Semalam geng ronggeng bersidang sempena tahun 2014 ni kat Sentul. Biasa la kalau geng ronggeng bersidang mesti ada acara makan makan dan makan. Persidangan kol 3pm. Lepas Fid habis kerja...kami semua bersiap cepat cepat dan terus ke Sentul. Nak buat makan makan masa January, semua kesibukan. Tak berkesempatan. Tu yang tertunda sampai ke February. Sampai aje kat Sentul, Zana dan Asmahan je yang dah sampai. AKu terus capai pinggan dan makan rasmikan dulu hidangan yang dah ready atas meja tu. Ada Satay, Nasi goreng, sardin, mi kari dan lain lain.
Nuarlin paling last sekali sampai. Kery sampai awal jugak. Aku dari mula sampai akhir memang duduk kat kerusi meja makan tak gerak gerak. Kat situ spot paling best sebab bawah kipas dan depan makanan. LOL.
Miss President temeng kueh talam tokyo dan puding jagung hasil tangan dia sendiri. Jenuh dia nak convince kan geng ronggeng yang dia buat sendiri kueh kueh tu. Semua ingat dia order dari orang. Talam tokyo tu terbaekkk...sedap sangat.
Sempat jugak buat acara potong cake. Three birthday boys yang lahir bulan february. Cheesecake oreo tu hasil tangan Reen. Terbaekkk. Semua suka dengan cheesecake tu.
4 comments:
Sedap sedapnya..terkezut aku ingat aku miss ur bday heeee peace yow!!
ye la...pic last tu daddy fend nmpak kurus :)
Makanan penuh meja tu ..teringin satay
Kalau dah memang semulajadi slim posing mcm mana pun tetap nampak alim. Teringat ingat mi kari sedap itu.
Post a Comment