Tuesday, September 30, 2014

Geng Ronggeng ke Cameron Highlands

Seperti yang aku uar uarkan sebelum ni, geng ronggeng plan bercuti ke Cameron Highlands dalam masa seminggu je. Book apartment dan bincang iternary semuanya berlaku dengan pantas dalam masa seminggu. Excited sangat memasing sebab ada yang dah 9 tahun tak menjejakkan kaki ke CH. Nostalgia sangat mengimbau zaman dulu dulu masa 2002 trip geng ronggeng ke CH bersama anak anak yang kecik kecik masa tu.

Sampai aje kat sana bercanda dulu kat ladang teh. Kami ke Boh plantation sungai palas. Jalan nak ke sana mencabar sebab satu lorong je kebanyakannya. Kena bawak slow dan bila kat depan kosong je pecut laju sikit.
Ala ala drama hindustan. Nuar la yang rajin melayan ambik photo semua ni.

Faris yang pakai cap tu x pernah ke CH. Dulu masa mama dia datang CH tengah pregnantkan dia la. Tapi kesian sebab CH dah tak sesejuk macam dulu.
Lepak pekena teh sambil menikmati pemandangan. Pastu posing posing. Kalau nak borong teh pun boleh banyak pilihan ada kat sini. Aku tak pasti pasal harganya murah ke mahal.
Happy sakan memasing dok posing kat view deck.
Pasangan remaja bercanda di ladang teh.
Lepas dah berpenat penat mendaki bukit turun bukit kami check in kat apartment betul betul tengah pekan Brinchang. Terpaksa check in sebab hujan. Kalau ikut plan asal nak teruskan sessi posing. Selepas hujan reda kami ke Cactus Valley. 
Sessi posing sampai lebam. Dari dulu sampai sekarang takde perubahan langsung Cactus Valley ni. Sama je susunan pasu dan pokok pokok kat sini.
Macam macam aksi. Layannnn
Sebelah Cactus Valley tu ada agro farm tanaman salad dan banyak strawberry. Kalau musim buah banyak kita boleh je masuk dan petik sendiri buah strawberry. Since sekarang buah tak banyak, tak dapek la nak petik.
Posing dengan replica strawberry je la.

Kanak kanak ribena. 

Lepas tu lepak cafe layan waffer dan sundae strawberry. Turun dari Cactus Valley lain lain sambung bershopping sayuran di pasar malam. Aku dgn fid bawak Zahra balik apartment sebab dia dah mengantuk nak tidur.
Keesokannya lepas check out kami ke strawberry resort untuk posing posing lagi. Iternary siaran ulangan macam trip sebelum ni.
Actually belakang tu view cun sangat tapi camera tak canggih x berapa nak nampak.
Memasing ada monopod. Layannnn.
Kat kejauhan tu ada rumah rumah yang cantik sebab design macam rumah kat uk.
Hebat tak Zahra pun boleh naik sampai atas. Kat sini je entah berapa puluh kali snap gambar. Lol.
Geng ronggeng berposing sakan. Memasing memasang impian nak lepak kat resort ni. 
Kami ada singgah kat ladang Stawberry lepas turun dari Strawberry resort tapi tak dibenarkan masuk untuk petik sendiri. Tak dapek la nak posing dengan pokok Strawberry. Kami teruskan perjalanan ke Smoke House untuk layan scone dan sessi posing lagi dan lagi dan lagi.
Kat sini memang meletops cantik. 

Spot samer tapi model je dok tukar tukar. Ha ha ha. 
Berposing di garden pulak.
Cantikkan tempat ni. Keluarje dari smoke house ni kami terpaksa menempuh jammed untuk naik ke Brinchang. Jammed sebab ada pasar pagi dan jammed kat area kedai jual sayur. 
Last pitt stop, lavender garden. Kat sini di benarkan petik buah strawberry. Happy budak budak semua dapat petik Strawberry. Minimum kena petik 200gram aka RM10. 
Kami masuk kemudian sebab aku layan maggi sementara orang lain dah masuk dulu. Kecik je tempat yang diorang buka. Takut pokok rosak kot kalau buka semua ladang terus. 
Zahra la yang excited sekali dengan hasil tangkapan. Semuanya kena RM37. Sekali sekala merasa pengalamankan.  Dari Lavender Garden ni kami terus pulang ke KL. Kereta banyak tapi tak jammed. Seronok trip ni walaupun sehari sebab dapat pergi ke semua tempat yang dalam plan walaupun hujan dan jammed. Tak sabar nak plan trip seterusnya.

Monday, September 29, 2014

Percutian ke Cameron Highland

Ni pulak kisah percutian ke Cameron Highlands. Kami buat kerja over acting naik CH masa on the way ke Penang dan masa balik from Penang. Actuallynya dah 6 tahun kami tak ke Cameron. Masa arwah mak fid ada last trip kami dengan dia pergi Cameron lah. So rasa cam sedih je nak ke Cameron nanti teringat ingat kenangan terindah. Sebab tu Zahra tak pernah ke Cameron. Sekarang Fid dah ok dah boleh nak bercuti ke sana dah. Lepas geram terus pergi dua kali. He he he.


