Sunday, September 15, 2013

Bercuti ke JB

Bersiaran dari JB secara live. Yeahhh sampai lagi ke JDT untuk cuti cuti singkat. Kak long pun turun jdt masa raya je kan kami lak yg turun beberapa kali. He he he. Tak kisah la kan. Hopefully meriah la nanti percutian kami ni.

Fid kerja semalam so lepas tu baru kami bertolak. Plan untuk gerak sama sama dengan zamreen. Nuarlin dah bertolak dulu pada jumaat malam terus ke Kota Tinggi. Ada sedara yg buat kenduri doa selamat nak ke Mekah menunaikan Haji. Geng ratu posing bertolak pagi sebab nak singgah rumah kawan yg melangsungkan perkahwinan. Plannya Ahad nanti baru ramai ramai berkumpul di hotel.jalan punya la jammed. Kami ikut Lekas highway pastu dari seremban ikut Rembau dan Tampin. Lepas tu baru masuk Highway kat Simpang Empat. Punya la kan ikut jalan dalam sebab nak escapr jammed. Rewardnya dapat cendol durian kat tampin. Sedap je layan cendol petang petang. 
Gambar gelap sebab opposite arah cahaya. Yang sebelah Zam tu anak sedara aku punya adik. Tumpang kami ke JB sebab kami memang plan nak ke rumah anak sedara kat Pasir Gudang for dinner.
Gambar x banyak. Asal ada gambar untuk buat posting. He he. Kat welly ada cendol tak? Ke Ejin dah lupa macam mana rasa cendol durian ni? Lariks.
Ej bila dah lama sangat dalam keta kata vontot pun dah cramp. Tu alasan nak mintak main dgn phone aku la tu. Fesbuking ke apa ke. Sambil tu dok snap photo. Zahra dok layan aje apa kakak dia buat. Kami sampai Pasir Gudang kol 9 lebih. Punya la lama drive. Kereta banyak sangat nak ke JB. Berdesup desup diorang ni drive lelaku. Aku dgn keta tua dok la belah kiri slow slow je gerak. Tak pernah aku drive ke JB macam ni. Nak masuk lane kanan pun susah sebab kereta banyak sangat. 
Tapi orang kata biar lambat asalkan selamat. Worth the long hours drive la kan. Kami sampai aje tersedia ketam ketam menari tango sambut kami. Ha ha ha. 
Very impressive nasi kerabu yg enak tersedia terhidang. Anak sedara aku married orang Kelantan. Dia kata our next visit nanti dia masak nasi dagang pulak. The budu, daging goreng and cili merah tu...aiyoooo sedap bangah sih. Aku bertambah tambah makan. Dulu masa ke sedili jdt makan nasi dagang. Kali ni ke Pasir gudang makan kerabu pulak. Kat JDT takde makanan tradisi sendiri ke? Awat aku dapat makanan tradisi kelantan je kan? Pelik tak pelik tak?
Ketam masak sambal bertelor. Aku ratah lepas makan nasi kerabu. Tak suka nk campur campur. Kena slow slow menghayati keenakan isi isi ketam dan kuah cili yg superb ini. Terharu sangat dengan sambutan anak sedara untuk uncle dia yg hensem ni. Beberapa kali mereka pesan, lain kali datang lagi. Ajak bermalam di Pasir Gudang pulak. Kali ni kami bermalam di jb rumah abang aku. Tengah hari baru check in and join berauka ria dengan kengkawan geng ronggeng di Hotel. Next posting aku tepek gambar gambar food lain yg Reen akan bawa kami jelajah JB ni dalam miso JJCM. Esok kami akan singgah ke JPO sebelum balik ke KL. Rasa macam nak mengetam lagi la. La la la. Jeles tak ejin? Ha ha ha. AAK?

3 comments:

Ejin said...

sedah ..ketam galore tu!

Liz Duan said...

AAK tu mende?
best nya gi JDT...buat apa pun lah...he..he..

fendifid said...

Lepas ni nak cari tempat ada pantai. Jb takde pantai. He he he.