Thursday, November 21, 2013

Bercuti di Gold Coast Australia - Movie World.

Hari ke 3 percutian kami ni terpaksa tukar plan lagi...decided ke Movie World sementara masih belum start school holiday kat sana dengan harapan tak ramai orang masa kat theme park. Oleh kerana semalamnya dah sesat konon nak ikut jalan highway, kali ni kami ambik jalan pantai aje pastu ikut sign board Brisbane...Selepas Australian Fair dah nampak signboard Movie World...terus teruja dan lega. Perjalanan lebih kurang 30 Minutes dari bungalow yang kami duduk tu.
Sampai aje...kita posing dulu. Wajib berposing kat sini. Cuaca pun nice...tak hujan. Yang boring nya posing kat sini senang sangat capture vontot orang dalam picture kita.
Masuk masuk aje posing dulu dengan characters wonder woman ni. Bila nak snap photo dengan characters ni kena cepat cepat sebab orang ramai. Kalau kita slow terhegeh hegeh mesti kena sound punya suruh cepat. Pastu diorang tak gemar kalau kita ambik guna camera lain lain sebab lambat.
Ej naik batman ride tu. Berani dia. Dia kata seronok naik ride tu. Fid pun nak naik tapi tak sempat. Busy layan Zahra aje. Yang kat sini tak seseram macam kat genting kot.
Posing dengan characters memang wajib la kan kalau datang ke theme park. Kenal tak kenal charaters tu posing tetap posing.
Escape ride ni sungguh la menakutkan. roller coaster tu turun menjunam...tak sanggup aku nak naik ride macam ni.

Actuallynya Movie World ni kecik aje as compared to Hong Kong Disney and Singapore Universal Studio. Ramai mak cik mak cik yang kata USS lagi best as compared to Movie World ni. Tapi kalau sesiapa yang enjoy roller coaster ride...MV ni lagi best sebab thrill rides ada 8 kot and semua menakutkan. Walaupun kawasanya sempit tapi penuh dengan rides yang best best.
Posing kat high street pun wajib. Masa ni Zahra nak tidur dah tapi tak jadi lak. Bising kot dengan bunyi orang menjerit. Tengok la gaya dia nak tidur.

Selagi ada character berkeliaran...posing tetap wajib. Cer tengok gaya Zahra. Dia tutup muka dia sebab dia takut. Kelakar aje.
Kat hujung high street ni ada show cartoon menari...orang menyanyi dan batman show. Senang buat kat tempat yang sama. Takde la kita asyik kena jalan jauh aje.
Cuaca panas sangat hari ni...air yang di bawa semua habis di minum. Siap berebut lagi ada sebab nak air yang sejuk.
Aku teringin nak naik ride scooby doo ni tapi tak sempat sebab bz melayan zahra. Yang naik rides ni semua kata menyeramkan. Semua kids yang naik ride ni tak nak naik kali ke 2 dah. Seram katanya
Show kat same place...takde la kena menapak one end to the other semata nak kejar tengok show. Sebab tu aku kata MW ni very small place. Tapi tetap enjoy bila kita nak layan show show.
Pergi ke kids zone pulak melayan Zahra. orang tak ramai sangat kat kids zone ni.Tak perlu nak beratur sangat. Orang tak ramai. tu yang Zahra dapat naik berkali kali.
Ada tiga rides aje yang Zahra boleh naik. Puas jugak la dia dok repeat naik rides yang kanak kanak punya.  Ada bumper car Zahra tak leh naik. Dia tak pandai control lagi.
train ni pun Zahra naik 2 kali. Masa ni Ej busy layan bumper car.
Layan parade dulu. Kami sampai dah lambat tapi dapat tengok semua masa diorang buat u turn. Masa parade ni kanak kanak orang dewasa semua seronok menjerit jerit.
Masa dok nak salam salam dengan characters ni...diorang bagi free ais krim kat penonton. Adam dapat ice cream magnum. Tapi cair sikit sebab panas kot.
Posing kat sini berulang kali sebab lawa pulak cartoon tu. Very bright and ceria.
Mommy la kena layan Zahra. Aku tak leh nak naik cage tu...sempit. Buat pening kepala aje.
Masa ni Ej baru lepas layan bumper car. Dia layan adik dia kejap naik rides...zahra was so excited naik dengan kakak dia. Menjerit ketawa sentiasa. Happy to see both of them had a great time.
tempat sama sebab cun.
Tengok la macam mana terujanya muka Zahra naik ride dengan kakak dia. Masa EJ takde dia sibuk tanya mana kakak dia. Biler kakak dia layan dia naik rides...terus senyum sampai ke telinga.



Sementara ada masa bagi Zahra main air. Memang ada bawak baju spare Zahra...so dia basah pun redha aje la...kami bagi dia main 15 minutes je pun. Takut sejuk sangat nanti batuk lak dia. Lepas salin baju dia terus tidur dalam stroller.
Sebelum keluar posing ramai ramai. As compared to SeaWorld...the kids lagi enjoy kat sini sebab tak banyak sangat kena berjalan. Tips tips pasal tiket dan lain lain info Gold Coast ni...aku akan buat separate posting. La ni kita layan theme park dan photo dulu sampai menanah biji mata. ha ha ha.

4 comments:

Liz Duan said...

ahh...loads of fun heyyy.....nampak zara suka sgt tu ..splendid kan!

Ejin said...

lovely to see Tasha and Misha punya sisterly bonding ... you have two great girls there abang ngah!

nampak fun - but aku nie kalau rides tu semua kureng ...i prefer yang sea worlds tu i guess

fendifid said...

Kalau x naik rides memang xde apa sangat kat sini. Separuh hari boleh habis. So kalau nko datang sini datang dengan Al dan adik. Mesti nko akan seronok

fido said...

I was almost in tears masa bwk zara main kat kids fountain tu! 7 yrs back we took misha to play exactly at the same spot. Never once occured in my mind tht we ll b able to play & giggle with another little girl!