiiiiiiiiiiii.

4 comments:

Liz Duan said...

pasangan remaja cun ....

Eat said...

Kenapa EJ tak pakai baju kurung? Lauk ketam tu meja pengantin ke?

fendifid said...

Ej takde baju kurung purple...lagi pun dia lagi suka pakai baju macam tu

Ejin said...

nampak happy sangat pasangan rema-tua tu ...