Sunday, September 22, 2013

Bbq bersama jiran

Akhirnya, selepas 13 tahun buat perancangan baru tadi kami dapat mereliasasikan bbq party kat depan rumah. Sejak pindah ke rumah ni lagi dah ada plan nak bbq depan rumah tapi x pernahnya menjadi kenyataan. Tapi kali ni kami determine untuk buat bbq sebelum plan outing pulak selepas ni. Semua tong tong duit untuk beli barang barang dan siapkan bersama sama preparation for bbq and makanan sampingan lain.

Semalam aku beli barang barang kering dan ayam 20 ketul. Fid nak tolong basuhkan sebab sabtu pagi dia kerja. Pagi tadi kol 8 aku dan jiran ke pasar untuk beli ikan, sotong dan beberapa barang basah yang lain. Beli ikan pari dan kembung. Lepas tu we went to keramat mall for breakfast capati dan ubi kayu rebus.
Petang tadi pak cik Rahman tolong hidupkan bara. Pakcik rahman memang terror bab bab ni sebab dulu dia biasa berniaga satay.
Antara bbq food kami tadi. Ada burger dan sosej jugak. Aku tolong bakarkan for first round and orang lain took over bila time aku melantak. Sedap bangat. 
Seronok gak bbq ni. Senang je nak bakar  semua makanan tu. 
Zahra la yang paling happy sekali berlari sana sini sampai dia ngantuk mintak dukung dengan aku. Itu tanda dia kepenatan la tu. Dia pun sama naik dengan orang dewasa kehulu kehilir macam busy sangat padahal dia ikut orang je. Immitade apa orang buat.
Wajah wajah ceria dapat happy time dengan jiran tetangga.
Syukur dapat jiran yang baik hati dan suka bantu membantu. 
Yang ni pulak jiran terbaru. Dia beli rumah yang selang 2 pintu dari rumah aku. Untuk aktiviti ni dia di jemput sebagai tetamu. Tapi next round dia kata dia nak join sekali contribute in other activity. Lepas ni plan nak bakar satay pulak ramai ramai kat depan rumah tu.
Chef utama. Jom layan gambar food pulak.
Potato salad with tuna and mayo
Cake lapis strawberry. 
Family aku buat baked macaroni and cheese
Ada salad jugak. Sause for the bbq tu sedap sangat. Rasa macam kuah chicken chop.

Mak cik sebelah rumah aku buat kuah asam untuk makan dengan ikan bakar. Sedap sangat sangat and pedas kuah asam yang mak cik tu buat. Berasap telinga makan. 

Ada brownies dan ice cream for dessert. Air pulak jiran aku buat lemon punch. Sedap sebab campur ice cream soda and jua oren.  

Lepas dah kenyang boleh pulak sambung menari poco poco kat jalan depan rumah tu. Fid x dapat join sebab bz tido kan zahra. Ej yg mengenjoykan diri dia menari poco poco. 

All in all, memang puas hati sangat dapat buat makan makan dengan jiran. Semua sporting. Next agenda selain bakar satay, kami nak berkaraoke bersama dan berouting mencari durian. Syok ooo.











4 comments:

Ejin said...

best nyer ...bagus kan dapat jiran tetangga yang can get along ...makanan semua mantap!

Ejin said...

esok aku nak buat potato tuna mayo salad utk tapau for lunch!

Liz Duan said...

ye seronok beramai ramai tu...cool nampak nya...my area dulu rajin jugak...sekarang neighbours pun tak nampak bayang hidung...semua sebok....housewives ok jugak beramah tamah...aku lah yg teruk nya huuuu

fendifid said...

Punya lama ni buat planning baru menjadi kenyataan. Yg best bila bergelak ketawa. Bukan makan sangat pun. Esp aku yg diet ni. Lol