Friday, September 18, 2009

Sahur nan jauh..

Bila dah hujung hujung bulan puasa ni Bazar Ramadan pun semakin kurang meriah sebab peniaga ada yang dah balik kampung. Berbuka pun dah tak meriah. Bersahur lagi la pulak...semakin tak tahu nak makan apa.

Bila baca blog orang dok jeles je tengok makanan yang sedap sedap. Roger roger dengan Zamreen semalam untuk bersahur tapi Zamreen busy dok tutup Jusco tunda plan ke hari ni. Boleh angkut handbags sekali sebab esok semua dah tak bersekolah.
Sebelum ke tempat Sahur, singgah sentul ambik kueh raya yang di tempah. Ej punya kueh samperit je 3 botol. Melampau.
Masa mula sampai kat tempat tu...terus aku order food and drinks. Zamreen stuck pulak kat jammed. Ada accident katanya. Fid dok melayan misha tido dalam keta. Malas nak makan katanya. EJ memang alergic kat tempat ni. Tu yang tak menyempat dia dok tido tu. Cuba kalau kat umah tengok TV. Sampai esok pun boleh berjaga. Grrr.
Masa food and drinks sume sampai. Aku sesorang je mengadap 4 pinggan besar makanan yang lazat lazat dengan 3 gelas besar air. Aku tukang rasmi la kiranya.

Sebab aku dah kenyang...aku pegang la Hafiy ni. Dia tak meragam sebab baru dapat besday present. Keta mainan. Hafiy memang minat sangat dengan keta.

Masa ni belum buka lagi keta tu.

Oleh kerana Adam tidur. EJ pun tidur. Alif bermaharajalela. Sampai tak larat nak habiskan.

Dengan air gelas besar. Aku tolong la sikit sikit perabihkan air tu.

Muka happy sebab dapat makan makanan idaman.

Hafiy masa mula sampai.

Mama reen tengah merasmikan makanan.

Ribena longan dengan Jus Kedondong asam masin. Mantap.

Speggeti Cabonara. Mintak fettucinne takde. Aku tak sentuh pun yang ni.

Baked pasta with meatballs. Cheese melimpah ruah macam larva gunung berapi. Sedapnya.

Mi Raja dengan Ayam goreng pandan. First time try. ok la...not bad.

Ini masterpiece. Kalau ikut hati nak order 2 pinggan. Apakah??? Kalau Nuarlin dapat join sahur malam ni pastinya order 3 pinggan. Lariiiii.
Nasi goreng udang, petai dan sotong yang SATANEM. Inilah pun makanan yang semua orang dok idamkan. Kalau datang kat William ni...inilah food wajib.
Walaupun order tak banyak tapi macam susah nak habiskan. Speggeti cabornara tu siap di tapau separuh. Tapi yang lain sume licin. Mulanya ada jugak la tinggal sikit sana sini. Tapi lepas Dafi AF laalu je tepi meja kitorang, mama reen terus berselera nak makan balik. Tu yang semua makanan habis. Peminat no 1 la katakan. Sebelum ni Nuarlin dapat jumpa penyanyi pujaan dia, Yuna kat sini jugak. Bile yek turn Fenfid nak jumpa penyanyi pujaan kitorang lak kat sini.
Agak agak Mariah Carey datang makan tak kat sini?

6 comments:

Mard said...

kau gi je area chow kit... jumpe le penyanyi kesayangan kau tu... hehehe

Misbehave said...

fen fid,

im a silent reader aka kawan mama reen.

nk wish Selamat hari Raya Aidilfitri ;)

fendifid said...

Misbehave,

Selamat Hari Raya Aidilfitri to you and family too.

thks for reading.

Eat said...

Fendu, tak cite pun kat mana tempat makan ni.. menariknya Pasta Bake tu!!

Ejin said...

kan dia kata kat Williams ...ngko nie eat ...sah2 kalau masuk kelas aku tak dapat markah penuh nie...

fendifid said...

entahnya la eat ni. nanti kita pi kedai ni...satanem. nko roger roger la aku.