Wednesday, September 30, 2009

Raya lagi.

Ingatkan gambar raya dah habis. Rupenya ada lagi saki baki yang tertinggal. Zamreen datang open house kat Keramat pada hari open house yang pertama...hari khamis. Adik beradik blog ni je yang tak nampak muka lagi. Tak payah nak ajak ajak ehhh...roger roger je biler nak datang. Kalau kami ada kat umah...zus zaz zus zaz makanan terhidang. Terbaik punya. Dah pun katanya Open house. Kami tak Close house. kah kah kah. (sure kak long marah lagi...dengan ayat power aku)
Khamis tu aku dah start kerja. Fid masak sorang sorang mi kari. Power beb. Meletops lagi BERAPI. Tak caya tanya Zamreen.

Malamnya pula kami were invited to Puchong umah kak ngah Fid. Foodnya lagi meletops. Ada soto, nasi, ayam masak merah dan tempe goreng. Apa ntah lagi ada aku tak ingat. Gambar pun mangkuk tertutup tak dapat nak tgk apa isinya. Tapi kami balun dengan banyaknya. Rasa macam tak nak berhenti makan.


Kalau dah berdiri dok ambik makanan...lu fikir la sendiri...kata Nabil. Power ke tak Power soto tu. Lariiiiiks. Plus the senyum sekali.
Tak pun nko tanya adik Mard yang sampai berdiri makan buffet steamboat hari tu. So tag baru kalau nak menggambarkan makanan tu sedap. "Sedap sampai senyum berdiri". No more menjilat jari Ok. Tak caya? tgk gambar bawah ni pulak.

Tuan rumah gigih melayan tetamu VIP. Lepak sampai kol 11 malam. Ngantuk jgn cerita la. Aku kan kerja lagi the next daynya. Raya punya pasal setahun sekalikan. Korban lah sikit waktu tidur tu.
Pastu singgah lak kat Pasar Borong Selangor beli barang barang untuk Open House yang aku dah buat posting sebelum ni yang Kak Long kan main lagi komen GUNA FONT BESAR lagi.
Tahun ni Open House 1 bulan. Takde nak jemput jemput. Sape nak datang roger roger je. Ok ye adik beradik ku. Penat lah nak gorganise yang special day sume datang tu. Tak terbayang kepenatannya. Al mak lum. Kami takde pembantu maaa.

6 comments:

Liz Duan said...

my open house last week pun mee rebus and bolognese and cabonara - ni 3 AKAK masak ok! chef termashyur tu kerja last friday...bibik tolong buat rendang...emergency punya open house dari pukul 9 masak mengejar time first visitor pukul 12 pm...alhamdulillah siap....dgn senyum simpul nyaaaaaaaaaa

fendifid said...

mananya gambor? camera tak beli lagi ke?

fido said...

perghh! biler aku nak raa nih???

Liz Duan said...

mmg camera tak de lagi...benda lain beli bukan main nak keluar beli camera rase ketor tangan kah...kah...kah...nanti kau belanja aku lah NOV 2ND...dah announce ni jgn buat buat lupa kah..kah..kah....

Ejin said...

amoi siap announce awal2 kak long yea ...hehehe mentang2 le adik beradik nie semua pelupa belaka hehehe

fendifid said...

biler pulak nko kawin 2nd nov?