Lepas baca pasal cronut from posting ejin, aku google to find out kalau benda ni exist kat KL. Actually ada tapi kat Publika and aku sekarang dok g office yang kat tengah bandar. Malas la kan nak g publika semata mata for cronut.
Masa borak borak dengan member aku yang duduk kat Singapore dia kata dia tahu tempat yang ada jual cronut ni and it is near to her house. Dia volunteer untuk belikan untuk aku. Makanya isnin baru ni dapat la aku cronut 4 ketul.
Cronut coklat. Aku suka yang ni. Sedap dan lembut. Makan 2 ketul baru rasa puas. Cronut ni besar. Makan kena tertib supaya x sememeh dengan filling dia. Takde la nampak gelojoh sangat. Lol.
Yang ni pulak filling vanilla cream. EJ suka yang ni. Aku prefer yang coklat. Liz dgn Ita suka filling yang mana?
Lepas kerja aku singgah kat cafe untuk merasmikan cronut ni. Aku rasa orang yg kenal apa tu cronut mesti terliur liur tengok aku makan. Project team member aku datang cafe untuk minum petang. Aku bagi sorang satu. Esoknya memasing cakap sedap terlampau. Pastu tanya kat mana aku beli. Ha ha ha.
Walaupun cronut ni sedap, aku still prefer mille crepe. Sebab milli crepe lembut dan creamy. Bab bab filling membuak, mengingatkan aku kat pastry cheese and onion kat greggs aje. Rindunya kat kampung halaman. Hu hu hu
4 comments:
sedap kannnn ...my current fav tu, yang inti cream...
Cheese and onion pastry Greggs mmg idaman kalbu ..makanan ruji aku masa kat kampung halaman tercinta dulu...
Kalau tengok gambar klcronut, nampak lagi menarik fillingnya. Nanti kalau balik ke office di damansara aku akan jenguk ke publika cari cronut tu.
Saper la antara kita yg dapat peluang balik kampung halaman kan. Kalau aku mesti berkejaran ke taza kebab dulu. Lol. Yg cheese and onion tu x dapat pun xpe.
aku kalau balik Newcastle, aku gi carik my kekawan dulu and gi meronda sambil makan cheese and onion pastry lol
udah lah tu makan ubi kayu aje hei
Post a Comment