Friday, September 18, 2009

Surprise - Selamat Hari Raya.

Ada orang tu kan merajuk...nak kena pujuk pujuk ke? Malas. ha ha ha.
Tapi aku kesian aku plan la sorang sorang nak buat surprise kat dia. Gigih aku mencilok pi shopping mall cari bunga ni. Kak Long dulu pesan kalau nak bagi bunga jangan bagi bunga dalam bakul. Itu untuk bagi kat orang sakit. Tapi Kak Long tak mention pun pasal bunga plastik. Kira ok la ni kan kak long kan kan kan?

Balik umah kena lak tunggu sampai member naik atas...baru aku cepat cepat keluarkan. Pastu EJ nampak bunga ni...dia lak yang excited lelebih. Tanya aku camne nak surprisekan mummynya? nak cakap apa sume? aku cakap...suruh je mummy turun cari sendiri surprisenya tu.
Apa apa hal pun ambik gambar dulu. Blur la pulak gambar EJ ambik ni. Sib baik kehenseman tak kurang...malah makin terserlah. Kah kah kah...sila la muntah.

Masa kat mall...byk mata dok memandang abang hensem ni dok bawak bunga. Mesti diorang dok ingat abang hensem ni nak pi buat lamaran. Apakah??? Terkejut EJ mendengarnya.
Ej yang excited.
Dah lama plan nak cari bunga untuk pasu ni tapi tak ketemuan lagi. Akhirnya aku dah jumpa kedai jual perhiasan rumah yang vazz kat malls. Nanti kena bawak fid ke situ. Saje je dok tunda tunda...dok janji nak bawa tapi lambat lambat la sikit...biar barang sume habis dulukan...kah kah kah. kang habis dia borong. Takutttt.

Happy dapat bunga walaupun bunga plastik.
Pandai tak Abang Ngah pilih bunga? tak suka la beli bunga plastik ni...penat dok tawaf kedai tu pening masa nak pilih. Kalau bunga rose senang...cakap nak red...1 dozen...habis cerita.
Kitorang dah nak balik PD ni.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin daripada FenFid dan EJ kepada Kak Long Liz sekeluarga, Kak Lang Eat Sekeluarga (hilang dah haus Abang Ngah tgk ada posting dari eat- walaupun 1 asalkan ada...lariiiii), Kak Dik Ejin Sekeluarga, Zamreen Sekeluarga, Nuarlin Sekeluarga, Geng Ronggeng dan keluarga, Mard Sekeluarga dan readers blog ni. Jangan la segan segan meninggalkan jejak kat blog ni ye. Happy happy semua di hari raya dan drive baik baik. Kalau Fenfid jadi buat open house tahun ni...jgn lupa menghadirkan diri ye.
Balik Kampung...o o o balik kampung...yahooooo.

3 comments:

Ejin said...

hehehehe ...kira dah abis le episod merajuk tu yea ...apa2 pun, selamat hari raya to you guys ..drive safely!

Mard said...

ha fid.... slalu2 la ko merajuk. nnt fendi bagi bunge lagi...pastu leh hias umah bagi lagi cantik...hehe

Liz Duan said...

cantik bunga tu but 3 sikit sgt lah bang...buy another 2...