Sunday, August 26, 2012

Fenfid - Raya 2012

Punya la kami beraya sakan tahun ni...dah seminggu baru dapat nak load gambar dan buat posting. Macam la banyak sangat sedara mara kan...beraya sakan katanya...kah kah kah. Padahal tak dapat nak buat posting sebab aku takde laptop. Aku tinggalkan kat KL. Free time banyak sebenarnya. Dok lepak lepak...makan makan...baring baring...tak tengok tv  sangat sebab entah apa apa show raya tahun ni. Malas nak layan.

Seperti tahun lepas...kami beraya kat PD. Hari Sabtu pagi bertolak dari KL. Selepas belajar dari pengalaman lalu...tahun ni aku tak ikut plus highway...aku balik ikut KLIA pastu ikut jalan bukit pelanduk...sejam lebih dah sampai PD. Last year jammed punya pasal...nak dekat 4 jam perjalanan. Sampai ke PD...tolong apa apa yang patut. Petang aku dengan Fid gi Pasaraya beli air soda dan ayam drummet untuk si hidangkan kepada orang takbir raya.

Aku punya la bersusah payah buat nasi goreng cina...tapi tak laku sebab semua tak nak makan berat berat...ayam goreng je yang  laku. Aku buat nasi goreng tu sebab rumah mak aku first dalam list orang jalan takbir raya tu. Biasanya rumah rumah yang awal food nya heavy sikit. Takpe la...next year for sure bukan first house boleh goreng ayam je tak payah food yang heavy heavy.

Pagi raya macam biasa la kan...posing time. Macam biasa...family aku dok kelam kabut menyiapkan food kat meja tapi entah apa yang di kelam kabut kan aku pun tak tahu. Bukannya ada special food pun kan...biasa biasa je. Sabar je la. Ha ha ha.
Gambar gambar adalah di load secara pukal...so yang blur...senget..tak ready...semua aku tepek sekali. Layannn.
Tema warna Ungu...tapi memasing ungu lain lain...aku punya paling lite...Zara dah almost ke pink..tak kisah la kan...yang penting semua happy bergaya dengan baju raya.
Yang baju merah tu namanya Tasha...anak yatim yang duduk kat rumah mak aku. Dia paling bongsu.
Daddy dengan puteri puteri comel ciut miut.
Kan main susah nak suruh Zara ni pandang camera. Since dia dah pandai berjalan ni...mana nak duduk diam. Asyik la nak melawat kawasan. Kesana sini dia nak berjalan..tapi tetap mengutip apa saja yang dia jumpa pastu bawak masuk mulut. Penat di buatnya.
OK...pandang camera.
Posing sampai lebam.
Pasangan Remaja di Hari Raya. Comei tak?
Mommy and Zara. Gambar dengan EJ takde sangat sebab dia sibuk dengan makeup bersiap itu ini Asal nak posing kena panggil 40 kali. Dah remaja gitu la...malas nak layan Mommy berposing. Ha ha ha.
my love ones...
Ni antara juadah di pagi raya...ada ketupat daun palas...lemang...nasi impit...kuah lodeh...dan rendang rendang.
Ej and Dayah. Yang ni anak yatim no 2. Yang sulung lelaki. Takde lak gambar.
Bibik snap...biasalah...blur sasado.
Panggil abang aku lak tolong snapkan.
Aku lak tukang photographer...haus jugak...ha ha ha
Yang ni baru ok. Lepas dah posing posing...makan makan...kami ke kubur Abah aku dan kubur abang ipar. Lepas tu balik rumah lepak lepak makan makan berulang ulang sampai tak leh masuk food baru berhenti. Adik beradik aku mula datang beraya kat umah mak aku...tapi takde sessi posing posing...masing masing samping ...tudung...sumer dah simpan...panas.
Menjadi kebiasaan jugak...petangnya kami ke rumah Kak Ni aku...sebelah umah mak aku je...penuh rumah dengan adik beradik dan anak anak buah...termasuk lah cucu cucu sedara aku yang makin bertambah. Makin banyak lah duit raya kena bagi. LOL.
Rayyan...masa ni dia dah kepanasan...pakai baju hindi...mana tak panas...he he he.
Lepas sessi makan makan ni aku terus terbongkang tidur...petang bangun drive ke Banting melawat kubur Mak Fid.  Malam pulak beraya kat rumah adik beradik aku kat PD...makan sampai tak larat...sebab berturut turut makan makan makan. Sampai kol 1 pagi dok gi beraya rumah abang abang aku. Memasing surrender tak larat nak makan. He he he.

Sekian saje..kisah raya pertama.

6 comments:

Liz Duan said...

Haiyo warna tu lari sebatu from one another...ishh ishhh....sungguh ko beraya sampai pukul 1 hebat!!!
Tasha belah tepi rapat ...comel

Ejin said...

Tang mana yang warna baju melayu ngko tu purple? Tak nampak purple ponnnnnnnn ...baju bibik has more purple than yours *facepalm....

Ejin said...

Akunsuka your family photo yang no.2 tu ...semua pandang camera

fendifid said...

Aku lite purple. Katanya. Tema tahun ni.."The range of purple"...kah kah kah.

Ejin said...

Korang tak buat daging salai masak lemak ke?

fendifid said...

Tak. Xde sambutan. Org nak makan rendang.