Thursday, November 21, 2013

Jalan Jalan ke Gold Coast Australia

Selepas setahun lebih buat perancangan akhirnya kami berpeluang bercuti dan jalan jalan di Gold Coast Australia on 13th Nov 2013. Trip ni macam rombongan cik Kiah sebab 13 orang. Selain family fenfid...Zamreen dan Nuarlin turut serta join percutian ni. This in my third time bercuti ke Gold Coast ni. Second times for Fid and Ej...yang lain lain first time melancong ke sini. Tak kisah la berapa times pun tapi memasing tetap excited.

We bought the flight tickets setahun yang lepas masa Air Asia X promo. Masa nak booking apartment kat tepi pantai banyak pulak apartment yang close for schoolies...kisahnya budak budak lepas sekolah berparty sakan 2 minggu selepas tamat sekolah. Lepas google sana sini kami decided to rent bungalow kat Broadbeach Waters. Boleh muat 14 orang ada 6 bilik.

Kami sampai malam kat airport Gold Coast. Hujan pulak tu masa nak ambik kereta kat parking yang gelap. Stress je masa mencari kereta tu. Car rental murahkan...takde proper parking, dia park kat long hour parking pastu kami kena cari sendiri kat parking lot tu bergantung pada no kereta. Pengalaman betul. Nak mencari rumah tak susah sebab dah google siap siap lokasi rumah di mana. Sampai aje makan lepak lepak pastu kemas barang apa yang patut.
Mula mula tepek gambar tuan tanah dulu...he he he...depan bungalow. Yang ni taken on the first day. Kami plan nak ke Country Paradise for Zamreen and Nuarlin. Fendifid ke Movie World. Sebabnya kami dah pernah tengok benda yang sama kat Perth dan Sydney dulu. Tapi apa yang di rancang tak kesampaian...nanti aku cerita.
Nuarlin family
Zamreen family.
Sebelum bertolak sementara memasing masih cun segar bugar kita berposing sekeliling bungalow. Ni kat belakang bungalow tu.
All the boys plus tasha.
Clearer picture of the house. Rumah hujung kat jalan mati.
Rumah jiran jiran...semua besar besar. Ala ala macam desperate housewife punya rumah. Very quiet and calm area ni. Personally aku tak nak dah duduk rumah ni lagi walaupun besar dan selesa sebab area dia sunyi sangat. Lagi pun rumah hujung. Gambar dalam rumah takde sebab macam tak best je perhiasan banyak patung dan gambar yang tak best nak tepek kat sini. I will not recommend to anyone. Lagipun cam mahal. Kalau bukan sebab schoolies sah sah kami duduk kat town area. Lagi berbaloi and happening.
Belakang rumah ialah sungai. Kalau ada boat boleh aje park kat belakang ni. Rumah orang lain ada la boat. Rumah ni takde sebab yang duduk sini pun tourist.
Belakang tu macam poskad kat. Cun sangat pemandangan dengan cuaca yang terang dan tak berapa sejuk tak berapa panas...just nice.
oops...pasangan remaja posing lagi. ha ha ha.
Swimming pool tak besar sangat...boleh la...tapi aku sempat terjun kejap aje on 1 of the days tu...pagi pagi aku terjun dalam 10 minutes...Zahra masa tu nak mandi sempat la join aku. Sebabnya hari hari ada agenda yang padat...tak sempat nak enjoy kolam...lagipun air tak bersih sangat aku tak berani nak bagi Zahra mandi kolam ni lama lama.

Kami sewa satu kereta for Zamreen and 1 estima for Nuarlin and Fenfid. Ok tu je nak cerita pasal bungalow.
Masa balik from Movie World hari ke 2 kami plan nak singgah ke Surfers Paradise. Tapi sempat berhenti kat tepi jalan posing posing tepi jalan. Belakang tu Surfers Paradise.
Posing tempat sama. layannnn.
Menghadap pantai...bau very hanyir pantai tu...macam bau ikan kat pasar. Malas nak turun ke pasir sebab semua berkasut elok je kan.
Zahra tidur masa ni...kami je la yang beronggeng.
Layan je la anak aku nak posing gitu.
Yang lain lain takde sebab ketiduran. Penat berseronok kat movie world.
gambar couple.
Yang ni hari ke 2...masa hari pertama sempat aku g beli baju hard rock ni. Cun kan.
Ok...last picture untuk posting ni...taken guna handphone lin. Lepas posing ni terus ke Surfers Paradise...yang tu nanti aku cerita lagi. Ok la kan...ada jugak posting GC. he he he.

3 comments:

Liz Duan said...

seronot nya...you and fid look so sweet...cantik gambar2...misha lawa anak dara tu...dia pun buat macam model byk tukar tukar outfit....kelesss

tak paham gambar2 mende ko cite tu

Ejin said...

suka gambar last tu ..akak Fida nampak sangat ceria :-)

and yes ...anak ngko dah besar lah pakcik ..time to sedar diri bukan lagi 25 tahun hahahaha

fendifid said...

Seronok je berjalan. Penat memang penat. Ada ke bercuti yg tak penat? He he. Bawak anak memang la penat tapi seronok tgk diorang semua happy and enjoy. Rasa too short la 5 days.