Monday, July 16, 2012

Ramadan kan menjelma

Saje je aku menyelit buat posting kacau daun kat Ejin yang memang bersepah la kan stok posting dia. ha ha ha. Dengki dengkan. GGG
Aku kalau buat posting mesti kena selit gambar...sebab kalau takde gambar aku cam takde idea nak bercerita. Korang pernah tak rasa macam tak sabar sabar nak Ramadan. Tapi aku selalu gak tak sabar...tak sabar nak Raya. Ha ha ha.

Syukran weekend ni start  puasa...sebab aku kesian dengan perut Ejin yang di sumbat segala macam makanan tanpa henti. So bulan Ramadan ni boleh la bagi perut tu rehat sikit. Aku nak balik PD nanti nak berbuka kat PD. Puasa tak lagi tapi dah ingat nak berbuka. Kalau tanya EJ...dia demand nak Pavlova. Mana la aku tahu nak buat meringue tu kan. Takat cream dengan fruits tu biasa la kan. Tapi rasa cam nak buat trifle je...tu pun kalau batuk aku baik. Sebab dah berminggu ni batuk. Stress di buatnya.
Dah lama tak balik PD...asyik ada hal aje weekend. Cerita PD tapi tepek gambar Europe...orang pun confuse ingat PD cun macam ni. Kah kah kah,
Eh...sejak biler PD ada salji?  Tu la korang dah lama tak mai ke PD...sebab tu korang tak tahu.
Tadi sempat aku masuk jakel...usha usha baju melayu. Ada yang sepasang Rm250...ada yang lepas discount RM125 - RM190. Tapi aku selalu beli kat kedai  biasa biasa je sebab murah sikit.
Last weekend ramai gak member kata nak bawak anak anak beli baju Raya. Nanti bulan puasa anak anak letih nak berjalan bershopping. Zara dah ada beberapa baju raya sebab masa besday dapat baju beberapa helai and baju baju potong cake tu pun baru je beli sehari sebelum besday dia. Cuma Ej je la...leceh sikit nak beli baju kena bawak dia. Kena test pastu melayan selera dia lagi. Tunggu dekat raya nanti la.
Ada member kat office dah siap tempah kueh raya dah. Bersemangat betul nak raya...puasa pun tak lagi. Very misleading the concept kan. Belum lagi gi mall yang sewel pasang lagu raya masa 1st day puasa. Layann.
Kalau ikut hati aku nak g bercuti masa raya sebab duduk rumah pun takde benda nak buat kan. Raya yang seronok pun masa hari pertama dan kedua aje.
Oh ya...korang dah habis ke ganti puasa? ke bayar fidyah aje?
Bulan puasa nanti kalau tak penat boleh la turun ke JPO johor membeli belah untuk menyambut raya.
Tahun ni menyambut Raya tu elok lah secara berhemah kan. Tak perlu la baju raya 20 pasang. Kiter bukan artis nak gi majlis berbuka sana sini kan kan kan.

Tak lama lagi Matta Fair katanya...jom kiter usha usha package melancong. Jom.
Korang ada bonus Raya tak? Hopefully Government announce bonus raya. Beraya sakan la kan kengkawan dan sanak saudara kita yang kerja gomen. Tadi masa kat jakel penuh semua melayu je. Dok beli kain nak buat baju raya la...langsir segala.

Selamat menyambut Ramadan yang bakal tiba seminggu lagi. Selamat berpuasa dan beramal. Ejin sila la buat list makanan nak makan masa Ramadan ni. Mesti bersusun punya list. GGG.

3 comments:

Ejin said...

posting merapu!!! Scenes fr Switzerland or Italy?

Liz Duan said...

mana lah dia cilok gambar gambar semua
...segala macam topic ada ...payah nak komen ni...
anyway selamat berpuasa....ko nak shopping kat johor outlet tu? ko dah ada everything and more kat KL tu mende nak gi tengok Johor tu...adoiiii

fendifid said...

Kat jpo murah. Nak g sambil feeling feeling shopping kat beicester london. Ha ha ha