Sampai je CH kami terus ke Strawberry resort. Resort ni memang banyak meninggalkan kenangan manis kat aku. Masa kecik dulu bila naik CH selalu duduk sini. Teringat kat arwah abang ipar aku sebab dia yang rajin bawak kami adkk beradik bercuti ke CH ni.
Aku siap beli monopod sebab nak berposing sakan untuk trip ni. Kami kan jalan jalan satu family aje. Senang la bila ada monopod ni.
Resort ni memang cantik sangat. Teringin nak duduk sini bila ke Cameron nanti. Tahun depan la plan ke CH nak duduk kat sini la.
Cantikkan gambar resort ni.

Masa aku kecik kecik dulu berposing sakan kat gelongsor kayu ni dengan adik adik aku. Tahun 2002 bawak EJ posing dengan anak anak geng ronggeng. Tahun ni posing dengan anak anak pulak. Memang kenangan betul la tempat ni.
Lepas dah puas posing kami ke smoke house pulak. 


Zahra dengan spegnya. Eksen je tu. Kan main susah nak suap dia makan speggetti tu.
Dah bertahun memasang impian nak minum tea dan layan scone kat sini. Memang terbaek la. Mahal pun layan je la. 
Sementara tunggu tea dan scone sampai, kami posing posing dulu sekeliling smoke house ni. Memang cantik sangat.
Mulanya kami nak duduk kat garden. Lepas tu hujan, terpaksa pindah ke dalam. Bila hujan je bau kayu timbul. Teringat kampung halaman kata Fid. Emo la kejap teringatkan mak dia.
Posing posing aje. Cuaca kejap panas kejap hujan.
Ej jadi model mommy untuk berposing kat sini. Lepas puas dapat layan tea and scone kami meneruskan perjalanan ke Penang.

Gambar gambar selepas ni pulak untuk trip yang kedua masa on the way balik from Penang. Kami singgah kat Lavender Garden.


Sini pun cantik untuk posing posing. Banyak bunga kat sini. Tapi takde pulak roses.

Zahra suka la sebab dapat ice cream. Aku kena share dengan dia. Sebab tak nak dia makan banyak sangat ice cream.
Tempat ni tinggi. Jenuh nak berjalan naik bukit. Tapi sebab first time sampai ke sini. Layannn. Excited pun ye jugak.
Banyak betul bunga kat sini. Puas Ej berselfie kat lavender garden ni.
Berwarna warni. Cantik sebab baru lagi so well maintain.
zahra pun nak posing jugak. Dia dah dapat ice cream memang memberi kerja sama sungguh bila ajak berposing.
Berguna jugak monopod tu kan. Ha ha ha.
Layan la ye. Tempat sama berposing berkali kali. Asalkan happy. Ha ha ha.
Lastly hadiah satu photo pasangan remaja. He he. Sebab seronok sangat. Tak rasa letih pun turun naik CH ni. Balik ke KL terus cucuk jarum ajak geng ronggebg bercuti ke CH. Ada antara geng Ronggeng x menjejak kaki ke CH sejak 10 tahun lepas. Tunggu posting geng ronggeng naik CH pulak lepas ni. Posing sakan memasing.

Friday, September 26, 2014

Bercuti ke Penang

Cuti sekolah baru ni kami bercuti ke Penang 2 hari. Duduk kat hotel Bayview sebelah Hard Rock Hotel. Itu je yang mampu. Musim cuti sekolah harga sewa hotel berganda ganda mahal. Tak mampu nak duduk kat Hard Rock Hotel. Mahal sangat sangat.

Not bad la hotel ni. Bilik besar dan selesa. 
Zahra la yang excited sekali eapecially bila dia nampak pool. Sampaikan masa nak balik ke KL dia tanya nanti kita balik hotel balik tak.
Hotel ni sebelah beach. Luas kawasan berehat rehat tepi pantai dan tepi pool. Kalau suka sun bathing sesuai sangat datang ke sini.
Kami ke pantai lepas breakfast. Ej dgn Zahra naik kuda. Nak naik jetski tak lepas sebab under age. Ej nak naik paragliding tu aku tak bagi. Berani sangat pulak dia nak naik benda tu. Bila aku tak bagi monyok la muka.
Mula mula zahra takut naik kuda. Bila kuda tu toleh je dia cepat cepat angkat kaki dia. Bila dan lama lama dia rasa syok pulak tersengih sengih Zahra.
Aku takat posing je la. Kesian kuda tu. He he he.
Bila lapar kami ke Fort Conwallis layan mi goreng sambal sotong. Tak sedap pulak kali ni. Mcm masam sambal tu. Terlebih asam la kot.
Hari yang nak balik singgah makan kat Nasi Kandar Kayu kat bukit jambol. Kami ada jugak makan kat nasi kandar beratur. Wajib tu ke nasi kandar beratur kalau ke Penang. Kena beratur pun sanggup.
Adik aku pun ada kat Penang tapi dia stay kat Hotel lain. Kami jumpa sambil layan pasembor kat Padang Kota. 
Sebelum balik, kita posing posing dulu . Kalau ke Penang boleh la duduk kat hotel ni. Not bad at all. 

Rasa macam nak ke Prnang lagi.