Sunday, October 20, 2013

Happy happy sekeluarga di PD

Bersiaran live dari pd. Semalam lepas fid habis kerja kami ke Segambut jap untuk ambik keta kelisa dari workshop. Lepas tu cepat cepat packing untuk balik ke PD. Saja berkumpul adik beradik sempena Hari Raya Aidiladha ni. 
Aku sekarang kalau balik PD ikut highway mex sampai cyberjaya pastu ikut jalan Sepang. Dapat la singgah kat cendol bakar kat Dengkil. Masuk masuk gerai tu dah semerbak bau durian. Wajib order cendol durian.
Makanan yang ada hanya rojak pasembor. Boleh la. Asalkan sosnya sedap. Layannnn. Zahra makan crabstick  aje. Sampai pd kol 6.30pm. 
Lepas solat Isyak. Majlis makan makan bermula. Anak sedara aku order dari kawan dia makanan makanan ni semua.
Cheesetart. Aku x rasa pun tart ni. Tahu tahu dah licin aje. Aku x berapa sangat cheesetart ni, kalau fruit tart sah sah aku belasah dulu.
Anak sedara aku sponsor coklat ni. Zahra sibuk nak buat sendiri x bagi orang  buat untuk dia. Bila fid nampak dia dah mula kumpul banyak banyak dalam mangkuk terpaksa la buatkan untuk Zahra. Lepas tu dia tak makan pun. Saja nak main main dengan coklat.
Main dish kami nasi kerabu. Sedap nasi kerabu ni. Harga berparutan. Ayam goreng tu Izal yang marinatekan pastu goreng sendiri. Sedap ayam tu. Izal perap dengan rempah rendang. Aku pulak gorengkan nasi goreng cina in case ada yang tak suka nasi kerabu.
Sempat jugak selitkan acara potong cake Birthday anak sedara aku. Selalunya kalau bab bab tiup lilin ni Zahra la juara kan. Macam birthday dia je dia berlagak nak tiup lilin. Tapi malam tadi dia sikit pun tak heran sebab ada banyak lagi benda yang lebih mencuri tumpuan dia. Main belon, buaian, tablet dan macam macam lagi la. Lega aku dia tak heran sebab kalau tak nanti jenuh nak berebut dengan Dayana. Sempat sekejap Zahra dengan Dayana bergaduh berebut tablet. Konon nak main sama sama tapi aku tengok Zahra yang conquer. Mengamuk la Dayana bila dia x dapat pegang Zahra suruh dia tengok aje. Tak padan kecik.
Ana sponsor coklat dan hamper untuk cabutan bertuah. Macam macam coklat ada. Kenyang melantak coklat. Fid dengan EJ pun dapat sekotak sorang sebab no diorang dipanggil. No aku xde ong. Tak naik.

Lepas dah kenyang kami berkaraoke. Seronok bergelak ketawa ramai ramai. Enjoy. Tapi bila acara selesai masa nak berkemas, aiyooo. Malas di buatnya. Abang aku 2 orang x dapat join. Abang Razak aku ada busy dengan PHD dia. Abang Man aku pulak masa otw ke PD dapat panggilan abang ipar dia sakit kuat. Dia terpaksa melencong ke rumah mertua dia. Hopefully berkesempatan enjoy enjoy macam ni buat jamuan keluarga. 

Bersawang habis blog ni. Memasing sibuk. Apo nak di kato.

5 comments:

Ejin said...

wahhhhh ...happenning! a great way to enjoy ramai2 satu keluarga ...best ajer keluarga besar camni ..my family kalau penuh berkumpul pun cuma 10 org ajer hahaha

Ejin said...

makanan yang ditemeng tu semua menarik lah ....esp the cendol ..yumm!!!

fendifid said...

Cendol tu mcm wajib aje bila lalu kat dengkil tu. Kalau family x ramai masa berkumpul x penat nak masak banyak banyak. Kemas pun senang. He he

Ejin said...

hahaha selalu gitu kan ...masa prepare semua suka ..masa tgh bergumbira pun semua syok ...part kemas mengemas tu ...aduhhhhh ..aku selalu lari kalau masa mengemas hahahaha

Liz Duan said...

sounds like loads of fun...family besar time happy hours mmg ngam...tapi time serious matter ni tak tentu dapat ngam ..kan fend :)