Monday, September 1, 2014

Open house

Ni kejadian siang tadi. Open house adik aku kat Bandar Tasik Selatan merangkap house warming party. Pukul 11 lebih kami bertolak dari rumah. Masa sampai ngam ngam adik beradik aku dari PD pun sampai. Kami lepak lepak kat dalam rumah sementara tunggu makanan di hidang.
Nasi kerabu from House of Kerabu @ plaza pkns Shah Alam. Ada lemang jugak.

Ayam dara. Di makan dengan nasi kukus dan kuah kari.
Kambing Golek. Sekejap aje habis sebab kena serbu. Sedap lamb ni. 
Cristo Premium coffee untuk penggemar latte dan cuppocino.
Mula mula aku layan kambing golek dulu.  Aku siap tapau bawak balik sebab tak lalu nak makan banyak masa panas terik. Kenyang air aje.
Lepas tu layan nasi kerabu. Sedap sangat.
Ada pengat pisang.
Sambil makan posing posing.
Kakak, adik dan kakak ipar.
Abang dan adik aku
Yang ber spek tu lahir 31 ogos. Merdeka day. Aku belikan kek utk celebrate birthdaydia.
Fahmi and family. 

Lepas dari rumah adik aku, ramai ramai  semua datang ke rumah aku pulak untuk minum petang. Aku beli kueh talam, cara berlauk, karipap dan goreng mi. Macaroni bakar aku buat dalam 6 bekas tu. Licin semua.
Fid melayan ipar duai dan anak anak sedara makan. Sambil tu borak borak. Misha punya kawan kawan pun ramai yang datang. Tu yang oven aku terpaksa bekerja keras sikit.

Penat tapi seronok. Kalau ada rezeki lebih tahun depan aku ambik catering aje. Penat nak masak masak ni. Lol.

3 comments:

Ejin said...

Best nya food selection kat rumah adik ngko tu ..semua fav aku kecuali lamb hahaha ....

fendifid said...

Lamb tu sekejap je licin. Sambutan hebat.

Liz Duan said...

best nya...puas hati open house mcm tu segala baagai ada