Ni pulak kisah percutian ke Cameron Highlands. Kami buat kerja over acting naik CH masa on the way ke Penang dan masa balik from Penang. Actuallynya dah 6 tahun kami tak ke Cameron. Masa arwah mak fid ada last trip kami dengan dia pergi Cameron lah. So rasa cam sedih je nak ke Cameron nanti teringat ingat kenangan terindah. Sebab tu Zahra tak pernah ke Cameron. Sekarang Fid dah ok dah boleh nak bercuti ke sana dah. Lepas geram terus pergi dua kali. He he he.
Sampai je CH kami terus ke Strawberry resort. Resort ni memang banyak meninggalkan kenangan manis kat aku. Masa kecik dulu bila naik CH selalu duduk sini. Teringat kat arwah abang ipar aku sebab dia yang rajin bawak kami adkk beradik bercuti ke CH ni.
Aku siap beli monopod sebab nak berposing sakan untuk trip ni. Kami kan jalan jalan satu family aje. Senang la bila ada monopod ni.
Resort ni memang cantik sangat. Teringin nak duduk sini bila ke Cameron nanti. Tahun depan la plan ke CH nak duduk kat sini la.
Masa aku kecik kecik dulu berposing sakan kat gelongsor kayu ni dengan adik adik aku. Tahun 2002 bawak EJ posing dengan anak anak geng ronggeng. Tahun ni posing dengan anak anak pulak. Memang kenangan betul la tempat ni.
Lepas dah puas posing kami ke smoke house pulak.
Dah bertahun memasang impian nak minum tea dan layan scone kat sini. Memang terbaek la. Mahal pun layan je la.
Sementara tunggu tea dan scone sampai, kami posing posing dulu sekeliling smoke house ni. Memang cantik sangat.
Mulanya kami nak duduk kat garden. Lepas tu hujan, terpaksa pindah ke dalam. Bila hujan je bau kayu timbul. Teringat kampung halaman kata Fid. Emo la kejap teringatkan mak dia.
Ej jadi model mommy untuk berposing kat sini. Lepas puas dapat layan tea and scone kami meneruskan perjalanan ke Penang.
Gambar gambar selepas ni pulak untuk trip yang kedua masa on the way balik from Penang. Kami singgah kat Lavender Garden.
Zahra suka la sebab dapat ice cream. Aku kena share dengan dia. Sebab tak nak dia makan banyak sangat ice cream.
Tempat ni tinggi. Jenuh nak berjalan naik bukit. Tapi sebab first time sampai ke sini. Layannn. Excited pun ye jugak.
zahra pun nak posing jugak. Dia dah dapat ice cream memang memberi kerja sama sungguh bila ajak berposing.
Lastly hadiah satu photo pasangan remaja. He he. Sebab seronok sangat. Tak rasa letih pun turun naik CH ni. Balik ke KL terus cucuk jarum ajak geng ronggebg bercuti ke CH. Ada antara geng Ronggeng x menjejak kaki ke CH sejak 10 tahun lepas. Tunggu posting geng ronggeng naik CH pulak lepas ni. Posing sakan memasing.
7 comments:
ko baru post kan....tadi tak de ni..
Super like the last picture...mmg betul lah ko tu hemsem ha..ha..ha..that last picture does justice to u !!kombang lah tu nyampah aku..manis korang berdua...
Korang mmg sesuai sgt suka kan posing posing maut gitu...tak sia sia ada monopod tu..Ko jahat kata fid emo tu dgn tidak ada simpati...buat lah ayat tu with sympathy sikit...haiyooo...
I like Fid's top belang royal blue tu...meletop mak!
Suka jugak gambar si tecik depan spaghetti ...macam tak kuasa nak layan daddy nya :)
OFF THE RECORD --- I HAVE NEVER BEEN TO CAMERON HIGHLAND!!!!!
Alamak...aku kena belanja apa kat liz ni?
Ramai betol gang ke cameron... seronok makan2 scone kat sana.. saya suka p pasar malam kat cameron tu.. mcm2 local food ade...
Farikica -- gang dorang mmg ramai...satu bas !
Ha ha ha. The more the merrier
Lovely lovely photos ...old smoke house best kan ...takde ke posing gambar kat armchair hijau yg popular kat smokehouse tu?
Masa pergi mula mula tu xde posing situ sebab gelap. Masa g dengan geng ronggeng baru posing sebab kawan punya camera htc gambar cun.
Post a Comment