Hello hello...puasa baru 10 hari...semangat blogger sumer dah menurun balik ke? Ha ha ha. Dah haus blog ni takde posting baru. Aku takde benda nak buat so aku buat la posting ni kejap. Cerita aktiviti Fenfid seharian today.
Pagi tadi kami ke Gulatis kat Ampang Point...beli kain...pastu terus ke Nilai hantar kain dan barang barang kakak aku. Hari tu kami guna masa kenduri. Lepas lepak borak borak kami ke Alamanda. Ramainya orang tengah seronok bershopping. Susah nak tolak stroller sebab asyik berlaga dengan orang ramai. Yang kat area toys pulak bising dengan budak budak menjerit..ada yang menangis. Parents sibuk nak shopping baju..anak anak nak toys.
Sampai sakit sakit kaki jugak la berjalan kat situ. Dapat jugak la barang barang yang di cari...especially baju dan kasut untuk EJ. Seronok la dia dapat baju dengan kasut baru. Bersemangat nak beraya.
Biler dah petang takut jalan jammed kami bertolak untuk balik ke Keramat. Singgah kat sungai besi untuk tapau Mi Tarik Warisan Asli. Ada member kat office recommend suruh try. Sempat jugak la aku call dia tadi mintak direction. Tapi dia tak boleh nak advice Masakan mi yang mana paling sedap sebab dia tak ingat since nama kat menu sumer in chinese. Restoran ni ownernya Chinese Muslim. Aku tanya kat waiter je which menu yang popular. Jom layan.
Mi goreng. Kuahnya dah tersejat.
Mi sup yang tak pedas
Mi sup pedas
Toothpicks lamb.
Dalam banyak banyak tu...yang toothpicks lamb je aku boleh recommend. Yang lain so so aje. Tapi mi tarik ni kenyal dan sedap...takde rasa kapur sangat. Cuma kuah kuah or cara masakan tu kena la try ikut tekak masing masing sebab ada banyak menu...tak tahu nak pilih yang mana satu. Bosannya esok dah kena kerja. GGG.
2 comments:
Bukan malas but it is weekend kena focus hiwa raga to family ha..ha...toothpick lambs looks nice yA
Semu nya aku kurang minat hehehe kan aku tak makan lamb ...my fav is still mee bandung!
Post a Comment