Aku sepatutnya kat PD ni and join menghantar rombongan pertunangan anak sedara aku. Tapi kita hanya merancang. Allah yang menentukan. Pagi pagi lagi dah bertolak nak balik ke PD tapi masa sampai BAgan Lalang kereta tua aku buat hal. Temp naik pulak. Aku pergi 2 bengkel kat Bagan Lalang tapi x leh nak buat. Kena hantar check wiring.
Every 10km temp naik so aku decided patah balik ke KL saje. Nanti hantar ke bengkel yang aku dah biasa hantar tu. Confident sikit nak suruh diorang check. Kena plan lain lak untuk balik ke PD. Frust aje.
Takde gambar PD nor gambar pertunangan kita ganti dengan gambar lasagne meletops. EJ la hari tu sibuk suruh aku buat lasagne. Pastu dia makan sikit je. Masa buat baked macaroni kat PD dulu tu dia makan tak puas. Tu yang sibuk mintak aku masak lasagne pulak.
Lasagne tak sejuk lagi aku dah potong. Tu yang kuah berladung. Aku actually suka lasagne macam ni. Seronok makan dengan Zahra. Suka pulak dia. Banyak kami makan sedar sedar dah tinggal separuh.
Bila dah sejuk. Gini lak rupa lasagne tu. Kalau macam ni keras sikit dah pastanya tu. Tapi rasa tetap sama.
Hari tu bila dah boring tak tahu nak sarapan kat mana aku saje la google tempat sarapan sedap di keramat. Jumpa la blog yang tulis pasal nasi ambeng jawa dan lontong jawa kat lorong datok keramat 20. Terus ajak Fid untuk serbu. Kami sama sama minat makan lontong.
Aku makan nasi ambeng. Jenuh nak habiskan. Too heavy for breakfast. Sedap rasa nasi ambeng ni. Sampai waktu lunch pun rasa kenyang lagi.
Fid makan lontong campur sambal sotong. Terus jatuh cinta dengan lontong kat sini. Selain lontong sedap kat seksyen 14 PJ. Lontong kat anjung selera ni highly recommended. Dekat pun dekat dengan rumah kami. Boleh la datang selalu layan lontong.
Dalam seminggu aku kesini 3 kali. First trip dgn Fid, 2nd aku tapau bawak ke office and third tadi singgah sarapan kat sini sebelum balik ke PD. Aku ada inform member, aku jumpa kedai jual lontong sedap. Rupanya lepas 5 minit aku left tempat tu pagi tadi member aku call tanya direction. Dia ke sini jugak untuk tapau lontong. Member aku pun kata sedap.
Masalah kalau ke sini ialah parking sebab lorong tu sempit. Kalau nak senang parking boleh ke pasar baru dato keramat park kereta kat situ pastu menapak ke lorong 20 ni. 5 minit je jalan kaki.
Aku suka lontong campur daging. Fid suka lontong campur sotong. Both pun sedap menyengat...makan teringat ingat.
Aku siap tapau daging salai nak bawak balik pd. Boleh la kakak aku masak lemak esok. Hajat x kesampaian la gamaknya. Kena masak sendiri kat rumah. Daging tu tak boleh simpan lama lama.
Padahal baru je lagi layan daging salai kat restoran 911. Actually kakak aku masak lagi sedap tau. Home made kan. Layannn. Daging salai yang aku beli tu Fid kata nanti esok dia masakkan. Fid sekarang dah terror masak lemak cili api ayam atau sotong. Berselera ayah dia makan. Fid suka hati tengok ayah dia berselera makan masak lemak yang dia masak. Bila dia happy aku pun happy la kan. Cukup rasa santan berlemak. Cuma kurang pedas. Kalau pedas sangat nanti ayah dia x leh makan lak. Tapi daging salai nanti Fid kata dia buat pedas sebab ayah dia tak makan daging.
5 comments:
fend ...aku balik nanti ..aku nak (i)lontong; (ii) cinnabon; (iii) makanan kat Rose 911; (iv) nasi ambeng - tak pernah makan tapi nampak cam sedap ...
boleh??? hahaha harus plan awal
Lontong dgn nasi ambeng tu kedai yg sama. Kalau breakfast kat situ bisa aje. Tapi Isnin kedai ni tutup.
Sehari boleh cover semua. Dr breakfast sampai dinner. Ha ha ha.
hahaha boleh ...tapi kena add (i) ketam lak chi and roti putar; (ii) kuih bakar and lompat tikam jugak
Ni nak komen apa kat sini ni...aturcara makanan bila ejin balik ke? ..heee...lasagne fendu nanpak meletop..bila ko nak buat kat aku febdi? Ejin nasi ambeng is actually makanan campur aduk segala bagai makan dlm talam or dulang...kalau dulu arwah atok buat kenduri adalah nasi ambeng..
Post a Comment