Kadang kadang biler kita mencari sesuatu barang tu...susah sangat nak ketemu benda yang kita dok cari tu. Kadang kadang pulak biler kita tak mencari sangat...senang pulak jumpa and kita jumpa secara tak di sangka sangka.
Macam tadi aku gi cari baju untuk raya. Warna nak sedondon la kononkan. Jumpa la sehelai dua yang berkenan...senang je. Pastu g Toy R us lak cari bag untuk letak barang barang Zara macam botol susu, pampers, baju, air segala barang la. Easily jugak jumpa yang size besar. Dulu jenuh cari tapi takde yang size besar dapat yang kecik je. Kira happy la and fruitful sungguh trip aku ke KLCC. It did not end there...rupanya aku terjumpa benda yang di cari cari selama ini secara tak sengaja. Happyy sokmo.
Lepas tu lalu kat Harrods ada tanda sales. Kawan aku tanya nak masuk ke...aku kata ok jugak...sebab aku nak beli Darjeeling tea. Sales Assistant siap introduce kan the latest premium tea sempena ulang tahun Queen...Darjeling tea 90% rose bud 10%...dia kata the latest premium tea...setin kecik Rm100 plus. Terkedu mendengarnya. Aku beli Darjeeling tea yang biasa biasa in teabag tu aje. Ni sambil menaip layan tea...sedap bangat.
Pastu aku suruh kawan aku tgk kat dessert bar ada tak red velvet cupcakes...tak ada la pulak. Frust tertonggeng. ha ha ha. Sales Assistant kata tak tetap...kadang ada kadang tak. Ikut suka chef dia la nak masak apa kot. Sekali tanpa di sangka...atas dessert bar tu aku terperasan Meringue. Aku tanya itu perhiasan atau untuk di jual. Sales Assistant kata jual...aku dengan happynya terus beli. Kawan aku pun terkena jugak virus Pavlova...dia pun beli 1. LOL. Puas mencari ready made Meringue ni...now I know rupanya kat Harrods ada jual...legaaaa.
Terus roger roger Fid kata aku beli meringue...dia kata dia akan belikan the fruits and whipped cream.
Buah buahan segar hasil tangkapan Fid kat jusco.
Gini la ngopenya Meringue...the inside is very soft macam kapas. This is rose flavour...lagi sedap dari yang beli kat Tesco London.
pecah pecahkan Meringue tu dan gaul dengan buah buahan segar. All sort of berries. Kalau takde berries...guna peach dalam tin aje...tos kan airnya.
Letak whipped cream...Da bomb...masalahnya suasana gelap...gambar sumer suram aje.
Sampai cair whipped cream sebab dok sibuk cari spot nak snap photo.
Taraaaaa...makan sikit sikit...enjoy every bite. Meriguenya memang terbaek la. Highly recommended. Layannnn.
8 comments:
Aku tak tahu lah aku pernah makan ke idak...tak kot...we are so not a dessert person lah...but nampak yummy licious tu...nanti aku raya rumah ko, hang buat okays!
Buah tu nampak best aje...fresh
Actually pavlova mahal sebab the berries fruit mahal.
aku ngidam sgt nak makan cherrie slah...kat kl cold storage ada kan...sini yg ado!
The best cherrie kan beli kat pasar selayang besar besar...sedap ngap ngap ngap rangup.
aku last jumpa cherry masa gi Shanghai dulu .....kat sini jgn harap, tangkai cherry busuk pun takde!
my mak angkat dulu selalu buat choc sauce topping with oranges, or even papaya and passionfruit ....kalau summer baru boh segala macam berries
Menarik tu buat topping lain. Aku plan nak buat santan sauce and top with durian. Ngam tak?
Post a Comment